GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 20, 2009

**SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU**






Perayaan Hari Guru SKKK1 tahun 2009 disambut pada 17 Mei bersamaan hari Ahad.Tarikh ini dipilih bersempena dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengarahkan agar sambutan diadakan serentak di seluruh Malaysia.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan murid di tapak perhimpunan.Selepas selesai upacara nyanyian lagu Negaraku,kebangsaan dan sekolah, murid-murid kemudiannya dibawa ke padang untuk acara senamrobik secara beramai-ramai.Acara ini diketuai oleh Pn.Nik Masliza dan Pn.Norizam Hamzah.Guru-guru SKKK1 turut bersenam bersama-sama murid-murid.Acara seterusnya ialah perlawanan bola sepak dan sepak takraw di kalangan guru-guru lelaki.Turut mengambil bahagian adalah AJK PI dan juga wakil PDKota Bharu.Acara guru perempuan adalah bola beracun.Guru-guru perempuan bersama murid-murid tahun enam menjayakan acara ini.Acara begitu menarik bila disertai oleh PK1 Puan Wan Rosnani Wan Hamat dan PK HEM Puan Norani Bt.AbdullahPara pemenang diberi hadiah yang menarik berupa hamper.

Lebih kurang jam 11 pagi majlis diteruskan dengan acara dewan.Acara dewan ini didahului dengan ucapan wakil guru oleh Puan Hjh Che Zaiton Salleh,guru cemerlang Bahasa Inggeris SKKK1.Seterusnya diikuti oleh ucapan wakil murid oleh ketua pelajar,adik Nur Amirah Bt.Nasarudin.Kemudian adik Nur Athirah bersama adiknya Nur Atikah Bt.Nasarudin berduet mendeklamasikan sajak hari guru.Selepas pembacaan perutusan oleh Puan PK HEM dan Yang Dipertua PIBG,acara kemuncak yang selalu dinantikan oleh para murid dimulakan.Acara klimak ini adalah nyanyian lagu "Guru Malaysia" oleh semua guru SKKK1 secara live.Persembahan para guru ini mendapat tepukan yang gemuruh oleh semua pelajar.Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan istemewa oleh Kumpulan Gelek SKKK1.Mereka menyanyi sambil menari menyanyi lagu Bila Larut Malam.Persembahan mantap darikumpulan Gelek SKKK1 ini mendapat tepukan yang paling gemuruh daripada murid-murid,guru-guru dan seluruh warga SKKK1.Majlis tidak lengkap dengan persembahan guru wanita sahaja.Kumpulan guru lelaki yang diberi nama 'Black Dog Gong' turut mendendangkan beberapa buah lagu yang juga turut mendapat tepukan yang gemuruh oleh seluruh warga SKKK1.

Majlis diakhiri dengan makan tengah hari di kantin sekolah yang ditaja oleh pengusaha kantin...Pok Wa.Semoga SKKK1 terus ceria dan gemilang baik daripada segi pengajaran dan pembelajaran maupun aspek kokurikulum dan aktiviti-aktiviti santapan minda yang memberangsangkan...

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.