GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 24, 2010

::Perlawanan Persahabatan-Malaysia-Thailand::

Sk.Kubang Kerian 1-24 Januari 2010,Satu perlawanan persabatan antara Sk kubang Kerian 1 dengan Sk.Chanwat Narathiwat,Thailand akan diadakan pada jam 4.00 petang ini.Persiapan tempat telah disediakan dengan begitu rapi oleh barisan pengurus sukan yang diketuai oleh En.Izani B. Mahmood.Sama-sama kita saksikan perlawanan yang dijangka sengit pada petang ini.Perlawanan ini melibatkan pelajar di bawah 12 tahun.Sama-sama kita saksikan pasukan mana yang lebih hebat...


::Majlis Motivasi Dan Restu Ilmu Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1-Tanggal 24 Januari 2010,Satu Majlis motivasi dan restu ilmu telah diadakan di sekolah ini.majlis ini dimulakan seawal pagi.Dimulai dengan atucara mendaftar kehadiran ibubapa murid tahun enam,kemudian diikuti dengan doa selamat oleh Ustaz Reduan,diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar Skkk1.Dalam ucaptamanya seperti biasa,Tuan Guru Besar memulakan sesi ucapannya dengan menayangkan slideshow mengenai "Kekuatan-kekuatan Yang Ada Pada Skkk1 dan juga kelemahan-kelemahan yang kedapatan di Skkk1 yang menjadi kekangan kepada kejayaan cemerlang di Skkk1.Menurutnya,kekuatan-kekuatan yang ada adalah antara lainnya,kita mempunyai ramai guru yang mahir dalam bidang masing-masing,terutamanya guru-guru tahun enam.Guru-guru di sini kebanyakannya mempunyai semangat juang yang tinggi,berdedikasi dan berhemah tinggi.Kekengan-kekangan yang ada adalah antara lain....murid-murid di sini kurang bermotivasi dan tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya ilmu pengetahuan.Lantaran itulah murid-murid di sini sangat perlukan motivasi.
       Seterusnya majlis dirasmikan oleh YDP PIBG Tuan Hj.Halim@Yunus b.Tahir.majlis diteruskan lagi dengan motivasi khusus yang diberikan oleh En.Ghazali b.Salleh yang diundang khas dari SMK Long Ghafar.Beliau merupakan guru kaunseling yang tidak asing lagi di sekitar PPD Kota Bharu ini.Dalam siri ceramah ini,beliau telah banyak memberi petua dan tips-tips untuk menjadi murid yang cemerlang,juga nasihat-nasihat yang berguna ke arah memotivasikan murid-murid di Skkk1 ini.
      Jam 11.00 pagi,majlis diteruskan dengan "Majlis Restu Ilmu" yang diketuai oleh En.Ghazali B.Salleh.Majlis berjalan dengan penuh syahdu."Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"



I

Jan 21, 2010

::PPSMI Masih Diteruskan Di Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1-21 Januari 2010-"Pengajaran dan pembelajaran Science dan Mathematics masih diteruskan dalam Bahasa Inggris",ujar Puan Wan Rosnani bt.Wan Hamat.Pada hari ini sempat juga beliau memantau secara informal proses pengajaran dan pembelajaran Science (PPSMI) murid-murid tahun 2.Salah seorang guru yang dipantau waktu itu sedang melaksanakan P&Pnya di Makmal Hotmail Skkk1.Beliau melahirkan rasa puas hatinya terhadap proses p&p yang dijalankan pada hari ini.

Salah seorang guru PPSMI sedang mengajar subject Science murid Tahun 2 Honest


Penggunaan cd PPSMI dan projektor LCD masih digunapakai dalam P&P di Skkk1

Jan 13, 2010

::Sekolah Mesti Punyai Lamanweb Sendiri::

13 Januari 2010-Berita yang terpampang di dada akhbar sinar Harian,jelas menunjukkan kesungguhan Jabatan Pelajaran Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pembudayaan ict di sekolah seluruh Kelantan.Keratan akhbar tersebut adalah seperti di bawah:

Keratan akhbar Sinar harian yang bertarikh 13 Januari 2010 

Jan 11, 2010

::Perutusan KPM Sempena Sesi Baru Persekolahan 2010::

Sk.Kubang Kerian 1-10 Januari 2010,Ahad-Perutusan daripada Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom ,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh pada telah dibaca oleh Tuan Guru Besar Sk.Kubang Kerian 1,Tuan Hj.Mohamed B. Che Noh di hadapan murid-murid dan guru-guru sekolah ini.Para guru dan murid mendengar perutusan ini dengan penuh teliti.Ucapan beliau adalah seperti berikut: sila klik di sini

Jan 8, 2010

::Sistem Pemeriksaan Kertas Jawapan Objektif Berkomputer::

