GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 29, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H (2014) PERINGKAT SEKOLAH

29 Januari, 2014 : SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU






Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H 2014 di peringkat sekolah telah disambut pada hari ini dengan pelbagai acara menarik. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang sambutan ini ialah Perarakan Maulidur Rasul, pertandingan melukis poster bagi murid tahap 2, pertandingan mewarna poster bagi murid tahap 1, bacaan qasidah arab dari murid tahun 4 dan persembahan sajak dari murid tahun 6  selawat beramai-ramai dan ceramah maulidur rasul yang telah disampaikan oleh Ustz Mohd Azizi b. Nik Muhammad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD KB), Unit Pendidikan Islam dan Moral.

Jan 28, 2014

TERIMA KASIH

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

28 Januari, 2014 
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KUBANG KERIAN 1






Seramai 5 orang murid PPKI SKKK1, telah terpilih untuk menerima sumbangan dan bantuan persekolahan daripada Badan NGO anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK). Setiap murid menerima sepasang kasut sekolah, bag sekolah dan wang tunai RM150 seorang. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada para penyumbang, semoga dimurahkan rezeki dan keberkatan berpanjangan hendaknya, Insyallah.

Jan 27, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2014

27 JANUARI, 2014 SK KUBANG KERIAN 1

Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2014 bagi SKKK1 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung MCN, SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing.
Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian Timbalan Ketua UMNO Kubang Kerian.









Jan 26, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL UJIAN ICT

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

26 JANUARI, 2014 : SK KUBANG KERIAN 1

Majlis penyampaian sijil kelulusan ujian kompetisi ict telah disampaikan pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah lulus dalam ujian ini dan selamat menghadiri kursus ict kepada guru-guru yang belum berjaya.....



Jan 23, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PK PENTADBIRAN SKKK1

23 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Telah menjadi lumrah kehidupan ....
setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan



 
 
 
 
 

Majlis perpisahan guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Tn. Hj Mohd Hilmi mula bertugas di SKKK1 pada tahun 2007 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada hujung tahun 2013 dan pada awal 2014 beliau dinaikkan pangkat sekali lagi, menjawat jawatan sebagai Guru Besar di SK Kuala Gris. Sekalung tahniah, penghargaan, selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih tidak terhingga daripada seluruh warga SKKK1.
Dalam ucapan ringkas, Guru Besar SKKK1, merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam menaikkan pencapaian kecemerlangan Kokurikukum dan juga Akademik sepanjang berada di SKKK1. Insyallah jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki berjumpa lagi di lain kesempatan.....

Sejenak Mengenali Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail....
Dilahirkan pada 25 November, 1960
Pendidikan awak di SK Pasir Hor, SMK Kubang Kerian dan IPGM Raja Malewar
Mula bertugas sebagai guru pada tahun 1981 di SK Bertam Hulu Kelantan
1984 di SK Wakaf Stan, Kota Bharu,
2001 di SK Tapang, Kota Bharu
2006 di SK Ipoh Tanah Merah
dan Sept 2007 hingga Januari 2014 di SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan PK Pentadbiran
2014 Guru Besar SK Kuala Gris


Jan 20, 2014

TAHNIAH SEKALI LAGI...

20 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU KELANTAN.


Seluruh warga SKKK1 mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi buat mantan Penolong Kanan Pentadbiran  SKKK1,  Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail kerana telah dinaikkan pangkat menyandang jawatan sebagai Guru Besar di SK Kuala Gris,  bermula 19 Januari 2014. 

MAJLIS TAKLIMAT IBU BAPA DAN AKU JANJI MURID TAHUN 6

20 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU KELANTAN.




Majlis taklimat bersama ibu bapa dan majlis aku janji murid tahun 6 2014 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi PIBG SKKK1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Halim b. Tahir. Dalam taklimat ringkas bersama ibu bapa, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh memaklumkan program-program yang telah disusun atur untuk meningkatkan kecemerlangan murid tahun 6 pada tahun ini dan akan bermula dalam masa terdekat ini. Beliau berharap semoga semua ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang itu. Beliau turut mengajak semua ibu bapa agar sentiasa bersama sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang Akademik mahupun Kokurikulum. Insyallah.

