GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 28, 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SELURUH WARGA SKKK1


Mar 20, 2014

HARI KE 2 TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKKK1 2014

 20 MAC, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1







Temasya sukan tahunan SKKK1 bagi tahun 2014 yang bermula 19 Mac, 2014 berakhir tengahari ini. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan sepanjang temasya sukan tahunan tersebut. Pada hari ini acara dimulakan dengan perarakan masuk kontigen perbarisan setiap rumah sukan, bacaan ikrar dan pelbagai acara balapan. 

Dalam ucapan ringkas Tn. Guru Besar SKKK1, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang begitu padu dalam menjayakan temasya sukan tahunan pada kali ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak adalah amat sukar untuk menjayakan temasya sukan yang gilang gemilang ini. Kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam temasya sukan pada tahun ini, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga semua murid SKKK1 terus cemerlang pada masa akan datang. Insyalah

Temasya sukan tahunan SKKK1 2014 telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Razuki b. A. Rahim, Ketua Unit, Unit Sukan Jabatan Pendidikan Kelantan.

Mar 19, 2014

HARI PERTAMA SUKAN TAHUNAN SKKK1 2014

19 MAC, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Sukan tahunan 2014 SKKK1  telah diadakan bermula hari ini selama dua hari. Acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah acara sukaneka murid-murid pendidikan khas, tahap 1 tahun 1 hingga 3 dan acara padang. Pertandingan pelbagai acara bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Lain-lain acara akan dipertandingkan pada hari kedua 20 Mac, 2014.




 

Mar 18, 2014

PRA SUKAN TAHUNAN SKKK1 2014


18 MAC, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1



 Kemeriahan sukan tahunan 2014 mula dirasai pada hari ini kerana pada pagi ini telah diadakan raptai penuh bermula dengan acara sukaneka murid-murid tahap 1 dan acara perbarisan daripada wakil kontigen setiap rumah sukan. Sukan tahunan SKKK1 2014 akan bermula sepenuhnya pada 19 dan 20 Mac, 2014. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua murid yang akan menyertai pelbagai acara mengikut rumah sukan masing-masing. Semoga kejayaan yang dicapai hari ini akan memberi sinar kepada aktiviti kesukanan pada masa akan datang samada diperingkat sekolah atau diperingkat yang lebih tinggi lagi. Insyallah.

Mar 9, 2014

SEKILAS PANDANG PERHIMPUNAN PAGI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

9 Mac, 2014 - SK Kubang Kerian 1

Pelbagai aktiviti dan penyampaian hadiah telah diadakan pada pagi ini di majlis perhimpunan pagi Ahad. Antaranya :


Penyampaian watikah sijil perkantikan kepada semua penyelaras di bawah Jawatankuasa Kerja Unit Hem dan Unit Kokurikulum, SKKK1. Majlis disempurnakan oleh Tn. Guru Besar, Tn. HJ. Mohamed b. Che Noh.

Penyampaian sijil, sumbangan duit dan lencana 5A kepada 3 orang murid tahun 6 yang telah mendapat 5A dalam UBB1 baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas. Kekalkan kecemerlangan hingga ke akhirnya. Insyallah

Penyampaian sijil penyertaan kepada semua pemain Bola Baling yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat QIT Kota Jembal dan telah meraih tempat Naib Johan bagi kategori Perempuan dan Johan bagi kategori lelaki yang telah diadakan pada 3 dan 4 Mac, 2014 baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah diatas pencapaian cemerlang dalam Kokurikulum dan dapat mengharumkan nama sekolah. Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan ini dalam semua pertandingan yang disertai  di semua diperingkat. Insyallah



PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.