GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 29, 2014

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 SIRI 2

29 OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1








Kem Bestari Solat merupakan salah satu aktiviti wajib yang dilaksanakan pada setiap tahun untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan.
Kem Bestari Solat Siri 2 untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) telah diadakan pada hari ini dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Kem Bestari Solat pada kali ini turut melibatkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK1. Aktiviti di jalankan secara teori dan amali, dikendalikan oleh guru Pendidikan Agama Islam, guru j-Qaf dan guru Fardu Ain (KAFA).
Antara objektif utama Kem Bestari Solat ialah :-
  • Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna.
  • Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.
  • Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar.
  • Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.

MAJLIS PERPISAHAN

28 OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian Hadiah Guru dan Kakitangan Yang Telah Bertukar 



 Penyampaian Hadiah Guru Yang Dinaikkan Pangkat Sebagai PK Ko-Kurikulum 
SK TG. Indra Petra Kota Bharu....Tahniah Cg. Mohd Al-bakhir...
ikhlas dari kami seluruh warga SKKK1

Guru Besar Membuat Cabutan SSP BSN Khas Untuk Warga SKKK1

Pemenang Tempat Pertama (Sebuah Telefon Bimbit Lenovo) dan Kedua (Sebuah Power Bank)

Pemenang Tempat Ke Tiga ( Sebuah Power Bank)

Majlis perpisahan guru dan kakitangan SKKK1 yang telah bertukar dan akan bertukar pada tahun 2014 telah diadakan dengan meriahnya pada hari ini bertempat diSKKK1.  Dalam ucapan ringkas Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang diraikan pada hari ini kerana sudi hadir dalam majlis pada hari ini. Kesempatan yang ada juga, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah dan akan berpindah diatas semangat kerjasama, sokongan serta dorongan yang telah dihulurkan sepanjang berada di sekolah ini. Tanpa sokongan dari semua adalah agak mustahil untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang sering diadakan di SKKK1 ini. Seterusnya beliau menyampaikan cenderahati kenang-kenangan daripada seluruh warga SKKK1 kepada yang diraikan. Cenderahati kenang-kenangan juga turut disumbangkan oleh Koperasi SKKK1 dan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SKKK1.

Seterusnya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Cg Mohd Al-Bakhir kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tengku Indra Petra Kota Bharu dengan rasminya pada hari Isnin ini 1 September, 2014.
Dalam majlis yang sama juga turut diadakan cabutan SSP BSN khas untuk warga SKKK1 yang telah membeli SSP BSN pada hari Karnival BSN bertempat di SKKK1, 2 minggu lepas. Tahniah kepada pemenang dan cuba lagi kepada yang kurang bernasib baik.

Aug 28, 2014

English Language Story Telling dan Action Song Competition Primary School , QIT Kota Jembal 2014

28th OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

English Language Story Telling dan Action Song  Competition Primary School , QIT Kota Jembal 2014 telah diadakan di SK. Kubang Kerian 1 pada hari ini 28th Ogos, 2014 bermula 8.30 a.m - 1.30p.m. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah sekolah-sekolah yang berada di bawah QIT Kota Jembal. Kumpulan yang berjaya akan mewakili QIT Kota Jembal ke pertandingan di peringkat PPD Kota Bharu.Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya dan cuba lagi di tahun hadapan bagi yang kurang bernasib baik. 

Keputusan Pertandingan :

Action Song
Tempat 1 : SK Kubang Kerian 3
Tempat 2 : SK Kubang Kerian 1
Tempat 3 : SK Sultan Ismail 4

Story Telling
Tempat 1 : SK Kubang Kerian 1
Tempat 2 : SK Kubang Kerian 3
Tempat 3 : SK Kota jembal



 

Aug 25, 2014

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN BANGUNAN BARU PPKI

25 OGOS, 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1

Gotong royong oleh warga PPKI SKKK1 telah diadakan pada pagi ini, membersihkan persekitaran bangunan baru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI). Bangunan yang mula dibina dalam tempoh tiga bulan yang lalu telah siap sepenuhnya dan sekarang dalam proses untuk berpindah. Dalam masa terdekat ini, kelas PPKI SKKK1 akan berpindah ke bangunan baru tersebut.







