GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 27, 2017

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

27 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



 

 

Panitia Pendidikan Agama Islam SKKK1 telah menganjurkan ceramah Israk Mikraj pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari melibatkan semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Al-Fadhil  Ustaz Mohamad bin Ayub, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPG Kota Bharu.

Objektif utama ceramah ini diadakan adalah untuk :-


1. Dapat memberikan maklumat tentang perjalanan israk dan mikraj nabi.
2. Mengembalikan maklumat tentang islam dalam diri para pelajar sebagai muslim.
3. Para pelajar dapat menghayati ajaran nabi muhammad khususnya tentang solat.

Apr 26, 2017

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6

26 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


Kem Motivasi Tahun Enam merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun. Program ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan. Walaupun program ini amat singkat daripada segi pelaksanaannya, namun  program ini membawa kesan besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu/ belajar demi masa hadapan mereka. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat  belajar para pelajar untuk lulus dalam UPSR.  

Sehubungan dengan itu, Unit Kecemerlangan UPSR SKKK1 telah mengadakan Kem Motivasi murid tahun 6 pada hari ini bertempat di Anjung Bestari. Penceramah motivasi pada kali ini merupakan bekas murid SKKK1 iaitu saudara Ahmad Faiz bin Ibrahim.

Matalamat  sebenar program Kem Motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan  semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Objektif bagi program ini ialah:-

  1. Membimbing dan menyedarkan pelajar  tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahun.
  2. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka. 
  3. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar untuk  menghadapi UPSR .

Apr 23, 2017

MAJLIS PENUTUP KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

23 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis perasmian penutup Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berjalan. Sempena KM1M, Pusat Sumber SKKK1 telah menganjurkan pameran buku bertempat di Makmal Sains sekolah. 

Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid yang berjaya dalam beberapa aktiviti yang di anjurkan sepanjang KM1M juga turut diadakan dalam majlis yang sama :-

1. Penyampaian hadiah mewarna KM1M murid tahap 1 (tahun 1 - 3)
2. Pemenang Rekacipta penanda buku murid tahap 2 (tahun 4 dan 5)
3. Pengiktirafan NILAM :-
  
Tahun 3
Muhammad Hadif Akmal b Nik Hawari (Pingat Gangsa 107 buah buku)
Ahmad Mikail Al-Ash b. Anuar (Pingat Gangsa 106 buah buku)
Ahmad Naim Arsyad b. Muhd Najib (Pingat Gangsa 97 buah buku)

Tahun 4
Muhd Faris Hakimi b. Fakhri Izuan (Pingat Perak 206 buah buku) 
Nor Nadiah Nabila bt. Nor Azman (Pingat Perak 199 buah buku) 
Nur Aisyah Iryani bt. Mohd Shukri  (Pingat Perak 194 buah buku)

Tahun 5
Mohd Noorakmal Hafizi b. Mohamed Noordin (Pingat Perak 245 buah buku) 
Nik Nur Balqis bt. Ramli (Pingat Perak 231 buah buku) 
Nurdhiyaa bt. Awang (Pingat Perak 226 buah buku)   

Tahun 6
Ahmad Danish b. Nazmi (Pingat Perak 208 buah buku)  
Mohd Amree Soba b. Mohd Soba (Pingat Perak 207 buah buku)  
Awatif husna bt. Mohd Saipul Bahri  (Pingat Perak 199 buah buku)

Apr 18, 2017

TERAPI MUZIK ANJURAN BERSAMA PELAJAR PERUBATAN HUSM

18 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

  


 


Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. 

Sehubungan dengan itu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKKK1 anjuran bersama pelajar praktikum Fasa 3 Sem 7, IPG Kampus Kota Bharu telah mengadakan program terapi muzik hari ini dengan kerjasama pensyarah (Dr. Garry Kuan Pei Ern) dan 8 orang pelajar perubatan HUSM Kubang Kerian. Program bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir 12.00tgh bertempat di Anjung MCN. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh turut bersama sepanjang program berjalan.

