GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 17, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN DUN DEMIT 2012

"Menggemilangkan Akademik"














JUMAAT 17 FEBRUARI, 2012 - KUBANG KERIAN. Majlis penyampaian bantuan wang ehsan bagi sekolah-sekolah kebangsaan dalam Parlimen Kubang Kerian (Dun Demit) telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SK. Kubang Kerian 1. Antara sekolah yang terlibat ialah SK. Kubang Kerian 1, SK. Kubang Kerian 2, SK. Kubang Kerian 3, SK. Gong Dermin, SK. Wakaf Stan, SK. Rajar Bahar, SK. Mentuan, SK. Mentera, SK. Banggu dan SK. Demit 1, yang melibatkan 750 orang penerima. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Mohd Fauzi b. Ismail (ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian). Dalam ucapannya YBhg Dato' Mohd Fauzi b. Ismail  memaklumkan kepada semua yang hadir, pemberian wang ehsan hari ini adalah permohonan yang buat pada tahun 2011 untuk murid-murid yang tidak menerima bantuan KWAPM  atau pendapatan keluarga antara RM 703 - RM 1500 sebulan, maksima 1 keluarga adalah 2 orang adik beradik dalam satu sekolah.Pemberian ini adalah pemberian daripada kerajaan pusat Barisan Nasional kepada semua rakyat untuk meringankan kos sara hidup dengan matlamat utama untuk membantu rakyat. Beliau turut menasihatkan para ibu bapa semua agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan untuk keperluan anak masing-masing dan bukan untuk kegunaan peribadi.Majlis  berakhir jam 11.00 pagi.

Feb 16, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H - SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"






KHAMIS - 16 FEBRUARI 2012. Majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat SKKK 1 telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah sekali. Majlis perarakan Maulidur Rasul dimulakan seawal jam 8.00 pagi, sejauh lebih kurang 2KM melalui kawasan kampung berdekatan sekolah. Perarakan diadakan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu pasukan rumah kuning, merah, hijau, unggu dan biru. Beberapa acara menarik telah diadakan sepanjang hari ini iaitu pertandingan mewarna poster bagi murid tahap 1, pertandingan melukis poster bagi murid tahap 2, diselangi dengan tayang video dan diakhiri dengan selawat beramai-ramai versi melayu guru dan murid. Majlis berakhir jam 12.30 tgh. 

Feb 11, 2012

TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS UPSR 2012

"Menggemilangkan Akademik"





11 Februari 2012 - Program Motivasi murid-murid UPSR 2012 dimulakan pada tahun ini dengan program teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris. Murid-murid tahun 6 dibahagi kepada 2 kumpulan yang di kelolakan oleh Guru Bahasa Inggeris iaitu Cg Che Zaiton(kumpulan 1 - bertempat di Anjung Bestari) dan Cg Nurul Hidayah (kumpulan 2 - bertempat di Makmal Komputer SKKK 1). Murid-murid telah didedahkan cara-cara betul untuk menjawab soalan UPSR Bahasa Inggeris dengan tepat mengikut kehendak soalan yang diberikan. Program dimulakan jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tgh. 



GOTONG ROYONG MURID TAHUN 5

"Menggemilangkan Akademik"






11 Februari 2012 - Kubang Kerian. Aktiviti gotong royong membersihkan pagar SKKK 1 oleh murid-murid dan guru-guru tahun 5 telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Aktiviti dimulakan jam 7.45 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.

Feb 6, 2012

MAJLIS TAKLIMAT IBU BAPA DAN AKU JANJI MURID TAHUN 6




6 Februari 2012 - KUBANG KERIAN. Satu majlis taklimat ibubapa dan aku janji murid tahun 6 SKKK 1/2012 telah diadakan pada hari ini 6 Februari, 2012 bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Dalam majlis tersebut Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapannya telah memperkenalkan guru-guru yang mengajar tahun 6 pada tahun ini terutama bagi matapelajaran teras UPSR. Dalam majlis ini juga calon-calon UPSR telah membaca ikrar UPSR 2012 di hadapan ibubapa masing-masing. Semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat memberi suntikan pembakar semangat, berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2012.Insyallah.  

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.