GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 3, 2009

**JASAMU DIKENANG....**




Satu majlis khusus telah diadakan pada 30 hb.April 2009.Majlis ini diadakan sempena meraikan salah seorang guru yang telah tamat perkhidmatannya atau telah bersara wajib yang jatuh pada hari ini.Guru tersebut adalah Pn.Hjh Nik Asiah Bt.Nik Taib.Majlis ini juga diadakan sempena meraikan tiga orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain pada awal januari baru-baru ini.Mereka yang bertukar adalah Pn.Junita Aniss Bt.Mohamed,En.Nasarudin B.Yusoff dan Roslawati bt.Muhamed.Guru-guru pelatih dan guru ganti yang telah tamat perkhidmatannya di SKKK1 juga turut diraikan.Menurut Guru Besar Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh,semua guru yang diraikan di dalam majlis pada hari ini sememangnya telah memberi sumbangan bakti kepada SKKK1.Dalam ucapannya guru besar telah menyatakan pemergian kesemua guru ini merupakan kehilangan permata yang amat bernilai.Pn.Hjh.Nik Asiah merupakan sebutir permata yang sentiasa bersinar di bumi SKKK1 sejak
tahun 1999 hinggalah tahun 2009.Sepanjang 10 tahun beliau berada di SKKK1 ini telah banyak bakti yang telah beliau taburkan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Selain daripada aktif mengajar subjek Bahasa Inggeris,Pn.Hjh.Nik Asiah adalah merupakan penyumbang untuk dana atau tabung kemiskinan SKKK1.Beliau selalu menderma untuk tabung ini dan selalu mengambil berat tentang masalah murid-murid miskin.Pemergian beliau merupakan kehilangan aset yang amat bernilai bagi SKKK1.Semoga segala jasa bakti Pn.Hjh.Nik Asiah ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.
Mereka yang diraikan dalam majlis pada hari ini disajikan dengan pelbagai persembahan yang menarik dari para guru dan murid-murid SKKK1.Guru-guru lelaki mempersembahkan nyanyian yang diiringi dengan Live Band mereka sendiri yang diketuai oleh Mohd Izani B. Mahamod.Guru Besar juga sempat menyanyikan sebuah lagu perpisahan buat guru-guru yang telah tamat perkhidmatan mereka di sekolah ini.segala jasa yang mereka taburkan akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.