GURU-GURU SKKK1 2022
Jun 29, 2026
Jun 28, 2026
Jun 25, 2026
TAHNIAH KONTINJEN KB JOHAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS NEGERI KELANTAN
25 Jun 2026
Tahniah dan Alhamdulillah kontinjen KB Johan pertandingan pertolongan cemas Negeri Kelantan.. Semuanya terdiri daripada anak-anak SKKK1.
TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH
25 JUN 2026
Tahniah team bola baling SKKK1 mendapat tempat KETIGA di Kejohanan Bola Baling MSSD Kota Bharu.
Jun 22, 2026
Majlis Peluncuran Program Yakult Generasi Madani dan Misi Sihat Yakult 2026
PROGRAM INTERVENSI SALAH LAKU BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL BERJAYA MENINGKATKAN KESEDARAN MURID
Satu Program Intervensi Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual telah diadakan pada 14 Jun 2026 bermula jam 10.45 pagi hingga 12.45 tengah hari di Anjung MCN. Program ini disampaikan oleh Cik Aisha Binti Zailan, Pendidik Remaja KafeTEEN, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Cawangan Negeri Kelantan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran murid berkaitan isu buli, gangguan seksual serta kesihatan emosi.
Dalam sesi gangguan seksual, penceramah menerangkan tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak tetap serta menekan kepentingan mengelakkan sentuhan yang tidak sesuai daripada individu berlainan atau sama jantina.
Murid turut didedahkan kepada faktor-faktor yang boleh menyebabkan gangguan seksual dan langkah-langkah mengatasinya dengan mendapatkan bantuan daripada individu yang dipercayai seperti ibu bapa, guru atau rakan sebaya.
Selain itu, penceramah turut menyentuh isu “barcode” atau perbuatan mencederakan diri sendiri menggunakan objek tajam seperti pisau kecil dan gunting. Antara faktor yang dikenali pasti ialah tekanan emosi akibat masalah keluarga, tekanan daripada rakan sebaya, pengalaman dibuli serta tekanan di sekolah.
Murid juga diingatkan agar tidak terpengaruh untuk meniru perbuatan tersebut walaupun sekadar ingin mencuba.
Dalam slot berkaitan buli, murid diberikan penerangan mengenai jenis-jenis buli melalui tayangan video dan perkongsian interaktif. Faktor-faktor yang mendorong perlakuan buli turut dijelaskan, di samping langkah-langkah pencegahan dan pengurusan yang perlu diambil oleh mangsa mahupun pembuli. Penceramah menekankan kepentingan mengawal emosi, membuat laporan kepada pihak yang dipercayai dan sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati.
Program turut diserikan dengan aktiviti komunikasi dua hala antara penceramah dan murid. Murid dibahagikan kepada kumpulan untuk berbincang menggunakan kertas mahjung sebelum membuat pembentangan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya buli, gangguan seksual dan perbuatan mencederakan diri sendiri serta membantu mereka memahami cara mendapatkan bantuan dan mengurus emosi dengan lebih baik.
MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN 3K SEKOLAH PINTAR WOW KE SEKOLAH
Program Training of Trainers (TOT) Doktor Muda & Memberus Gigi Amalan Harian (BRUSH)
Program Training of Trainers (TOT) Doktor Muda & Memberus Gigi Amalan Harian (BRUSH) telah berlangsung dengan jayanya di SK Kubang Kerian 1 pada 11 Jun 2026
Jun 12, 2026
MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU SK KUBANG KERIAN 1 2026
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.



































