GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 2, 2010

::MAJLIS TRANSISI DAN PENDAFTARAN TAHUN 1::

Sabtu 02 januari 2009-Satu majlis khusus Taklimat Transisi kepada para ibubapa murid-murid tahun 1 telah diadakan di Anjung Bestari Skkk1.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP Persatuan ibubapa dan Guru Tuan Hj.Halim ,diikuti dengan Tuan Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh.Para ibubapa telah didedahkan dengan peraturan dan senario anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Semoga ibubapa akan dapat membantu pihak sekolah bagi membiasakan murid-murid Tahun 1 dengan budaya sekolah Selesai sahaja majlis taklimat ini,ibubapa diminta terus mendaftarkan persekolahan anak-anak mereka mengikut kelas masing-masing.segala kelengkapan asas persekolahan juga turut disediakan seperti buku tulis dan pakaian senaman.Murid-murid juga dibawa ke kelas masing-masing bersama dengan guru kelas mereka.Majlis transisi dan pendaftaran berjalan dengan lancar pada hari ini.Puan Penolong Kanan HEM,puan Norani Bt.Abdullah melahirkan rasa puas hatinya terhadap majlis yang berjalan pada hari ini."Sama-sama nyalakan obor cita.....di bumi Kerian yang bertuah ini...."

Para ibubapa sedang beratur menunggu giliran untuk mendaftar anak masing-masing


Suasana pendaftaran di Tahun 1

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.