Jan 19, 2014

PENYAMPAIAN HADIAH PELBAGAI AKTIVITI

19 Januari, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU

Pelbagai hadiah dan cenderahati telah disampaikan pada majlis perhimpunan pagi Ahad. Antaranya:-
 Guru Besar SKKK1 menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pasangan adik beradik kerana terlibat dalam pertandingan bercerita sepanjang tahun 2013.

  Guru Besar SKKK1 menyampaikan hadiah dan cenderahati bagi galakan membaca di bawah program NILAM tahun 2013.

 Penyampaian hadiah dan cenderahati Minggu Transisi Tahun 1, 2014


Jan 9, 2014

SELAMAT BERTUGAS DAN TERIMA KASIH

8 JANUARI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 Sekalung Penghargaan dan selamat bertugas di tempat baru  di ucapkan kepada dua orang guru SKKK1 kerana telah bertukar ke sekolah pilihan masing-masing awal persekolahan 2014. En. Mohd Zaki bertukar ke SK Ketting Bachok, manakala Ustazah Mahzon bertukar ke SK Seligi Pasir Putih Kelantan. Oleh itu Tn. Guru Besar dan semua Penolong Kanan SKKK1 mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan serta kerjasama yang diberikan kepada  sekolah sepanjang bertugas di SKKK1 ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Insyallah jika dipanjangkan usia berjumpa lagi di lain kesempatan.

 Ustazah Mahzon bertukar ke SK Seligi Pasir Putih Kelantan.

En. Mohd Zaki bertukar ke SK Ketting Bachok, Kelantan.

Jan 8, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

8 JANUARI 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


Penyampaian  cenderahati Ulang Tahun Kelahiran daripada Badan Kebajikan Warga PPKI SKKK1 telah disampaikan pada hari ini bagi guru-guru dan PPM yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan November dan Disember . Selamat Hari Lahir....moga dianugerahkan kebahagian dan keberkatan berpanajngan hendaknya....Insyallah.

Pn. Rabiatul Hazmiah bt. Hamid
Guru PPKI SKKK1
En. Mohd Ruiz b. Ahmed
Guru PPKI SKKK1
 Pn. Nailie bt. Mohd Zain dan Pn. Hjh. Noraini bt. Muhammad
Guru PPKI SKKK1
 En. Mohd Kahar b. Yaacob
PPM PPKI SKKK1
 En. Che Azhar b. Che Ismail
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK1

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PK KOKURIKULUM

8 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1
 

Seluruh warga SKKK1 mengucapkan......Tahniah.....Selamat Datang, Selamat Bertugas dan Selamat menjadi warga SKKK1 buat PK Kokurikulum, Pn. Rozanita bt. Ismail atau mesra dengan panggilan Kak Roza (dari SK Padang Mokan) yang memulakan tugas sebagai PK Kokurikulum SKKK1 pada pertengahan Disember, baru-baru ini.

AKTIVITI DI AWAL PAGI MURID TAHUN 6

8 JANUARI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU KELANTAN



Bermula minggu ke dua persekolahan sesi 2014 (Isnin), semua murid tahun 6 (wajib) bersama guru, khasnya guru tahun 6 memulakan aktiviti harian persekolahan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aktiviti ini dikendalikan oleh semua pentadbir sekolah bersama-sama guru tahun 6 dan merupakan salah satu aktiviti Panitia Pendidikan Agama Islam. Aktiviti ini bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap, usaha murni ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari maha pencipta ALLAH SWT, menganugerahkan kejayaan demi kejayaan khas buat anak-anak tahun 6 dan semua yang belajar di SK. Kubang Kerian 1 dalam apa jua bidang yang diceburi samada akademik dan kokurikulum....Insyallah

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG MINGGU TRANSISI TAHUN 1 2014

7 JANUARI 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 

Minggu Transisi Tahun 1 2014 bagi SKKK1 telah dan sedang dijalankan oleh guru-guru tahun 1 dengan mengadakan pelbagai acara  yang dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.  

Secara amnya Minggu Transisi bertujuan untuk membantu murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan bermula 1 Januari, 2014 hingga 16 Januari, 2014 dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dirancang untuk mereka.

Antara objektif dan tujuan minggu transisi di adakan ialah :-
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat
  • Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1
  • Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru
  • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1
  • Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1
  • Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program kssr di tahun 1
  • Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur
  • Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara fornal
  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak
  • Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar


PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.