GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 26, 2010

::Pertandingan Mencipta Kad Raya Digital::

Satu pertandingan merekacipta kad ucapan hari raya telah diadakan di Skkk1 mulai 23 Ogos 2010.Bagi murid-murid yang bermuinat sangat-sangat dialu-alukan penyertaannya.peserta yang layak untuk menyertainya adalah terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6.keterangan lanjut bolehlah didapati di Unit ICT....Sila Klik di sini untuk keterangan lanjut....
"Menggemilangkan Akademik"

Aug 20, 2010

"Menggemilangkan Akademik"

Aug 17, 2010

::Zakat Bagi Murid-murid Yang Memerlukan::

Skkk1 17 Ogos 2010-Seramai 88 orang ibubapa atau penjaga murid-murid Skkk1 telah dijemput ke sekolah untuk menerima zakat sempena bulan Ramadhan al-Mubarak iniJangka masa bagi ibubapa atau penjaga menerima zakat ini adalah dari 17 hingga 19 Ogos 2010.Mereka terdiri daripada orang perseorangan .Zakat ini telah disumbang oleh beberapa penderma yang tidak mahu nama mereka disiarkan.Para penyumbang  terdiri daripada orang perseorangan yang merupakan penyumbang tetap kepada Skkk1.Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed b.Che Noh telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada 88 orang penjaga atau ibubapa murid-murid tersebut.Murid-murid yang layak menerima zakat tersebut adalah terdiri daripada murid-murid aliran perdana,murid-murid pendidikan khas dan juga Prasekolah serta praintegrasi.
        Pada bulan Mei 2010 baru-baru ini,Skkk1  telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini.zakat yang telah disampaikan ini adalah sumbangan daripada pihak Bank Rakyat,di mana seramai 125 orang murid telah mendapat munafaat daripadanya.
        Semoga dengan penyampaian zakat seperti ini akan menyemarakkan lagi nilai-nilai murni dan konsep amal jariah akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa.terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang sudi memberi sumbangan zakat ini kepada murid-murid Skkk1.semoga amalan mulia ini akan sentiasa diberkati dan mendapat rahmat Allah selalu.Sesungguhnya"Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan zakat kepada penjaga/ibubapa murid Skkk1....

Terima kasih...semoga Allah memberkati para penyumbang dan pihak sekolah.....

Aug 15, 2010

::UBB 4 -2010::

Selamat menduduki UBB 4 kpd semua murid Skkk1 dan Ujian Percubaan UPSR kepada murid-murid Tahun 6.Semoga segala usaha anda akan diberkati oleh Allah selalu.

::Selamat Menjalani Ibadah Puasa::

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh warga Skkk1.Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi.....

Aug 11, 2010

::Kursus Pengurusan Briged Bestari Dlm Pembestarian Sekolah & Pendidikan 2010::

Satu kursus Pengurusan Briged Bestari Dlm Pembestarian Sekolah & Pendidikan 2010 telah diadakan di BTPN ( Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ) telah diadakan pada 09 hgga 10 Ogos bagi seorang pelajar yang merupakan bakal Ketua Briged ICT/Bestari bagi tahun 2011.Kursus ini diadakan serentak bagi seorang murid dan juga seorang Guru Penyelaras ICT/GPB.Sebanyak 62 buah sekolah terlibat dalam kursus yang lebih kepada perkhemahan ini.perkhemahan yang julung-julung kalinya diadakan di negeri kelantan ini adalah sebagai salah satu adenda kebengsaan di mana pada tahun 2010 ini,semua sekolah di Malaysia mesti bestari.
Skkk1 merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2010.GPB ( Guru penyelaras Bestari ) dan Guru Besar Skkk1 secara langsung telah menjadi jawatankuasa perancang ke arah pembestarian sekolah peringkat negeri Kelantan.Pelantikan ini adalah berdasarkan instrumen pemantauan yang telah dilakukan melalui SSQS ( secara online) dan pemantauan oleh pihak BTPN dan PKG serta jabatan Audit Negara.
           Dalam satu slot perkongsian pula,GPB Skkk1 diminta untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan di sekolah.Sekolah yang diminta berkongsi bagi sesi sekolah menengah harian biasa ialah SMK Kubang kerian 1,SMK Kandis,manakala sekolah bestari aliran perdana adalah SMS Faris Petra,SMKA Naim lilbanat dan SMS Datok Ahmad Maher.Semoga pembudayaan ICT akan berjalan dengan lebih rancak dan lebih terancang untuk tahun-tahun akan datang.Kerjasama dan kerja dalam satu team amat diperlukan untuk mencapai misi dan visi pembestarian sekolahi ini.Semoga Skkk1 berjaya menyahut cabaran ke arah peluasan sekolah bestari ini.......
Sesi kongsi ilmu GPB/GPICT....    



