SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

May 28, 2009

**PESTA SUKAN TAHUNAN 2009 MERIAH**







Sukan tahunan SKKK1 pada tahun ini berlangsung selama 2 hari,27 dan 28 Mei 2009 di padang sekolah SKKK1.Empat rumah sukan masing-masing berentap dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.Antara acara tersebut termasuklah acara padang,sukaneka,olahraga dan acara pegawai seperti rakit darat dan 4x100 meter.Perbarisan peserta pada tahun ini begitu hebat sekali di mana mereka diiringi dengan pasukan pancaragam Batelion ke 30 Rajemin Askar raja yang diundang khas oleh Puan Penolong Kanan 1 dan puan Penolong Kanan HEM.Hadirin yang menyaksikan perbarisan ini sangat teruja dengan kehebatan dan kemantapan iringan para pancaragam yang diundang khas ini.Acara yang paling mendapat tepukan yang gemuruh ialah acara pegawai.Para pegawai sukan terdiri daripada guru besar,penolong kanan ko,guru-guru dan pekerja.Mereka merentap untuk merebut juara dalam acara rakit darat dan 4 x 100 meter.

May 23, 2009

**LDP - EDUWEB TV**





Kursus LDP- Eduweb tv telah dilaksanakan di Makmal komputer sekolah pada 23 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu.Ianya telah dihadiri oleh seramai 75 orang guru SKKK1.Kursus ini dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama yang terdiri daripada guru-guru Science dan English,manakala kumpulan kedua terdiri daripada guru-guru Mathematics,Bahasa Melayu dan J-Qaf.Kumpulan pertama berlangsung di Makmal Hotmail.com,di bawah kendalian Puan Wan Ramlah Daud dan fasilitatornya, Pn.Nurul Aini Bt.Ismail.Manakala kumpulan kedua berlangsung di Makmal Yahoo.com yang dikendalikan oleh Pn.Sarina Yusof bersama fasilitatornya En.Che Hamdan Hamid.Kursus ini berjalan dengan jayanya meskipun pada awalnya kedapatan gangguan akses internet.Berkat kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak PKG Tapang,BTPN Pengkalan Chepa dan GITN cawangan Kota Bharu segala gangguan telah dapat diatasi....semoga dengan adanya kursus-kursus sebegini,pembudayaan ict akan lebih mantap di kalangan warga SKKK1.Bersama-samalah kita budayakan ict dan gemilangkan akademik SKKK1....

May 20, 2009

**SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU**






Perayaan Hari Guru SKKK1 tahun 2009 disambut pada 17 Mei bersamaan hari Ahad.Tarikh ini dipilih bersempena dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengarahkan agar sambutan diadakan serentak di seluruh Malaysia.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan.Selepas selesai upacara nyanyian lagu Negaraku,kebangsaan dan sekolah, murid-murid kemudiannya dibawa ke padang untuk acara senamrobik secara beramai-ramai.Acara ini diketuai oleh Pn.Nik Masliza dan Pn.Norizam Hamzah.Guru-guru SKKK1 turut bersenam bersama-sama murid-murid.Acara seterusnya ialah perlawanan bola sepak dan sepak takraw di kalangan guru-guru lelaki.Turut mengambil bahagian adalah AJK PI dan juga wakil PDKota Bharu.Acara guru perempuan adalah bola beracun.Guru-guru perempuan bersama murid-murid tahun enam menjayakan acara ini.Acara begitu menarik bila disertai oleh PK1 Puan Wan Rosnani Wan Hamat dan PK HEM Puan Norani Bt.AbdullahPara pemenang diberi hadiah yang menarik berupa hamper.

