GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 30, 2017

MENGENALI WARGA SKKK1 - 2018

BARISAN PENTADBIR



 

BARISAN GURU LELAKI



BARISAN GURU PEREMPUAN
 
 
 
 
 
 
 KAKITANGAN SEKOLAH
 
 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 DISEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 Selamat kembali ke sekolah, selamat belajar buat murid-murid SKKK1.
Selamat datang di ucapkan kepada ibu bapa/penjaga murid-murid tahun 1 2018.
Selamat bertugas buat warga guru dengan penuh semangat dan mengukir lebih banyak kejayaan serta kecemerlangan di tahun 2018.

Nov 27, 2017

MALAM SERI SONGKET IRAMA MALAYSIA 2017

27 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

MAJLIS AKHIR TAHUN : MAKAN MALAM WARGA SKKK1
TARIKH : 26 NOVEMBER, 2017 
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL PERDANA KOTA BHARU
TEMA : SERI SONGKET IRAMA MALAYSIA 

 
















Nov 23, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN UPSR DAN PASR 2017

23 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penyampaian Slip Keputusan UPSR dan PASR (bagi murid PPKI) kepada semua murid yang mengambil peperiksaan pada tahun ini telah diadakan pada hari ini mulai jam 11.00 pagi bertempat di Anjung Bestari SKKK1. 
Majlis telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh.











Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan. Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid. 

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang. PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid. Pada tahun ini murid UPSR menerima empat slip PPSR yang mengandungi maklumat pencapaian dalam semua komponen berkenaan.

Nov 21, 2017

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN MURID PPKI 2017

21 NOVEMBER, 2017  - SK KUBANG KERIAN 1








Majlis jamuan akhir tahun murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada 20 November, 2017 bertempat di Anjung TRW SKKK1. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Tn Guru Besar serta barisan pentadbir SKKK1 turut sama memeriahkan majlis. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan orang perseorangan yang  telah memberi sumbangan dan terlibat menjayakan majlis pada kali ini. Insyallah panjang umur berjumpa lagi di tahun hadapan.

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 6

21 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis jamuan Akhir Tahun 6 2017 
Tarikh : 19 November, 2017
Masa : 12.30 tgh
Tempat : Dewan SKKK1






 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.