GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 21, 2011

KELAB TaHa TABUNG HAJI - SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"



KUBANG KERIAN. Satu majlis peyampaian buku akaun Tabung Haji kepada murid-murid SKKK 1 yang telah membuka akaun Tabung Haji telah diadakan pada minggu lepas. Pegawai dari Lembaga Tabung Haji Malaysia cawangan Kelantan, Tn. Hj. Mohd Amin b. Awang telah hadir meyampaikan buku akaun tersebut kepada Tn. Guru Besar SKKK 1, (sebagai wakil untuk diagihkan kepada murid-murid), Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Murid-murid yang  telah membuka akaun Tabung Haji hanya perlu membuka akaun dengan nilai RM 2.00 sahaja. Semua murid yang  membuka akaun di Tabung Haji adalah layak menjadi ahli Kelab TaHa Tabung Haji . Antara objektif utama pihak sekolah mengalu-alukan murid-murid supaya membuka akaun di Tabung Haji adalah untuk menanam minat menabung sejak dibangku sekolah serta menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung haji di usia muda. Murid-murid yang menjadi ahli juga akan mendapat manafaat seperti boleh menyertai secara percuma program-program khas yang dianjurkan oleh Tabung Haji seperti bimbingan peperiksaan, perkhemahan ibadah dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa. Selain itu ianya juga sebagai menanam dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.  

Antara kelebihan menjadi ahli Kelab TaHa ialah ahli-ahli akan mendapat kad keahlian secara percuma, mendapat potongan harga dilebih 120 rangkaian Kelab TaHa di seluruh Malaysia, mendapat potongan 15% harga penginapan dimana-mana Kompleks TH menerima anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Seterusnya boleh menyertai Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma serta berpeluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.

Sehingga hari ini hampir separuh murid-murid SKKK 1 telah membuka akaun. Mana-mana murid yang belum membuka akaun lagi bolehlah mendapatkan borang permohonan membuka akaun dari guru kelas masing-masing. Sehubungan dengan itu, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap sikap menabung yang diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah pada hari ini akan memberi manafaat yang berguna kepada semua  di masa akan datang. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.