Lebih kurang jam 11 pagi majlis diteruskan dengan acara dewan.Acara dewan ini didahului dengan ucapan wakil guru oleh Puan Hjh Che Zaiton Salleh,guru cemerlang Bahasa Inggeris SKKK1.Seterusnya diikuti oleh ucapan wakil murid oleh ketua pelajar,adik Nur Amirah Bt.Nasarudin.Kemudian adik Nur Athirah bersama adiknya Nur Atikah Bt.Nasarudin berduet mendeklamasikan sajak hari guru.Selepas pembacaan perutusan oleh Puan PK HEM dan Yang Dipertua PIBG,acara kemuncak yang selalu dinantikan oleh para murid dimulakan.Acara klimak ini adalah nyanyian lagu "Guru Malaysia" oleh semua guru SKKK1 secara live.Persembahan para guru ini mendapat tepukan yang gemuruh oleh semua pelajar.Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan istemewa oleh Kumpulan Gelek SKKK1.Mereka menyanyi sambil menari menyanyi lagu Bila Larut Malam.Persembahan mantap darikumpulan Gelek SKKK1 ini mendapat tepukan yang paling gemuruh daripada murid-murid,guru-guru dan seluruh warga SKKK1.Majlis tidak lengkap dengan persembahan guru wanita sahaja.Kumpulan guru lelaki yang diberi nama 'Black Dog Gong' turut mendendangkan beberapa buah lagu yang juga turut mendapat tepukan yang gemuruh oleh seluruh warga SKKK1.

Majlis diakhiri dengan makan tengah hari di kantin sekolah yang ditaja oleh pengusaha kantin...Pok Wa.Semoga SKKK1 terus ceria dan gemilang baik daripada segi pengajaran dan pembelajaran maupun aspek kokurikulum dan aktiviti-aktiviti santapan minda yang memberangsangkan...

May 3, 2009

**JASAMU DIKENANG....**




Satu majlis khusus telah diadakan pada 30 hb.April 2009.Majlis ini diadakan sempena meraikan salah seorang guru yang telah tamat perkhidmatannya atau telah bersara wajib yang jatuh pada hari ini.Guru tersebut adalah Pn.Hjh Nik Asiah Bt.Nik Taib.Majlis ini juga diadakan sempena meraikan tiga orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain pada awal januari baru-baru ini.Mereka yang bertukar adalah Pn.Junita Aniss Bt.Mohamed,En.Nasarudin B.Yusoff dan Roslawati bt.Muhamed.Guru-guru pelatih dan guru ganti yang telah tamat perkhidmatannya di SKKK1 juga turut diraikan.Menurut Guru Besar Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh,semua guru yang diraikan di dalam majlis pada hari ini sememangnya telah memberi sumbangan bakti kepada SKKK1.Dalam ucapannya guru besar telah menyatakan pemergian kesemua guru ini merupakan kehilangan permata yang amat bernilai.Pn.Hjh.Nik Asiah merupakan sebutir permata yang sentiasa bersinar di bumi SKKK1 sejak
tahun 1999 hinggalah tahun 2009.Sepanjang 10 tahun beliau berada di SKKK1 ini telah banyak bakti yang telah beliau taburkan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Selain daripada aktif mengajar subjek Bahasa Inggeris,Pn.Hjh.Nik Asiah adalah merupakan penyumbang untuk dana atau tabung kemiskinan SKKK1.Beliau selalu menderma untuk tabung ini dan selalu mengambil berat tentang masalah murid-murid miskin.Pemergian beliau merupakan kehilangan aset yang amat bernilai bagi SKKK1.Semoga segala jasa bakti Pn.Hjh.Nik Asiah ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.
Mereka yang diraikan dalam majlis pada hari ini disajikan dengan pelbagai persembahan yang menarik dari para guru dan murid-murid SKKK1.Guru-guru lelaki mempersembahkan nyanyian yang diiringi dengan Live Band mereka sendiri yang diketuai oleh Mohd Izani B. Mahamod.Guru Besar juga sempat menyanyikan sebuah lagu perpisahan buat guru-guru yang telah tamat perkhidmatan mereka di sekolah ini.segala jasa yang mereka taburkan akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.