GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 26, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI

26 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid PPKI Januari - Jun 2018
Tempat : Anjung TRW SKKK1
Hadir Bersama : Guru Besar SKKK1 (Tn Hj. Mohamed bin Che Noh) 













Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan dan meraikan majlis pada hari ini bersama anak-anak PPKI. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan orang perseorangan yang menyumbangkan pelbagai juadah hidangan untuk santapan semua yang hadir pada hari ini. Semoga budi baik tuan puan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat Hari Lahir Semua...Semoga di panjangkan usia dengan penuh keberkatan dan sentiasa di bawah rahmat lindunganNya. Insyallah.

Jul 22, 2018

PENYAMPAIAN SIJIL KEJOHANAN DALAM KOKURIKULUM

22 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


Penyampaian Sijil Kejohanan dan pelbagai acara dan aktiviti yang telah disertai oleh murid-murid sepanjang bulan lepas telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran pada perhimpunan mingguan pagi ini. 

Antaranya :-
1. KHASHAH BIN KHAIRUL AZLAN
 Johan EXN Badminton Championship 2018
Tempat : Challenger Sports Centre Kepong, Selangor

2. WARDINA AISYAH DAMIA BT AHMAD EZZRIMAN
MSSK
1. Sijil Perak Memanah Keseluruhan Individu Perempuan Bawah 12 tahun
2. Tempat ke 3 Perempuan Bawah 12 tahun, Olimpik Berpasukan
3. Naib Johan Perempuan Bawah 12 tahun, Olimpik Berpasukan

3.NAJMATUL TAHIRAH
Kejohanan Tenis MSSK 2018
1. Johan Perseorangan 
2. Johan Beregu
Akan mewakili Negeri Kelantan pada 6 Ogos 2018.

Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Semoga kejayaan akan lebih cemerlang dapat di capai pada masa akan datang.

Jul 19, 2018

MAJLIS MERAIKAN KENAIKAN PANGKAT

19 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1



Majlis menghantar dan meraikan CIKGU ZULKILNAIN B. HASAN salah seorang guru SKKK1 yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SKKK2 telah diadakan dengan meriahnya pada hari Isnin 16 Julai 2018.  Guru Besar SKKK1 mengucapkan terima kasih di atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang berkhidmat di SKKK1. Seterusnya seluruh warga SKKK1 mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut. Semoga terus cemerlang dan gembira dalam mendidik anak bangsa.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018

19 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018
Kategori Anugerah : 
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahap 1 dan 2
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik PPKI
  • Anugerah Kecemerlangan PASR 2017
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik UPSR 2017
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik UPKK
  • Tokoh  Kecemerlangan Akademik 2017
  • Tokoh Kecemerlangan Kokurikulum 2017
Tarikh : 19 Julai 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Anjung MCN















 

Jul 5, 2018

MASA CERIA BERSAMA CARRIE JUNIOR

5 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Aktiviti : Masa CARRIE, Masa Ceria
Murid Terlibat : Semua Murid Tahap 1, Murid Pendidikan Khas dan Murid Pra Sekolah
Tarikh : 3 Julai 2018
Masa : 10.15 pagi
Bertempat : Anjung MCN





 

TAHNIAH...

5 JULAI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1






  
Sekalung Tahniah buat 16 orang guru SKKK1 yang berjaya dalam urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke Gred DG42(KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga dengan kejayaan ini dapat menaikan semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.