Dalam ucapan perasmiannya, Guru Besar SKKK1, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, guru praktikum IPG KB, PPM serta rombongan doktor dari HUSM kerana menjayakan program yang amat bermanafaat kepada murid-murid PPKI. Beliau berharap program seperti ini akan diteruskan setiap bulan agar aktiviti seperti ini tidak berhenti di sini sahaja. Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Demit 2, En Mohd Ridzwan bin Mohd Noor kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dalam program terapi muzik hari ini.

Objektif utama program terapi muzik yang diadakan pada hari ini ialah :-
  • Melatih pengurusan emosi dan perasaan murid-murid PPKI SKKK1 yang mengalami masalah
  • Melatih kemahiran motor halus dan motor kasar melalui aktiviti bermain alat-alat muzik.
  • Meningkatkan tumpuan murid-murid PPKI SKKK 1 semasa melakukan aktiviti bermain alat muzik.
  • Meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri serta mengcungkil kebolehan dan bakat diri murid-murid PPKI SKKK1 dengan bermain alat-alat muzik


PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SKKK1

18 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.


Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
 
Sehubungan dengan ini Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 telah menganjurkan pra perkhemahan 2 hari satu malam untuk murid-murid PPKI bermula petang hari Isnin hingga pagi hari selasa bertempat di perkarangan kelas PPKI. Seramai 15 orang murid telah terlibat dalam aktiviti pra perkhemahan ini. Beberapa aktiviti mudah seperti latihan mendirikan khemah, aktiviti pertolongan cemas, ikatan, sembahyang berjemaah dan tazkirah  telah diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung.

OBJEKTIF

  • Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
  • Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
  • Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratu dan berdisiplin.
  •  Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
  •  Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
  •  Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing

Apr 16, 2017

KECEMERLANGAN 6A DAN KEM IBADAH KPM

16 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua murid yang mendapat kecemerlangan 6A dalam Latikan Kecemerlangan 1 dan anugerah kumpulan lelaki terbaik dalam Kem Ibadah (KISS) KPM sepanjang minggu lepas telah disampaikan oleh Tn Guru Besar pada perhimpunan pagi hari ini. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 orang murid tahun 6 yang telah berjaya memperolehi 6A dan seorang murid memperolehi 5A dalam Latihan Kecemerlangan 1 baru-baru ini. Tahniah dan syabas juga Mohd Naim b. Norazam kerana telah dianugerahkan ANUGERAH KUMPULAN LELAKI TERBAIK, dalam Kem Ibadah Sekolah-sekolah (KISSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 pada 6 April, - 9 April, 2017 bertempat di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.

 MUHAMMAD MUQRI BIN MAHMUD
6A LK1

DANIA BATRISYIA BT SUHAIMI
6A LK 1


 MUHAMMAD ZARIF HANIF B. ZULKIFLI
5A LK 1


MOHD NAIM B. NORAZAM
ANUGERAH KUMPULAN LELAKI TERBAIK
Kem Ibadah Sekolah-sekolah (KISSS) Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 
Pada 6 April, - 9 April, 2017
Bertempat di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KB UTARA

16 APRIL, 2017 -SK KUBANG KERIAN 1



Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola jaring SKKK1 di bawah bimbingan Cikgu Tn Kamariah kerana telah berjaya (JOHAN) dalam kejohanan Bola Jaring peringkat MSSD Kota Bharu Utara yang telah diadakan pada 13 - 14 April, 2017 bertempat di Sultan Ismail College (SIC). Hadiah dan sijil penghargaan kepada semua pemain telah disampaikan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh pada perhimpunan pagi hari ini.

KEM CEMERLANG JAWI MURID-MURID TAHAP 1 DAN 2

16 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1








Kem Cemerlang Jawi untuk murid-murid tahap 1 dan 2  SKKK1 telah diadakan pada hari ini 15 April, 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Matlamat Kem Cemerlang Jawi SKKK1 adalah untuk mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.

Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) diharapkan agar mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna. 

OBJEKTIF 
Semua murid Islam sekolah rendah yang mengikuti Kem Cemerlang Jawi akan dapat:
i. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
iii. Membaca dan menulis ayat pendek mengikut kaedah yang betul.
 

 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.