GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 30, 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2020

30 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 30 Januari, 2020
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Kubang Kerian 1















Aktiviti pertama Kokurikulum Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah dan berjalan dengan lancar sekali. Tahniah diucapkan kepada semua murid SKKK1 yang terlibat pada hari ini yang melibatkan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, murid PRA Sekolah dan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru Besar serta semua pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama, sokongan dan keterlibatan dalam menjayakan kejohanan merentas desa pada hari ini. 



Jan 19, 2020

SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN DENGAN KERJASAMA PELAJAR KPTM KOTA BHARU KELANTAN

19 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Sumbangan Peralatan Persekolahan dengan kerjasama pelajar-pelajar Sem 3 KPTM Kota Bharu
Tarikh : 18 Januari 2020
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Anjung Bestari SKKK1
Penglibatan : 10 orang murid (8 orang murid perdana dan 2 orang murid Pendidikan Khas)
Disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Anishah bt Ibrahim










MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI 2020

19 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penutup Minggu Transisi 2020 
Penglibatan : Murid Tahun 1 dan Murid PPKI
Tarikh : 16 Januari, 2020
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Anjung Bestari SKKK1

Disempurnakan oleh  Tn Guru Besar SKKK1, En Mulyadi bin Md Nawi














Jan 16, 2020

LAWATAN CAKNA MURID

16 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1


Lawatan Cakna Murid dari Jawatankuasa HEM Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK1 telah diadakan pada hari Isnin 13 Januari 2020 ke kediaman murid Pendidikan Khas Iman Amrizal bin Mohd Shukri dari kelas Anugerah 3B atas kematian bapanya pada Khamis 9 Januari 2020. Sumbangan wang dari warga PPKI telah disampaikan oleh En Harizan bin Hamid, Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK1. 

MAJLIS LAMBAIAN KASIH MANTAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

16 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Lambaian Kasih Mantan Penolong Kanan Kokurikukum Yang Bertukar Ke SKKK 3 Sebagai PK HEM

EN MOHD ZAID BIN ABDULLAH
Tarikh : 12 Januari 2020
Masa : 7.45 - 8.45
Tempat : Tapak Perhimpunan Pagi Dewan MCN SKKK1

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah atas lantikan sebagai PK HEM dan selamat bertugas di SKKK3.















Jan 6, 2020

CORETAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2020

6 JANUARI 2020 - SK KUBANG KERIAN 1

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2020 Yang Penuh Keceriaan
Lawatan Oleh : 
En Aminunddin B. Awang, Wakil unit HEM PPDKB @ Setiausaha Kehormat NUTP Kelantan.















PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.