SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Sep 30, 2010

::Majlis Persaraan Guru Skkk1::

Tanggal 30 September 2010-Satu majlis gilang gemilang bagi meraikan persaraan seorang guru Sk.Kubang kerian 1 telah diadakan.Majlis ini dimulakan dengan acara murid berkumpul di Anjung MCN pada jam 10.00 pagi.Kehadiran Puan Meriam Bt.Majid ke majlis ini  telah dinantikan oleh semua murid dengan perasaan yang gembira,ditambah pula beliau telah diiringi oleh para bidadari "flower girls"yang cantikSetiba sahaja Puan Meriam ke majlis ini,slide show mengenai biodatanya telah ditayangkan.Slide show tersebut mengandungi biodata dan rentetan hidupnya bersama paparan visual yang menarik.
     Selesai sahaja tayangan biodata,sebuah nyanyian lagu perpisahan telah dikumandangkan oleh En.Nooriman B.Ayub.Jelas terbayang di wajah Pn.Meriam,para guru dan juga murid-murid mendengar lagu yang dikumandangkan dengan penuh syahdu oleh En.Nooriman.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dikir barat oleh guru-guru dan kakitangan lelaki skkk1.Dikir barat ini juga telah disertai oleh Tuan Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh.Puan Meriam seterusnya dijemput untuk menyampaikan sepatah dua ucapan sebagai mengakhiri karier beliau sebagai seorang guru.Ucapan ini bisa mengguriskan perasan guru-guru dan murid-murid Skkk1.
       Sebagai mengenang jasa Puan Hjh Meriam,pihak Skkk1 telah bermurah hati menyampaikan hadiah yang dikumpulkan dari semua guru,kakitangan dan murid-murid Skkk1.hadiah ini bukanlah suatu paksaan atau kemestian yang dituntut untuk dib erikan,tetapi ini semua adalah pemberian ikhlas dari seluruh warga Skkk1.lebih kurang jam 12.00 tgh hari,Pn.Meriam telah diraikan dalam satu jamuan khas.Selesai sahaja jamuan tersebut,acara kemuncak bagi menghantar Puan Meriam pulang ke rumahnya telah diadakan.Murid-murid dan guru-guru telah sedia berada di dalam barisan yang panjang,bagi menghantar Puan Meriam pulang sebagai simbolik,pulangnya dihantar dengan penuh kasih sayang.Puan hjh Meriam diarak ke rumah dengan menaiki motosikal klasik.Sekumpulan motosikal klasik ini telah mengiringi motosikal yang dinaiki oleh Puan Meriam.Seterusnya jamuan makan tengah hari telah disediakan oleh Puan Hjh Meriam.....Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa sambutan Skkk1,juru gambar,Unit Ict Skkk1,Jawatan kuasa siaraya,jawatankuasa persiapan tempat,jamuan dan semua individu yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung.....Puan Meriam...sesungguhnya pergimu diratapi dan hilangmu sukar diganti...."Jasamu tetap kami kenang hingga akhir nanti....Selamat maju jaya selalu...Kenang kami dalam doa quddusmu...."
Puan Meriam diapit oleh flower girls yang comel
Kumpulan Dikir Barat yang terdiri daripada guru-guru lelaki Skkk1
Pasukan bermotor siap sedia menunggu untuk menghantar Puan Meriam pulang.....
Puan meriam diiring ke motor oleh Puan PKP dan PK HEM Skkk1
Diiringi oleh flower girls....


Sep 29, 2010

::Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Sekolah::

Sk.kubang Kerian 1-29 September 2010,satu majlis Sambutan Hari Raya  Aidil Fitri telah diadakan.Majlis ini berlangsung dalam keadaan yang ceria dan penuh warna-warni.Seawal pagi lagu-lagu raya telah dikumandangkan sambil murid-murid menghidangkan juadah bersama guru kelas masing-masing di stesen-stesen yang telah ditetapkan.Stesen ini telah ditetapkan mengikut aliran.Sebanyak 6 stesen dikhaskan dan guru-guru akan menikmati juadah bersama murid mengikut stesen yang ditetapkan ini.
     Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan pentas oleh para guru Skkk1.Guru-guru diminta menyanyikan lagu Hari Raya mengikut kumpulan masing-masing.
Murid-murid mengambil tempat...sementara menunggu juadah siap dihidangkan....

persembahan oleh guru-guru lelaki...
Persembahan oleh guru-guru perempuan...



"Menggemilangkan Akademik"

Sep 28, 2010

Sambutan Hari raya Peringkat Sekolah::

kepada semua warga Skkk1...Anda dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah.
tarikh: 29 September 2010
Pakaian: pakaian hari raya-
* Guru dan Murid lelaki: baju Melayu
* Guru perempuan dan murid perempuan:Baju kurung atau jubah.
Sekian harap Maklum

"Menggemilangkan Akademik"

Sep 20, 2010

::Majlis Restu Ilmu::

