GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 9, 2014

SEKILAS PANDANG PERHIMPUNAN PAGI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

9 Mac, 2014 - SK Kubang Kerian 1

Pelbagai aktiviti dan penyampaian hadiah telah diadakan pada pagi ini di majlis perhimpunan pagi Ahad. Antaranya :


Penyampaian watikah sijil perkantikan kepada semua penyelaras di bawah Jawatankuasa Kerja Unit Hem dan Unit Kokurikulum, SKKK1. Majlis disempurnakan oleh Tn. Guru Besar, Tn. HJ. Mohamed b. Che Noh.

Penyampaian sijil, sumbangan duit dan lencana 5A kepada 3 orang murid tahun 6 yang telah mendapat 5A dalam UBB1 baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas. Kekalkan kecemerlangan hingga ke akhirnya. Insyallah

Penyampaian sijil penyertaan kepada semua pemain Bola Baling yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat QIT Kota Jembal dan telah meraih tempat Naib Johan bagi kategori Perempuan dan Johan bagi kategori lelaki yang telah diadakan pada 3 dan 4 Mac, 2014 baru-baru ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah diatas pencapaian cemerlang dalam Kokurikulum dan dapat mengharumkan nama sekolah. Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan ini dalam semua pertandingan yang disertai  di semua diperingkat. Insyallah



No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.