GPB Skkk1 sedang mengendalikan sesi kolaborasi atas talian untuk 62 orang pelajar yg merupakan wakil pemimpin bagi setiap sekolah.....

Sesi  icebreaking para pemimpin Briged Bestari.....
sesi ceramah yang dikendalikan oleh Cikgu Arman ......

Aug 5, 2010

::Perlawanan Bola Tampar Kelab Guru Skkk1::


Cu.Zuki sedang menerima hadiah drp GB Skkk1
 Skkk1-04 ogos,satu perlawanan bola tampar telah dianjurkan oleh oleh kelab guru Skkk1.Dalam perlawanan itu,terdapat empat pasukan yang berentap.kejuaraan telah direbut oleh pasukan GB dan ahli-ahlinya...Tahniah kpd para pemenang dan selalulah sertai perlawanan-perlawanan persahabatan sebegini....
Cg.Izani juga sedang menerima hadiah...Tahniah!!! 
Tahniah Cg Razak!!!
Tahniah jua buat Cg.Zahir....

Aug 2, 2010

::Sesi Perkongsian Pembestarian::

Satu mesyuarat  Jawatankuasa Pembestarian Pendidikan Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPN(Jabatan Pelajaran Kelantan )pada 02 Ogos 2010.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj.hussin b.Awang ( Pengarah jabatan pelajaran Negeri Kelantan).Majlis ini juga turut dihadiri oleh KPP BTPN Puan hajjah Maznah Bt.Mohamad,Wakil IPG Kota Bharu,Ketua-kettua Sektor,PPD seluruh daerah ,Pengetua dan Guru-guru Besar Sekolah Pemangkin.Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed b Che Noh yang  hadir dalam  majlis  tersebut telah diminta untuk membentangkan satu slideshow bagi berkongsi pengalaman dengan para peserta lain mengenai "Amalan Terbaik" yang telah dilaksanakan di sekolah serta  pembudayaan ICT di sekolah.Tuan Guru Besar juga diminta untuk melakarkan apa jua amalan terbaik yang bisa melonjakkan Skkk1 mencapai lima bintang dalam Penarafan SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS)sepanjang tahun 2009 yang lepas.Perkongsian ini mencakupi  segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan di sekolah.Skop perbincangan adalah mengenai:
1) Menyediakan Khidmat Bantu ICT.
2) Membuat servis inisiatif ICTS.
3) Peraduan Multimedia peringkat sekolah dan kejayaan yg dicapai
4) Penambahbaikkan semula Blog Rasmi Sekolah.
5) Mengadakan Kursus Latihan Portal Eduweb TV KPM.
6) Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada Ahli Kelab Komputer.
7) Kelas ICTL kepada pelajar Tahun 1,2 & 3
8) Mengadakan Kursus IES .

Pembentangan ini telah mendapat perhatian dan sambutan yang hangat daripada para peserta sekali gus merupakan Jawatankuasa Pembestarian Peringkat Negeri Kelantan.
 Guru Besar Skkk1,Tuan hj.Mohamed B.Che Noh sedang memberi input....
 Slideshow yang dipersembahkan....
Sesi perkongsian diteruskan....
Puan Hjh Maznah...Pengarah BTPN sedang meneliti handsout Pembudayaan ICT Skkk1
Para perwakilan sedang khusyuk meneliti handsout yg diedarkan......

Aug 1, 2010

::Taklimat Briged Bestari / ICT::

Sk.Kubang Kerian 1-01 ogos 2010-Satu taklimat ringkas,khusus buat Briged Bestari / ICT Skkk1 telah diadakan oleh GPB Skkk1.Taklimat ini diadakan bagi memperingatkan para Briged bestari tentang tanggungjawab mereka dalam menjaga inisiatif ICT dan bilik-bilik ICT sekolah.


GPB Skkk1 Puan Wan Ramlah sedang menyatakan sesuatu kepada para Briged Bestari Skkk1
Sama-sama kita jaga peralatan dan bilik-bilik ICT tau!!!....Sepakat membawa berkat..

::Perasmian Penutup Bulan Bahasa Melayu::

Sk.Kubang Kerian 1-01 Ogos 2010-majlis penutupan Bulan Bahasa Melayu telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Bulan bahasa melayu ini telah berlangsung selama sebulan,mulai 01 julai 2010.hari ini merupakan upacara kemuncak di mana murid-murid yang berjaya di dalam acara-acar yang diadakan seperti kuiz tahap 1,kuiz tahap 2 dan pertandingan essei.Bagi katogeri guru pula,telah diadakan acara cabutan bertuah.
 Paluan gong oleh Guru Besar menandakan rasminya upacara perasmian penutup bulan Bahasa Melayu
Acara berbalas pantun sbg penyeri majlis oleh murid tahun Tiga Caring
Wakil kelas tahun 1 Caring menerima hadiah....
Salah seorang pemenang cabutan bertuah...Pn.Norma

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.