GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 29, 2009

**SALAM PERPISAHAN....MOGA JUMPA LAGI**

29 Oktober 2009,berakhirlah sudah sesi Kursus Pembikinan Blog Akademik dan Koloborasi Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT JPN Kota Bharu yang diadakan di Skkk1.Dalam ucapan penutup majlis,Pn.Zuriah Bt.Mohamad melahirkan rasa gembira dan sangat berpuas hati terhadap komitmen yang begitu tinggi di kalangan penyelaras-penyelaras Bestari/ICT.Kursus atau bengkel ini disertai oleh 28 buah sekolah sekitar JPN Kota Bharu dengan ditaja sepenuhnya oleh JPN Unit ICT Akademik di bawah pimpinan Puan Zuraiah Bt.Mohamed.Puan Wan Rosnani Bt.Wan Hamat selaku penolong kanan pentadbiran juga turut melahirkan rasa puas hatinya terhadap perjalanan kursus atau bengkel ini.Meskipun pada masa ini tuan Guru besar Skkk1,Tuan hj.Mohamed B.Che Noh tiada di sekolah kerana menghadiri kursus di Institut Aminudin Baki,namun beliau masih sempat merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur via skype.Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh berharap dengan adanya kursus-kursus dan juga bengkel koloborasi sebegini merupakan suatu wadah ke arah pendidikan dunia tanpa sempadan.Semoga Unit Ict Akademik akan sentiasa sudi membimbing para guru ke arah pembudayaan ICT.

Para peserta kursus Pembikinan Bolg Akademik/koloborasi guru-guru Penyelaras bestari@ICT sempat bergambar kenangan bersama Puan Zuriah Bt.Mohamed dan Puan Wan Rosnani Wan Hamat(PKP Skkk1)mewakili guru besar.


Oct 27, 2009

**PEMANTAUAN PROJEK RINTIS IES**

Pada 27 Oktober 2009,projek rintis IES telah dipantau oleh Unit ICT Akademik JPN Kelantan,En.Mohd Nawi.Pemantauan melibatkan dua sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru yang dipantau ialah Pn.Noor Aida Bt.Dato'Hj.Shafii bagi subjek Mathematics manakala En.Zulkifli B.Ibrahim bagi subjek Science.Pihak Jpn juga telah mengadakan sesi temuramah tentang keberkesanan dan kepenggunaan peralatan IES yang dibekalkan bersama penyelaras ICT,penyelaras projek,guru-guru IES dan juga murid-murid.Skkk1 merupakan sekolah rintis bagi projek Sesi pemantauan ini juga IES yang sudah semestinya banyak membantu guru-guru dalam proses P&P dan juga pengurusan head count pelajar.Melalui projek ini juga Skkk1 telah menapak setapak ke hadapan daripada segi pembudayaan ICT di kalangan guru dan pelajar.Projek ini adalah hasil perkongsian pintar antara Kementerian pelajaran Malaysia dengan Syarikat Global Net Sdn.bhd.Semoga Skkk1 mampu melahirkan para pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sesi P & P berbantukan peralatan remote control -IES ,dikendalikan oleh pn.Noor Aida Bt.Dato'Shafie

 
Sesi taklimat kepada guru-guru IES Skkk1

 
Guru-guru IES sedang mengisi borang soal selidik kepenggunaan peralatan IES 

 
Sesi soal jawab bersama murid oleh En.Nawi pengurus projek peringkat JPN

**KURSUS BLOG AKADEMIK**

Tanggal 28 Oktober 2009 satu kursus Pembinaan Blog Akademik sekolah telah diadakan kepada guru-guru penyelaras ict JPN Kelantan.Penceramahnya adalah Puan Zuriah Bt.Mohamed,manakala fasilitatornya adalah En.Mohd Ropi B.Awang dan En.Sufian B.Mat Nawi.Para peserta terdiri daripada 28 buah sekolah sekitar JPN Kota Bharu.Semoga kursus dan bengkel sebegini akan lebih memantapkan lagi penguasaan ICT di kalangan guru-guru penyelaras ICT atau penyelaras bestari.Diharapkan dengan kursus ini juga guru-guru ict dapat berkoloborasi antara satu dengan yang lain demi memantapkan lagi pengurusan ict di sekolah masing-masing.....Terima kasih diucapkan kepada Unit ICT Akademik,puan Zuriah Mohamed yang sentiasa sudi menghulurkan sumbangan sama ada daripada segi ilmu pengetahuan dan juga perbelanjaan kursus.

Pn.Zuriah Mohamed sedang membimbing para peserta  Blog Akademik 

 
Penceramah undangan...Ustaz Mohd Sufian Mohd Nawi dari Sk.Seri Chempaka 

 
Begitu tekun para peserta mengikuti sesi bengkel sehingga waktu rehat pun sanggup menjamah makanan di hadapan komputer 

 
Penceramah undangan...En.Mohd Ropi B.Awang atau nama penanya, Muharowang  dari Sk.beris Panchor

**LATIHAN KONFIGURASI RANGKAIAN**

Tanggal 26 Oktober 2009 Skkk1 sekali lagi telah menerima kunjungan pelajar dari kolej  Multimedia Cosmo Point Kota  Bharu untuk sesi latihan mengenai konfigurasi rangkaian.Kali ini melibatkan dua orang pelajar sahaja.Mereka telah dibimbing oleh juruteknik komputer  En.Sharkawi Ibrahim bersama penyelaras ICT Skkk1,Puan Wan Ramlah Bt.Daud.Latihan ini merupakan salah satu sesi tinjauan dan liputan yang mesti dibuat oleh pelajar ini dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan kongfigurasi rangkaian mereka.

