GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 2, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DAN MAJLIS KESYUKURAN UPSR 2010

"Menggemilangkan Akademik"









KUBANG KERIAN - 2 MAC 2011 - Masjlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SKKK 1 dan majlis kesyukuran peningkatan pencapaian UPSR 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Tiga ekor lembu telah disembelih dan disempurnakan sepenuhnya oleh warga SKKK 1, bergotong royong antara satu sama lain dalam menjayakan majlis yang besar pada hari ini. Beberapa acara telah diadakan sepanjang hari ini iaitu bermula dengan perarakan oleh semua murid SKKK 1 bermula tahun 1 hingga 6 mengikut rumah sukan masing-masing. Sejurus selepas selesai perarakan, semua murid tahap satu mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Manakala tahap dua pula mengambil bahagian dalam pertandingan menulis khat. Kedua-dua acara ini  telah dinilai dan dikawal selia oleh guru-guru KAFA serta guru-guru J-Qaf SKKK 1.  Tepat jam 12.00 tengahari selepas selesainya acara yang dipertandingkan murid-murid dihidangkan dengan nasi dan gulai kawah yang dimasak sendiri oleh warga SKKK 1. Para tetamu jemputan yang terdiri daripada murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010 bersama ibubapa masing-masing, guru besar sekolah berhampiran serta semua kakitangan Klinik Kesihatan Kubang Kerian(merupakan jiran yang paling hampir), dapat menjamu selera tepat jam 1.00 tengahari. Sedikit cenderahati telah diberikan kepada semua murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010, ikhlas daripada SKKK 1.Sehubungan dengan itu guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar majlis yang dadakan pada hari ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama antara guru-guru dan juga kakitangan sekolah dalam menjayakan sesuatu program yang diadakan oleh pihak sekolah. Beliau berharap agar sikap tolong menolong, bantu membantu yang diamalkan oleh warga SKKK 1 dapat dikekalkan sampai bila-bila malah diharapkan dapat ditingkatkan lagi selepas ini. Tanpa sokongan, kerjasama, bantu membantu, tolong menolong antara satu sama lain, tidak mungkin majlis besar-besaran seperti hari ini dapat dilaksanakan dengan sebaik  mungkin.Tuan guru besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan majlis pada hari ini, tidak dilupakan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua para tamu yang  turut sama menghadiri memeriahkan majlis pada hari ini.Seterusnya ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010 kerana sudi hadir pada hari ini. Moga kejayaan yang diraih dalam UPSR menjadi titik mula untuk mencipta kejayaan yang seterunya di masa akan datang...........

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.