GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 30, 2011

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

"Menggemilangkan Akademik"

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tn. Guru Besar SKKK 1 kerana telah menerimaperlantikan guru besar gred DG41. Jamuan dan majlis kesyukuran telah diadakan untuk semua guru, kakitangan dan pekerja sekolah pada Selasa 29hb. Mac, 2011. Seluruh warga SKKK 1 menguapkan tahniah  dan terima kasih kepada Tn. Guru Besar SKKK 1.

Mar 28, 2011

KEM BESTARI SOLAT SKKK 1 1/2011

"Menggemilangkan Akademik"



Kem Bestari Solat untuk murid tahun 1/2011 SKKK 1 telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu (25 dan 26 Mac, 2011) minggu lepas. Semua murid tahun 1 terlibat dalam program ini bersama guru J-Qaf dan guru agama SKKK 1. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari berlangsung program ini( jam 8.00 pagi - 12.00 tgh), antaranya membetulkan baacan Basmallah, mengenali anggota wuduk, niat wuduk, doa selepas wuduk, bacaan surah-surah pendek, amali wuduk dan menonton tayangan cara-cara mengambil wuduk dengan betul.Tn. Guru Besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini dapat memantapkan lagi pengukuhan murid-murid di tahun 1 tentang kewajipan/tuntutan solat. 

PERTANDINGAN 'SO YOU THINK YOU CAN SPELL THE SCIENTIFIC TERMS'

"Menggemilangkan Akademik"

Satu pertandingan 'SO YOU THINK YOU CAN SPELL THE SCIENTIFIC TERMS' anjuran Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, telah diadakan pada akhir Februari dan awal Mac, 2011. Pertandingan ini telah diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu pada 24 Februari, 10 Mac dan 17 Mac 2011 di USM Kubang Kerian. Semua sekolah yang berada disekitar Kota Bharu telah menyertai pertandingan ini,  melibatkan murid-murid tahun 6. SKKK 1 di bawah pemantauan Panitia Sains (Cg. Ida Rosdila bt. Othman dan Cg. Azlinawati bt. Mohamad) turut menghantar 4 orang wakil murid tahun 6 iaitu Md. Azwar Hafiy b. Abd. Halim, Khairul Fahmi b. Md. Yusof, Farah Ruzana bt. Rasid dan Azmira Asyrina bt. Md. Jamil. SKKK 1 telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan ini. Sijil penghargaan telah dibarikan kepada semua murid yang terlibat dalam pertandingan ini. Guru Besar Tn. HJ. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan ini dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan pertandingan ini.

Mar 27, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL 2011

"Menggemilangkan Akademik"


 Satu kejohanan olahraga peringkat QIT Kota Jembal 2011 telah diadakan pada 9 Mac, 2011 (Rabu) bertempat di Padang SK. Kubang Kerian 3. Semua sekolah di bawah QIT Kota Jembal terlibat dalam pertandingan ini. SK. Kubang Kerian 1 telah menghantar beberapa orang wakil murid untuk menyertai pertandingan tersebut. SKKK 1 telah merangkul johan dalam pertandingan 200M (L), 80M berpagar (L), 4 x 200M (L), naib johan dalam acara Lompat Tinggi (L), 100M (L), 4 x 100M (L), 4 x 200M (P) dan lontar peluru (P) dan mendapat tempat ke 3 dalam acara lontar peluru (L). Hadiah serta pingat telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Mohamad Hilmi b. Ismail semasa perhimpunan pagi hari ini. Sehubungan dengan itu, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh  mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang serta sama-sama memartabatkan semangat kesukanan  di SKKK 1.

