SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Jun 22, 2011

PERTANDINGAN BERCERITA DAN PERTANDINGAN PIDATO (TAHAP 1 DAN 2) PIALA DI RAJA QIT KOTA JEMBAL 2011

"Menggemilangkan Akademik"


Pertandingan bercerita dan pertandingan pidato bagi tahap 1 dan 2, piala Di Raja QIT Kota Jembal 2011 telah diadakan pada 13 Jun, 2011 bertempat di SK. Gong Dermin. SKKK 1 di bawah Panitia Bahasa Melayu telah menghantar 3 orang murid untuk menyertai pertandingan tersebut, iaitu Nur Shazra 'Ain Haifa bt. Suhaimi bercerita tahap 1, Atikah bt. Mohd Nasruddin bercerita tahap2 dan Aina Hanim bt. Hisham pidato. Dalam pertandingan yang disertai tersebut, SKKK 1 telah mendapat  tempat pertama (Johan) dalam pertandingan bercerita tahap 1 (kisah tentang seekor anak ayan yang bernama Ucu), dan mendapat tempat saguhati dalam pertandingan bercerita tahap 2 dan pertandingan pidato. Guru Besar SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan berusaha lagi untuk pertandingan yang seterusnya.

Jun 20, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM 2011

"Menggemilangkan Akademik"

Kejohanan Bolasepak MSSM 2011 telah berlangsung dari 29 Mei, - 5 Jun 2011 di Pulau Pinang. Pasukan MSS Kelantan dibawah jurulatihnya En. Mohd Izani b. Mahmood telah mencatat kegemilangan setelah membawa pulang trofi kejohanan bolasepak MSSM bawah 12 tahun 2011. Di dalam perlawanan pertama MSS Kelantan telah mengalahkan MSS Negeri Sembilan 4-0. Di suku akhir MSS Kelantan menewaskan MSS Perak 4-2 dan meneruskan laluan ke peringkat akhir setelah menewaskan MSS Selangor 2-1. Pada perlawanan akhir, pasukan MSS Kelantan telah mengalahkan pasukan tuan rumah MSS Pulau Pinang, 5-4. Lebih manis lagi apabila dua orang pemain MSS Kelantan iaitu Wan Alif Aiman b. Rosmaidi dan Mohd Azri b. Mohd Kassim  telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik kejohanan.Kejayaan pasukan ini banyak dipengaruhi oleh keserasian pegawai-pegawai pasukan. Sehubungan dengan itu guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang para pemenang dan kekalkan kecemerlangan untuk selamanya.....

Jun 19, 2011

SELAMAT HARI LAHIR.........

"Menggemilangkan Akademik"


19 JUN 2011 - Semua guru-guru serta kakitangan SKKK 1 yang telah menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun telah menerima sedikit cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1. Hadiah dan cendehati telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar, SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Seluruh warga SKKK1 mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua guru dan kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan berkekalan hendaknya.....amin.......

Jun 13, 2011

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN

"Menggemilangkan Akademik"

Sukacita dimaklumkan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) akan menganjurkan pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 bersempena dengan program sambutan Hari ICT 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, para pelajar serta guru dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh dirujuk  dilaman web http://ict.upsi.edu.my/ictday. 
Sekian harap maklum.  

Jun 9, 2011

LAWATAN KERJA KE KELAS PRASEKOLAH PERLUASAN 2011

"Menggemilangkan Akademik"






          KUBANG KERIAN, 8 JUN 2011. Satu lawatan kerja rasmi ke SK Kubang Kerian 1, oleh YBhg. Datuk Hj. Isa b. Hj. Abu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan sempena lawatan kerja ke Kelas Prasekolah Perluasan 2011, Prasekolah 5 Bintang dan Prasekolah Integrasi. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Kemanterian Pelajaran Malaysia, iaitu En. Zulkernai b. Fauzi , Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan PraSekolah  KPM,  dan  Tn. Hj. Che  Abd. Aziz b. Hj. Daud, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu. Selain itu guru besar serta penolong kanan dan guru-guru prasekolah dalam QIT Kota Jembal juga turut serta dalam rombongan tersebut. Lawatan tersebut telah disambut oleh Tn. Guru besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, Penolong-penolong Kanan SKKK 1 dan guru-guru serta kakitangan SKKK 1. Pra Sekolah SK. Kubang Kerian 1 merupakan Pra Sekolah  yang telah dianugerahkan taraf 5 Bintang . Pada awal Januari 2011, SKKK 1 telah mendapat 1 blok bangunan tambahan untuk membuka 1 lagi kelas Prasekolah. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat ke sekitar sekolah, Kelas Prasekolah, Kelas Praintegrasi dan menerima sedikit taklimat ringkas dari Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu. Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih diatas kunjungan rombongan tersebut dan semoga dengan wujudnya blok tambahan akan dapat menampung pertambahan murid-murid Prasekolah yang sentiasa meningkat saban tahun, terutama di kawasan Kubang Kerian.








PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.