Penerangan mengenai sambungan  dari router ke swith dan seterusnya kabel-kabel yang terlibat dalam kongfigurasi rangkaian oleh Pn.Wan Ramlah sambil diperhati oleh PKP Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat
 
Penerangan dan latihan "ping IP "daripada En.Sharkawi Ibrahim FT 17 Skkk1

Oct 20, 2009

**MINUMAN MILO PERCUMA**


Seorang petugas Syarikat Nestle M'sia Bhd sedang bertugas menyediakan milo percuma kepada para pelajar

Tanggal 19 Oktober 2009 Syarikat Nestle telah berkenan menyediakan minuman milo secara percuma kepada semua murid Skkk1.Murid-murid diarahkan beratur  mengikut kelas masing-masing bagi mendapatkan milo percuma yang dibekalkan oleh syarikat Nestle ini.

Menikmati milo percuma....lazat juge ya... 

**CERAMAH PEMAKANAN SIHAT**


Murid-murid tahun 6 sedang asyik mendengar taklimat drp Dr.Wan Nudri 
Satu ceramah  Pemakanan Sihat telah diadakan di dewan SKKK1 oleh Dr.Wan Nudri pada 19 Oktober 2009.Ceramah ini diadakan untuk mengisi ruang dan slot Program Lepas UPSR.Guru-guru yang mengajar tahun enam terlibat secara langsung untuk menjayakan program ini.

Dr.Wan Nudri merupakan doktor pakar pemakanan dari USM Kubang Kerian 

Oct 14, 2009

**HARI KELUARGA KELAS PENDIDIKAN KHAS**


Guru-guru dan ibubapa sedang beratur untuk mengambil juadah.... 



Para ibubapa murid-murid Pen Khas sedang menunggu acara berlangsung 
 
Tanggal 14 Oktober 2009 satu majlis sambutan Hari Keluarga Murid-murid Pendidikan Khas telah diadakan di Skkk1.Majlis ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Murid PKBP dan Pra Integrasi SKKK 1 .Majlis berjalan dalam suasana yang meriah dan telah disambut  dengan kehadiran pada  semua ibubapa murid Pendidikan Khas, Pra Integrasi dan murid OKU aliran perdana,guru Pen.Khas dan juga seluruh warga SKKK1.Acara  bermula tepat jam 10.00 pagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan khas dari JPN Kelantan .Meraka turun padang semata-mata untuk sama-sama memeriahkan  majlis pada hari ini. Sebagai tirai pembuka majlis,Tuan Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh telah memulakan ucapan ringkas yang penuh bermakna diikuti dengan  ucapan dari En. Nilman b. Hj. Otman yang merupakan Pegawai Pendidikan Khas JPN Kelantan.Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek bagi murid-murid yang lahir dalam bulan Julai - Disember seterusnya jamuan makan bagi semua yang hadir. Majlis diserikankan lagi dengan persembahan dari murid-murid Pendidikan Khas.Persembahan  dimulakan dengan Selawat oleh adik Nur Batrisyia b. Mohd Hafiz  dari Pra Integrasi, kumandang azan oleh adik Ahmad Fawwaz b. Suhaimi dan Adik Mohd Shahriel b. Mohd Noor .Ianya dipersembahkan secara spontan dan tanpa dirancang.Acara seterusnya ialah menghias ibu dan bapa .Acara ini terbuka kepada semua murid dan ibubapa. Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian bahan bantu mengajar kepada murid yang layak. Bahan bantu mengajar ini telah disumbangkan oleh Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja. Dalam majlis yang sama turut disampaikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada ibubapa atau orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas dalam tahun 2009. Di penghujung majlis, acara penyampaian hadiah hari lahir kepada semua murid, guru dan PPM yang lahir dalam bulan Julai - Disember diteruskan.Menurut AJK  Perancang Sambutan,majlis ini telah berjalan dengan begitu baik sebagaimana yang dirancang selama beberapa minggu berjalan dengan lancar.Tuan Guru Besar dan Puan Penolong  Kanan pentadbiran SKKK1 sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis pada hari ini.
 
Kelihatan Tuan Guru Besar Skkk1 Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh sedang memerhati murid-murid PKBS memotong kek harijadi mereka. 

Oct 12, 2009

**SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN GURU**

 
Para guru sedang diraikan dengan nyanyian lagu "Selamat Hari Jadi"

Tuan Guru Besar sedang menerima hadiah daripada Pn.Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1

Kelab Guru SKKK1 telah mengadakan satu sambutan hari lahir guru-guru skkk1  pada 11 Oktober 2009.Mereka yang diraikan ialah guru-guru yang tarikh lahirnya yang jatuhnya pada bulan September hingga Oktober.Sambutan kelahiran pada bulan ini amat bertuah kerana tarikh lahir Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh dan juga penolong kanan Hal Ehwal Murid Pn.Norani Bt.Abdullah juga jatuh pada bulan ini.Seramai 22 orang guru telah diraikan pada tahun bulan ini.Semua guru yang menyambut hari lahir ini telah dihadiahkan dengan sedikit cenderahati dan dihiburkan dengan nyanyian lagu" Selamat hari Jadi"diketuai oleh Ym.Tengku Norsilawaty Bt.Tg.Hassan yang lebih dikenali dengan Datok Siti Nurhaliza SKKK1.Semoga sambutan-sambutan seperti ini akan terus dikekalkan demi untuk menambahkan keakraban silaturrahim antara warga SKKK1."Sama-sama Gemilangkan SKKK1"

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.