ENGLISH ONE DAY CAMP SKKK 1/2011

"Menggemilangkan Akademik"









SABTU 26HB. MAC, 2011 - Aktiviti terakhir minggu Panitia Bahasa Inggeris SKKK 1 telah diadakan pada hari Sabtu 26hb. Mac, 2011 iaitu yang diberi nama 'English One Day Camp SKKK 1'. Aktiviti ini diadakan sepanjang hari iaitu bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang, melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKKK 1.Pelbagai acara atau pertandingan menarik telah diadakan sepanjang hari iaitu pertandingan hiasan khemah tercantik, pertandingan nyanyian, bacaan sajak/puisi, treasure hunt dan lain-lain lagi Murid-murid yang terlibat begitu seronok serta lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi di khalayak ramai khasnya berkomunikasi dalam BI. Setiap kumpulan yang menang  dalam pertandingan tersebut diberikan hadiah di pagi Ahad semasa perhimpunan pagi.

Mar 21, 2011

KELAB TaHa TABUNG HAJI - SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"



KUBANG KERIAN. Satu majlis peyampaian buku akaun Tabung Haji kepada murid-murid SKKK 1 yang telah membuka akaun Tabung Haji telah diadakan pada minggu lepas. Pegawai dari Lembaga Tabung Haji Malaysia cawangan Kelantan, Tn. Hj. Mohd Amin b. Awang telah hadir meyampaikan buku akaun tersebut kepada Tn. Guru Besar SKKK 1, (sebagai wakil untuk diagihkan kepada murid-murid), Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Murid-murid yang  telah membuka akaun Tabung Haji hanya perlu membuka akaun dengan nilai RM 2.00 sahaja. Semua murid yang  membuka akaun di Tabung Haji adalah layak menjadi ahli Kelab TaHa Tabung Haji . Antara objektif utama pihak sekolah mengalu-alukan murid-murid supaya membuka akaun di Tabung Haji adalah untuk menanam minat menabung sejak dibangku sekolah serta menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung haji di usia muda. Murid-murid yang menjadi ahli juga akan mendapat manafaat seperti boleh menyertai secara percuma program-program khas yang dianjurkan oleh Tabung Haji seperti bimbingan peperiksaan, perkhemahan ibadah dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa. Selain itu ianya juga sebagai menanam dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.  

Antara kelebihan menjadi ahli Kelab TaHa ialah ahli-ahli akan mendapat kad keahlian secara percuma, mendapat potongan harga dilebih 120 rangkaian Kelab TaHa di seluruh Malaysia, mendapat potongan 15% harga penginapan dimana-mana Kompleks TH menerima anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Seterusnya boleh menyertai Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma serta berpeluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.

Sehingga hari ini hampir separuh murid-murid SKKK 1 telah membuka akaun. Mana-mana murid yang belum membuka akaun lagi bolehlah mendapatkan borang permohonan membuka akaun dari guru kelas masing-masing. Sehubungan dengan itu, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap sikap menabung yang diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah pada hari ini akan memberi manafaat yang berguna kepada semua  di masa akan datang. Insyallah.

ENGLISH WEEK 2011

"Menggemilangkan Akademik"





KUBANG KERIAN - 20 MAC, 201. Pada minggu ini bermula 20hb. Mac, 2011 hingga 26hb. Mac, 2011 merupakan minggu Panitia Bahasa Inggeris di SKKK 1. Pelbagai acara dan program dijalankan sepanjang minggu ini. Minggu Panitia  Bahasa Inggeris SKKK 1 telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che bertempat di Anjung Bestari SKKK 1 pada jam 8.00 pagi ini. Antara acara atau aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini ialah Launching of the English Week by the Headmaster, Colouring Competition (L1 dan L2), Poster Drawing (L2), Jazz Chants (L1 dan L2), Presentation (L1 dan L2), English One Day Camp, Prize Giving and Closing Ceremony. Antara objektif utama minggu Panitia Bahasa Inggeris ini ialah to provide enrichment activities and cultivating interest in the English Language among the pupils of SK. Kubang Kerian 1, to build up the pupil"s proficiency and confidence in the use of the English Language, to promote unity and fellowship among teachers and pupils, to provide effective language learning and opportunities to the use and practice of the language among the pupils and to create a learning and joyful environment through English presentation..

