GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 30, 2010

::Bengkel Membina Eksempler TMK Tahun 2::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1,29 Mac 2010-Sk.Kubang Kerian 1 telah menghantar seorang  wakil yang telah dipilih oleh JPN Kelantan bagi mewakili negeri Kelantan ke Mesyuarat atau Bengkel Membina Eksemplar TMK Tahun 2 dan Terjemahan EksemplarTeknologi Tahun 1 untuk sekolah SJK(C) dan SJK (T) Bil 2/2010.Bengkel ini berlangsung selama 4 hari,bermula 29 Mac hingga 01 April 2010.Wakil dari Sk.Kubang Kerian 1 adalah Penyelaras Bestari Skkk1,Puan Wan Ramlah Bt.Daud.
     Bengkel ini adalah di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK) Putra Jaya yang diadakan di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu.Seramai 5 orang wakil dari negeri Kelantan telah dipilih oleh JPN Kelantan bagi mewakili negeri Kelantan,8 orang mewakili negeri Terengganu dan 5 orang mewakili negeri Pahang.Slot ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah Unit Pendidikan Maklumat dan Komunikasi,Bahagian Pembanguanan  Kurikulum(BPK),Encik Shamsudin B.Kassan dan Puan Norhaslinda Bt.Ab.Rani.
    Bengkel ini dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana kumpulan pertama terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu,kumpulan ke 2 guru-guru Bahasa Mandrin dan kumpulan ke tiga terdiri dari guru-guru Bahasa Tamil.Kumpulan pertama berfungsi sebagai editor eksempler yang akan membuat semakan atau editing terhadap eksempler yang telah dirangka oleh guru-guru Teknologi Maklumat dan guru-guru matapelajaran bahagian Pantai Barat yang berlangsung pada 12Mac2010 di Bahagian Perkembangan Putra Jaya.Kumpulan ke dua dan ketiga masing-masing akan menterjemah eksempler ini ke dalam Bahasa Mandrin dan Tamil.
     Pemurnian eksempler ini dijangka siap dan akan diterbitkan seawal April 2010 dan dijangka akan diguakan di sepuluh buah sekolah rintis sekitar Putra Jaya,Kuala Lumpur,Selangordan negeri Sembilan, seawal April 2010.Sekolah-sekolah ini akan menggunapakai modul rintis  ini dan melaksanakannya dalam subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggris,Sains dan Matematik,Moral,dan Pen Seni Visual menggantikan Literasi ICT yang sedang dilaksanakan dalam Bahasa Inggris.Sekiranya projek rintis ini berjaya,modul ini akan digunapakai di seluruh Malaysia seawal tahun 2011 nanti.
    Menurut En.Shamsudin,beliau telah memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada para editor yang mewakili Pantai Timur ini untuk sama-sama mencurahkan usaha dan tenaga demi untuk kecemerlangan para pelajar seluruh Malaysia.
 Wakil Bahagian Perkembangan kurikulum-En.Shamsudin B.Kassan sedang memberi input
Sebahagian daripada wakil JPN Kelantan....sedang membuat semakan eksempler TMK Bahasa Melayu
Sebahagian daripada peserta mewakili JPN Terengganu dan Pahang

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.