GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 24, 2010

::Majlis Motivasi Dan Restu Ilmu Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1-Tanggal 24 Januari 2010,Satu Majlis motivasi dan restu ilmu telah diadakan di sekolah ini.majlis ini dimulakan seawal pagi.Dimulai dengan atucara mendaftar kehadiran ibubapa murid tahun enam,kemudian diikuti dengan doa selamat oleh Ustaz Reduan,diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar Skkk1.Dalam ucaptamanya seperti biasa,Tuan Guru Besar memulakan sesi ucapannya dengan menayangkan slideshow mengenai "Kekuatan-kekuatan Yang Ada Pada Skkk1 dan juga kelemahan-kelemahan yang kedapatan di Skkk1 yang menjadi kekangan kepada kejayaan cemerlang di Skkk1.Menurutnya,kekuatan-kekuatan yang ada adalah antara lainnya,kita mempunyai ramai guru yang mahir dalam bidang masing-masing,terutamanya guru-guru tahun enam.Guru-guru di sini kebanyakannya mempunyai semangat juang yang tinggi,berdedikasi dan berhemah tinggi.Kekengan-kekangan yang ada adalah antara lain....murid-murid di sini kurang bermotivasi dan tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya ilmu pengetahuan.Lantaran itulah murid-murid di sini sangat perlukan motivasi.
       Seterusnya majlis dirasmikan oleh YDP PIBG Tuan Hj.Halim@Yunus b.Tahir.majlis diteruskan lagi dengan motivasi khusus yang diberikan oleh En.Ghazali b.Salleh yang diundang khas dari SMK Long Ghafar.Beliau merupakan guru kaunseling yang tidak asing lagi di sekitar PPD Kota Bharu ini.Dalam siri ceramah ini,beliau telah banyak memberi petua dan tips-tips untuk menjadi murid yang cemerlang,juga nasihat-nasihat yang berguna ke arah memotivasikan murid-murid di Skkk1 ini.
      Jam 11.00 pagi,majlis diteruskan dengan "Majlis Restu Ilmu" yang diketuai oleh En.Ghazali B.Salleh.Majlis berjalan dengan penuh syahdu."Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"



I

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.