Mar 8, 2011

SELAMAT DATANG

"Menggemilangkan Akademik"



Selamat Datang ke SK. Kubang Kerian 1, buat para guru pelatih dari IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka ( Cik Wan Nurul Farahin bt. Wan Ahmad dan Cik Norafizah bt. Jamali) serta guru pelath dari IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor( En. Ahmad Faris b. Md Fauzi, Md Izzuddin b. Kusman, Md. Zulfikri b. Razali dan En. Muhammad b. Ishak) yang sedang menjalani Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah bermula 6hb. Mac, 2011 hingga 10hb. Mac, 2011.Semoga pengalaman yang diperolehi di SKKK 1 menjadi sesuatu yang berguna buat mereka bakal guru  dimasa akan datang.

KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA QIT MSSD KOTA BHARU 2011

"Menggemilangkan Akademik"

Sekalung ucapan tahniah dan maju lagi buat skuad bola sepak Sk. Kubang Kerian 1 di atas kecemerlangan dalam permainan sukan bola sepak. Pasukan bola sepak SK. Kubang Kerian 1, telah mendapat juara dalam kejohanan bola sepak antara QIT MSSD Kota Bharu tahun 2011. Kejohanan ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 28 Februari, 2011, 1 Mac, 2011 (padang SK. Sultan Ismail 4) dan 2 Mac 2011 (padang SK. Padang Kala - peringkat separuh akhir dan peringkat akhir).QIT yang telibat dalam kejohanan ini adalah QIT yang berada di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD KB) iaitu QIT Salor, QIT Peringat, QIT Pangkal Kalong, QIT Kota Jembal, QIT Bandar, QIT Kedai Buluh , QIT Pengkalan Chepa dan QIT Melor.

Pada peringkat kumpulan QIT Kota Jembal telah mengalahkan QIT Salor 2-0, mengalahkan QIT Peringat 1-0, mengalahkan QIT Pangkal Kalong 2-1 Keputusan yang memberangsangkan ini telah melayakkan QIT Kota Jembal untuk ke separuh akhir. Manakala pada peringkat separuh akhir pula, QIT Kota Jembal mengalahkan QIT Pengkalan Chepa 2-1. Pada peringkat akhir permainan pula QIT Kota Jembal mengalahkan QIT Bandar 1-0 untuk muncul sebagai juara bola sepak bawah 12 tahun MSSK KOta Bharu.

Sehubungan dengan ini Tn. Guru Besar, SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam QIT Kota Jembal.

Mar 3, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) IPGM KOTA BHARU

"Menggemilangkan Akademik"




Satu lawatan Penanda Aras (Benchmarking) guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Kota Bharu telah hadir pada hari ini ke SKKK 1. Mereka yang terlibat dalam lawatan ini adalah terdiri daripada guru-guru pelatih dari Kumpulan PISMP BM/PJ/MU Semester 5. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menjana para pendidik yang berkarisma dan dinamik. Antara aktiviti  yang diadakan sepanjang lawatan ini ialah sesi ceramah tentang ciri-ciri kepimpinan di sekolah, pengurusan sekolah, infrastruktur sekolah dan melawat kawasan serta memerhati prasarana sekolah. Selain itu aktiviti kerja amal turut diadakan  dalam lawatan ini seperti  membasuh periuk, besin serta  mengemas dan membersihkan kawasan/tempat memasak semasa majlis kenduri kesyukuran semalan. Sesi ceramah serta taklimat telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat, mewakili tuan guru besar yang ada tugas di JPN Kelantan. Guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar lawatan yang diadakan pada hari ini  dapat memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan  sekolah serta kepimpinan yang ada disekolah seterusnya dapat menjadi para pendidik yang berwawasan suatu hari  kelak.