06 Januari 2010-Rabu-Sekolah Kebangsaan Kubang 1 sedang dalam proses percubaan menggunakan Sistem Pemeriksaan Kertas Jawapan Objektif Berkomputer.Sistem ini dibangunkan oleh salah seorang alumni Skkk1 dengan kerjasama Unit ICT SKKK1.Sistem ini sangat mesra pengguna di mana ianya melibatkan penganalisaan item-item seperti:
1.Indeks kesukaran setiap soalan( % lulus setiap soalan)
2.Indeks diskriminasi (kadar bandingan antara cemerlang dengan pelajar lemah)
3 Analisa distraktor (bilangan pelajar yang menjawab setiap pilihan jawapan)
Banyak munafaat yang dapat diperolihi dengan menggunakan sistem ini.Guru-guru tidak perlu lagi membuat analisa secara manual.Sistem ini dijangka akan beroperasi pada ujian UBB1 sesi 2010.diharapkan kepada semua guru agar mengambil peluang ini sebaik mungkin."Sama-sama gemilangkan akademik Skkk1"

Jan 3, 2010

::Suasana Hari Pertama Pessekolahan Sesi 2010::

Ahad 03 Januari 2010 -Sk.kubang Kerian 1 diserikan lagi dengan kehadiran para murid dan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk hari pertma persekolahan bagi sesi 2010.Seawal pagi para pentadbir sekolah yang terdiri daripada Tuan Guru Besar,Puan PK1,PK Hem dan PK ko kelihatan sibuk memantau setiap blok bangunan sekolah.Terbayang kegirangan di wajah-wajah anak-anak yang sememangnya tidak pernah kenal erti kesedihan ini.Paling seronok melihatkan telatah anak-anak dari Tahun 1 yang masih sukar untuk berpisah dengan ibubapa mereka.Apapun...mereka terpaksa melepaskan jua anak-anak di bawah jagaan para guru yang sememangnya merupakan ibubapa kedua bagi mereka....

Guru Besar sedang memantau Kelas Tahun 2  seawal jam 7.35 pagi
 

Puan Norani PK HEM sedang bermesra dengan murid Tahun 1 


Puan PKP Hjh Wan Rosnani sedang berbincang dengan PK KO,Tn.hj.Hilmi....serius sekali.


Proses P&P berjalan dengan begitu baik...Syabas!!!

Jan 2, 2010

::MAJLIS TRANSISI DAN PENDAFTARAN TAHUN 1::

Sabtu 02 januari 2009-Satu majlis khusus Taklimat Transisi kepada para ibubapa murid-murid tahun 1 telah diadakan di Anjung Bestari Skkk1.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP Persatuan ibubapa dan Guru Tuan Hj.Halim ,diikuti dengan Tuan Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh.Para ibubapa telah didedahkan dengan peraturan dan senario anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Semoga ibubapa akan dapat membantu pihak sekolah bagi membiasakan murid-murid Tahun 1 dengan budaya sekolah Selesai sahaja majlis taklimat ini,ibubapa diminta terus mendaftarkan persekolahan anak-anak mereka mengikut kelas masing-masing.segala kelengkapan asas persekolahan juga turut disediakan seperti buku tulis dan pakaian senaman.Murid-murid juga dibawa ke kelas masing-masing bersama dengan guru kelas mereka.Majlis transisi dan pendaftaran berjalan dengan lancar pada hari ini.Puan Penolong Kanan HEM,puan Norani Bt.Abdullah melahirkan rasa puas hatinya terhadap majlis yang berjalan pada hari ini."Sama-sama nyalakan obor cita.....di bumi Kerian yang bertuah ini...."

Para ibubapa sedang beratur menunggu giliran untuk mendaftar anak masing-masing


Suasana pendaftaran di Tahun 1

::Download Senarai Nama Murid & Buku Pengurusan::

Di sini para guru dan ibubapa dapat menyemak senarai nama murid mengikut tahun...sila klik pada mana-mana kelas yang anda mahu...selamat memuat turun...
Tahun 1: 1 caring,1Honest,1Kind,1Polite,Loving.
Tahun 2: 2caring, 2Honest,2kind,2Polite,2Loving,2Sincere.
Tahun 3: 3 Caring,3Honest,3kind,3Polite,3Loving,3Sincere.
Tahun 4: 4Caring,4Honest, 4kind,4Polite,4Loving,4Sincere. 
Tahun 5: 5 caring, 5Honest,5Kind,5Polite,5Loving,5Sincere.
Tahun 6: 6Caring,6Honest,6kind,6Polite,6Loving,6Sincere.

Pengurusan

Pengurusan ict 2010 
Rancangan Tahunan Kelab Komputer 2010

Jadual ujian Feb 2010
    http://www.ziddu.com/download/8675895/JADUALPENGAWASANUJIANBULAN FEBRUARI2010.doc.html 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.