PERSEMBAHAN MUZIKAL TEATER MURID PPKI

25 OGOS, 2014 - PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SK KUBANG KERIAN 1








Tahniah diucapkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK1 kerana telah berjaya membuat persembahan Muzikal Teater di Karnival Orang Kelainana Upaya bertempat di Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) pada hari Sabtu, 23 Ogos, 2014. Selain membuat persembahan Muzikal Teater murid-murid PPKI SKKK1 juga turut menyertai beberapa pertandingan sukaneka seperti menyambung straw, baling bola dalam bakul, safety ballom dan pertandingan azan. Selama lebih kurang 3 hingga 4 minggu murid-murid PPKI telah dilatih dan di bimbing oleh guru-guru khas yang pakar dalam bidang kesenian dari Italy bertempat di Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK). Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian diatas keberanian mereka menyertai persembahan tersebut.

Aug 20, 2014

SIHAT CERIA BERGAYA BERSAMA CARRIE JUNIOR

20 OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada tengahari ini dengan kerjasama daripada Syarikat Penjagaan Diri "CARRIE JUNIOR" bersama-sama murid Tahap 1, tahun 1-3 bertempat di Anjung MCM SKKK1. Aktiviti dimulakan dengan persembahan tarian oleh Maskot Carrie Junior, tip-tip serta cara-cara menjaga kebersihan dan penjagaan diri yang betul, cara-cara membersihkan diri yang betul ketika mandi, kuiz dan setiap murid di bekalkan dengan mandian wangi Carrie Junior. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Penjagaan Diri Carrie Junior kerana telah memilih SKKK1  dalam program promosi barang-barang penjagaan diri keluaran Syarikat Carrie Junor.






Aug 17, 2014

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2014

17 OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Sambutan Merdeka Raya peringkat SKKK1 pada tahun ini telah diadakan dengan jayanya dan begitu meriah sekali. Pelbagai acara menarik telah diadakan pada sebelah pagi bermula jam 7.45 hingga 9.45 pagi. Antaranya,  nyanyian lagu-lagu patriotik, lagu Kemerdekaan, ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, ceramah tentang kemerdekaan oleh Tokoh Kemerdekaan YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Abd Halim @ Yunus b. Tahir, pantun teka teki kemerdekaan dan persembahan Pentomen oleh murid-murid tahun 4 dan 5. 
Sebelum majlis sambutan MerdekaRaya tamat, guru-guru SKKK1 telah membuat satu kejutan kepada Tn. Guru Besar, meminta beliau memotong kek Hari Lahir ke 56 yang jatuh pada hari Jumaat 15 Ogos, baru-baru ini. Semua guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir"...Sehubungan dengan itu seluruh warga SKKK1 mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada Tn. Guru Besar SKKK1, dengan diiringi doa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga diberi kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan. Insyallah. 
Seterusnya jamuan Hari Raya diadakan mengikut stesen dengan hidangan begitu menyelerakan disetiap stesen yang telah ditetapkan. Majlis sambutan berakhir jam 1.15 tgh.








Aug 16, 2014

BSN SCHOOL CARNIVAL 2014 SKKK1

16 OGOS, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1


Kemeriahan bersama BSN School Carnival 2014, Bank Komuniti Anda telah dirasai oleh semua penyunjung yang telah hadir memeriahkan karnival pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di SKKK1. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang hari ini. Antaranya, persembahan dikir barat oleh guru-guru dan kakitangan lelaki SKKK1, cabutan nombor bertuah, pertandingan mewarna, pertandingan bintang kecil, pelancaran tabung kecemasan GAZA, pameran dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pertunjukan motosikal berkuasa tinggi dan lain-lain. 
Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan alu-aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana telah memilih SKKK1 untuk sama-sama menjayakan karnival ini, terima kasih juga kepada semua guru-guru dan kakitangan serta warga SKKK1 yang telah sama-sama bekerjasama menjayakan karnival ini dari awal hingga akhir, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penyunjung yang telah sama-sama memeriahkan karnival pada hari ini serta kepada semua penderma dan sesiapa sahaja yang telah sama-sama menjayakan karnival pada hari ini. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki berjumpa lagi ditahun hadapan. Ucapan terima kasih juga ditujukan pada Ketua Pegawai PPD Kota Bharu, Tn. Hj. Abd Aziz b. Hj. Daud kerana telah sudi merasmikan acara penutup pada tengahari ini.
















PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.