Mar 2, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DAN MAJLIS KESYUKURAN UPSR 2010

"Menggemilangkan Akademik"









KUBANG KERIAN - 2 MAC 2011 - Masjlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SKKK 1 dan majlis kesyukuran peningkatan pencapaian UPSR 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Tiga ekor lembu telah disembelih dan disempurnakan sepenuhnya oleh warga SKKK 1, bergotong royong antara satu sama lain dalam menjayakan majlis yang besar pada hari ini. Beberapa acara telah diadakan sepanjang hari ini iaitu bermula dengan perarakan oleh semua murid SKKK 1 bermula tahun 1 hingga 6 mengikut rumah sukan masing-masing. Sejurus selepas selesai perarakan, semua murid tahap satu mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Manakala tahap dua pula mengambil bahagian dalam pertandingan menulis khat. Kedua-dua acara ini  telah dinilai dan dikawal selia oleh guru-guru KAFA serta guru-guru J-Qaf SKKK 1.  Tepat jam 12.00 tengahari selepas selesainya acara yang dipertandingkan murid-murid dihidangkan dengan nasi dan gulai kawah yang dimasak sendiri oleh warga SKKK 1. Para tetamu jemputan yang terdiri daripada murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010 bersama ibubapa masing-masing, guru besar sekolah berhampiran serta semua kakitangan Klinik Kesihatan Kubang Kerian(merupakan jiran yang paling hampir), dapat menjamu selera tepat jam 1.00 tengahari. Sedikit cenderahati telah diberikan kepada semua murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010, ikhlas daripada SKKK 1.Sehubungan dengan itu guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar majlis yang dadakan pada hari ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama antara guru-guru dan juga kakitangan sekolah dalam menjayakan sesuatu program yang diadakan oleh pihak sekolah. Beliau berharap agar sikap tolong menolong, bantu membantu yang diamalkan oleh warga SKKK 1 dapat dikekalkan sampai bila-bila malah diharapkan dapat ditingkatkan lagi selepas ini. Tanpa sokongan, kerjasama, bantu membantu, tolong menolong antara satu sama lain, tidak mungkin majlis besar-besaran seperti hari ini dapat dilaksanakan dengan sebaik  mungkin.Tuan guru besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan majlis pada hari ini, tidak dilupakan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua para tamu yang  turut sama menghadiri memeriahkan majlis pada hari ini.Seterusnya ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010 kerana sudi hadir pada hari ini. Moga kejayaan yang diraih dalam UPSR menjadi titik mula untuk mencipta kejayaan yang seterunya di masa akan datang...........

Mar 1, 2011

SELAMAT DATANG WIRA MALAYSIA

"Menggemilangkan Akademik"





28 Februari 2011 bersamaan hari Isnin merupakan satu tarikh yang  amat bertuah buat  warga SKKK 1 kerana telah menerima tetamu istimewa, Wira Bola Sepak Malaysia iaitu saudara Khairul Fahmi b. Che Mat. SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau meluangkan masa seketika untuk menerima undangan dari pihak sekolah. Kehadiran beliau pada hari ini adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada pemain bola sepak sekolah khususnya dan semua murid SKKK 1 amnya, terutama mereka yang meminati bidang sukan, untuk meneruskan semangat kesukanan dalam diri masing-masing. Sempena kehadiran beliau pada hari ini juga pihak sekolah telah berbesar hati memberi sedikit cenderamata serta meminta beliau menurunkan tandatangan di bola, sebagai simbolik sokongan serta dorongan beliau kepada sekolah dalam menyemarakkan lagi bidang kesukanan di SKKK 1. Dalam ucapannya beliau berjanji akan meluangkan masa dan hadir untuk melatih murid-murid khususnya dalam sukan bola sepak sekiranya beliau ada masa dan tidak ada latihan di peringkat negeri. Seterusnya murid-murid SKKK 1 berpeluang untuk bergambar bersama beliau secara individu atau mengikut kelas. Hampir dua jam beliau meluangkan masa di SKKK 1, kelihatan murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah amat gembira dengan kehadiran beliau pada hari ini. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap kehadiran beliau pada hari ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat  baru kepada murid-murid SKKK 1 untuk terus maju dalam bidang sukan  tanpa meninggalkan pelajaran akademik.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.