GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 2, 2010

::Sesi Perkongsian Pembestarian::

Satu mesyuarat  Jawatankuasa Pembestarian Pendidikan Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPN(Jabatan Pelajaran Kelantan )pada 02 Ogos 2010.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj.hussin b.Awang ( Pengarah jabatan pelajaran Negeri Kelantan).Majlis ini juga turut dihadiri oleh KPP BTPN Puan hajjah Maznah Bt.Mohamad,Wakil IPG Kota Bharu,Ketua-kettua Sektor,PPD seluruh daerah ,Pengetua dan Guru-guru Besar Sekolah Pemangkin.Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed b Che Noh yang  hadir dalam  majlis  tersebut telah diminta untuk membentangkan satu slideshow bagi berkongsi pengalaman dengan para peserta lain mengenai "Amalan Terbaik" yang telah dilaksanakan di sekolah serta  pembudayaan ICT di sekolah.Tuan Guru Besar juga diminta untuk melakarkan apa jua amalan terbaik yang bisa melonjakkan Skkk1 mencapai lima bintang dalam Penarafan SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS)sepanjang tahun 2009 yang lepas.Perkongsian ini mencakupi  segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan di sekolah.Skop perbincangan adalah mengenai:
1) Menyediakan Khidmat Bantu ICT.
2) Membuat servis inisiatif ICTS.
3) Peraduan Multimedia peringkat sekolah dan kejayaan yg dicapai
4) Penambahbaikkan semula Blog Rasmi Sekolah.
5) Mengadakan Kursus Latihan Portal Eduweb TV KPM.
6) Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada Ahli Kelab Komputer.
7) Kelas ICTL kepada pelajar Tahun 1,2 & 3
8) Mengadakan Kursus IES .

Pembentangan ini telah mendapat perhatian dan sambutan yang hangat daripada para peserta sekali gus merupakan Jawatankuasa Pembestarian Peringkat Negeri Kelantan.
 Guru Besar Skkk1,Tuan hj.Mohamed B.Che Noh sedang memberi input....
 Slideshow yang dipersembahkan....
Sesi perkongsian diteruskan....
Puan Hjh Maznah...Pengarah BTPN sedang meneliti handsout Pembudayaan ICT Skkk1
Para perwakilan sedang khusyuk meneliti handsout yg diedarkan......

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.