GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 1, 2011

SELAMAT DATANG WIRA MALAYSIA

"Menggemilangkan Akademik"





28 Februari 2011 bersamaan hari Isnin merupakan satu tarikh yang  amat bertuah buat  warga SKKK 1 kerana telah menerima tetamu istimewa, Wira Bola Sepak Malaysia iaitu saudara Khairul Fahmi b. Che Mat. SKKK 1 mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau meluangkan masa seketika untuk menerima undangan dari pihak sekolah. Kehadiran beliau pada hari ini adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada pemain bola sepak sekolah khususnya dan semua murid SKKK 1 amnya, terutama mereka yang meminati bidang sukan, untuk meneruskan semangat kesukanan dalam diri masing-masing. Sempena kehadiran beliau pada hari ini juga pihak sekolah telah berbesar hati memberi sedikit cenderamata serta meminta beliau menurunkan tandatangan di bola, sebagai simbolik sokongan serta dorongan beliau kepada sekolah dalam menyemarakkan lagi bidang kesukanan di SKKK 1. Dalam ucapannya beliau berjanji akan meluangkan masa dan hadir untuk melatih murid-murid khususnya dalam sukan bola sepak sekiranya beliau ada masa dan tidak ada latihan di peringkat negeri. Seterusnya murid-murid SKKK 1 berpeluang untuk bergambar bersama beliau secara individu atau mengikut kelas. Hampir dua jam beliau meluangkan masa di SKKK 1, kelihatan murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah amat gembira dengan kehadiran beliau pada hari ini. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap kehadiran beliau pada hari ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat  baru kepada murid-murid SKKK 1 untuk terus maju dalam bidang sukan  tanpa meninggalkan pelajaran akademik.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.