GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 17, 2010

::Zakat Bagi Murid-murid Yang Memerlukan::

Skkk1 17 Ogos 2010-Seramai 88 orang ibubapa atau penjaga murid-murid Skkk1 telah dijemput ke sekolah untuk menerima zakat sempena bulan Ramadhan al-Mubarak iniJangka masa bagi ibubapa atau penjaga menerima zakat ini adalah dari 17 hingga 19 Ogos 2010.Mereka terdiri daripada orang perseorangan .Zakat ini telah disumbang oleh beberapa penderma yang tidak mahu nama mereka disiarkan.Para penyumbang  terdiri daripada orang perseorangan yang merupakan penyumbang tetap kepada Skkk1.Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed b.Che Noh telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada 88 orang penjaga atau ibubapa murid-murid tersebut.Murid-murid yang layak menerima zakat tersebut adalah terdiri daripada murid-murid aliran perdana,murid-murid pendidikan khas dan juga Prasekolah serta praintegrasi.
        Pada bulan Mei 2010 baru-baru ini,Skkk1  telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini.zakat yang telah disampaikan ini adalah sumbangan daripada pihak Bank Rakyat,di mana seramai 125 orang murid telah mendapat munafaat daripadanya.
        Semoga dengan penyampaian zakat seperti ini akan menyemarakkan lagi nilai-nilai murni dan konsep amal jariah akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa.terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang sudi memberi sumbangan zakat ini kepada murid-murid Skkk1.semoga amalan mulia ini akan sentiasa diberkati dan mendapat rahmat Allah selalu.Sesungguhnya"Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan zakat kepada penjaga/ibubapa murid Skkk1....

Terima kasih...semoga Allah memberkati para penyumbang dan pihak sekolah.....

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.