SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jul 31, 2016

PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK

31 JULAI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1


Program jelajah sekolah BLINK dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah datang ke SKKK1 hari ini dengan memberi pendekatan baru buat pelajar SKKK1 untuk menarik minat membaca dikalngan murid sekolah samada bacaan berupa buku ataupun bahan bacaan ilmiah. Disamping menjual bahan-bahan bacaan, para pelajar juga berpeluang mendekati dan menimba ilmu, pengalaman serta pengetahuan para penulis dari Syarikat BLINK Trading Sdn. Bhd. Para pelajar juga berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan daripada para penulis seperti Ain Maisarah, Izanor Sharif, Azanil Fitri, Aman Wan dan ramai lagi.

MINUMAN MILO PERCUMA

31 JULAI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Seluruh warga SKKK1 berpeluang menikmati segelas minuman MILO percuma hari ini...Terima kasih dauh keladi...

PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2016

31 JULAI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Tahniah diucapkan kepada beberapa orang murid SKKK1 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat pertama (Johan) dalam kejohanan Ragbi peringkat Negeri Kelantan. Ekoran daripada kejayaan ini juga 3 orang  murid dari SKKK1 telah terpilih untuk mewakili Kelantan bermain dalam kejohanan Ragbi di peringkat Kebangsaan. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan ini.

Seterusnya tahniah dan syabas juga kepada pasukan Tenis SKKK1 kerana telah mendapat tempat pertama (Johan) juga dalam pertandingan Tenis MSSK sesi 2016.

Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Rozanita bt. Ismail telah menyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang.

KEM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL

31 Julai 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Program kecemerlangan Bahasa Inggeris peringkat QIT Kota Jembal telah diadakan dengan jayanya pada 30 Julai 2016 bertempat di SKKK1. Seramai 150 orang murid mewakili 10 orang setiap sekolah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dari semua sekolah dalam QIT Kota Jembal terlibat dalam program ini. Semua guru Bahasa Inggeris di SKKK1 dan beberap orang guru dari sekolah berhampiran terlibat dalam menjayakan program kecemerlangan ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kebolehan menjawab soalan peperiksaan  Bahasa Inggeris UPSR dan seterusnya untuk menyahkan D dan E di kalangan sesetengah murid yang berada dalam QIT Kota Jembal.




Jul 29, 2016

SELAMAT BERSARA

28 JULAI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1 








 
 




Majlis meraikan persaraan seorang guru Pn. Hjh Norina bt Sidek dan kakitangan Pn. Norizan bt. Yunus SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada Khamis, 28 Julai 2016. Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh meriah bertemakan kuning hitam bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Mohamad, ucapan Guru Besar, ucapan akhir yang diraikan, persembahan guru-guru perempuan dan lelaki SKKK1 dan seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati kenang-kenangan daripada warga sekolah kepada Pn. Hjh Norina dan Pn Norizan dan seterusnya cenderahati tanda ingatan daripada yang dirai kepada surau SKKK1 yang sedang dalam pembinaan. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari di kantin.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar, Tn Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua yang diraikan kerana telah memberi kerjasama yang begitu baik sepanjang menjalankan tugas di sekolah ini. Seterusnya memohon maaf andainya terdapat tutur kata atau arahan yang kurang menyenangkan sepanjang bertugas di sekolah ini. Harapan dan doa semoga kedua-dua yang dirai sentiasa di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dipermudahkan oleh Allah SWT dalam segenap urusan dunia dan juga akhirat dan seterusnya selamat berehat. Insyallah panjang umur akan bersua lagi selepas ini.

Jul 20, 2016

SALAM TAKZIAH

20 JULAI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Lawatan cakna murid bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru kelas dan Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh ke rumah Adik Nor Hidayah bt. Huzaimi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang baru sahaja kematian ibunya pada minggu lepas telah diadakan pada pagi ini. Sumbangan derma ikhlas daripada warga SKKK1 telah disampaikan oleh guru besar kepada bapa beliau. Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nor Hidayah bt. Huzaimi.


Lawatan guru kelas bersama Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh ke rumah Adik Mohd Afiq Affzam bin Azidi Asmadi seorang murid tahun 5 yang baru sahaja kematian bapanya pada minggu lepas telah diadakan pada pagi ini. Sumbangan derma ikhlas daripada warga SKKK1 telah disampaikan oleh guru besar kepada ibu beliau. Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga adik Mohd Afiq Affzam bin Azidi Asmadi.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Jul 14, 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016

14 JULAI, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1


Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tgh. Semua murid bermula dari Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, murid arus perdana, semua guru dan kakitangan sekolah turut terlibat menjayakan majlis  ini dengan penuh meriah. Majlis dimulakan dengan ucapan guru bertugas mingguan, disusuli dengan ucapan selamat hari raya oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh.

Seterusnya murid menjamu selera dengan pelbagai juadah dan hidangan yang istimewa di lokasi masing-masing sekitar kawasan sekolah.Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang hari ini, antaranya persembahan kumpulan dari guru lelaki dan perempuan serta persembahan dari murid-murid. Majlis tamat tepat jam 12.30 tgh.















PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.