Sk.Kubang Kerian1- 20 September 2010: Satu Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat telah diadakan.Majlis Restu ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor,Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan.Majlis dimulakan seawal jam 7.15 pagi dengan solat hajat yang dihadiri oleh Tuan Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir,YDP PIBG,guru-guru dan bakal calon UPSR Skkk1.Solat hajat yang diadakan pada hari ini merupakan kemuncak kepada solat hajat yang telah diadakan sepanjang tahun ini.Hari ini merupakan solat hajat penggenap ( hari yang ke 40 ) solat hajat.
      Tepat jam 9.00 pagi semua calon UPSR dan guru-guru telah mengambil tempat di Dewan MCN(Mohamed B.Che Noh).Lagu "Gemuruh " telah diudarakan sebagai pembakar semangat  bakal calon UPSR tahun ini.Majlis  diteruskan dengan ucapan wakil pelajar,Adik Nur Fatin Syifa',diikuti dengan ucapan wakil guru,Puan Hjh Che Zaiton Salleh,Guru cemerlang Bahasa Inggeris Skkk1.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn.Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed b.Che Noh.Dalam ucapannya Tuan Guru Besar meminta agar bakal calon UPSR menggunakan segala ilmu yang telah diperturunkan kepada mereka oleh guru-guru Skkk1.Tuan Guru Besar juga telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru di Skkk1,khususnya kepada Team Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan pelbagai program demi untuk kecemerlangan para pelajar semua.Semua guru di Skkk1 telah berusaha sedaya upaya dalam merealisasikan hasrat Skkk1 yang bakal melahirkan seramai 73 orang calon target 5A UPSR.Beliau juga turut menyarankan agar bakal calon UPSR agar mengambil contoh daripada kegigihan pelajar istimewa,Adik Mohd Faiz yang merupakan pelajar istimewa Skkk1 di mana beliau telah berjaya memperolihi 4A,1B dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.
        Tuan Hj.Adnan pula dalam ucapan perasmiannya juga telah mengingatkan bakal calon UPSR supaya bakal calon sentiasa menjaga kesihatan diri di saat-saat peperiksaan hampir tiba ini.Jika mereka tidak menjaga kesihatan dengan baik sudah pastinya usaha mereka selama setahun ini hancur berkecai begitu sahaja.Beliau juga turut menasihatkan agar bakal calon menurut segala nasihat dan petua-petua menghadapi peperiksaan yang telah diberikan oleh guru-guru dan juga yang terakhir semasa majlis solat hajat yang diadakan tadi.Dalam majlis tersebut,Ustaz Mohd Redhuan B.Mohamad telah memberi pesanan terakhir termasuklah mengajarkan doa semasa masuk ke dewan,doa semasa memulakan menjawab soalan,dan juga zikir-zikir yang berkaitan."Ambillah segala petua yang telah diperturunkan ini dan jangan sekali-kali merasa gentar dan gundah- gulana.jika murid-murid dikuasai oleh perasaan seperti ini,maka segera kembali kepada Allah dan teruslah berzikir dan berdoa...sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang selalu berzikir dan mengharap pertolongan daripadaNya."Itulah pesanan Tuan Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor kepada calon-calon UPSR Skkk1 bagi sesi 2010.
Suasana dalam Majlis Restu Ilmu
Adik Mohd faiz....pelajar istimewa Skkk1
Semuanya khusyuk berdoa...mohon ketenangan dan keberkatan Ilahi....
Tuan Guru Besar,Tuan Hj.MOhd Adnan dan Tn.Hj.Mohd Yunus@Ab.Halim Tahir dan PK Ko...
PkP,Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat tidak dapat menahan sebak di dada...
"Menggemilangkan Akademik"

::Solat Hajat Untuk Calon-calon UPSR::


Sk.kubang Kerian 1-19 Sept 2010,Satu solat hajat Perdana telah diadakan di Masjid Solihin bersama para ibubapa murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada 21,22 dan 23 september 2010 ini. Solat hajat ini telah diadakan di sebelah malam dengan dihadiri juga oleh AJK PIBG ,guru-gru lelaki dan barisan pentadbir SKKK1.Solat hajat ini diadakan bagi memohon keberkatan dan sebagai munajat ke hadrat Ilahi bagi mempermudahkan urusan anak-anak Skkk1 dalam menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ).
Sama-samalah kita berdoa agar semua calon UPSR akan menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab segala soalan yang dikemukakan dengan baik dan bakal memperolihi kejayaan yang cemerlang.
solat hajat beramai-ramai....

 Guru-guru lelaki sedang khusyuk berzikir selepas solat...
jamuan makan selepas solat...
para ibubapa sedang menikmati juadah!!!
Tunggu juadah ke???

Sep 2, 2010

::Program Sekolah Angkat OCBC Bank::

 Sk.Kubang Kerian 1-02 September 2010: Pihak bank  OCBC  Bhd telah mengadakan satu program di Skkk1 yang merupakan sekolah angkat bank ini.Program Sekolah Angkat ini adalah inisiatif daripada Bank negara malaysia yang bertujuan untuk membimbing para pelajar tentang mmembuat perancangan kewangan.Pihak Bank Negara Malaysia telah memberi nama-nama sekolah yang dipilih kepada mana-mana pihak bank in untuk menganjurkan program.
    Antara program yang dibuat oleh Bank OCBC Msia Bhd pada hari ini ialah penerangan mengenai institusi bank,peranan,cara-cara mengurus wang dengan betul dan aktiviti mewarna.Program ini merupakan aktiviti tahunan pihak bank sepanjang 2010 ini.Pada tahun 2008,Sk.kubang Kerian 1 telah mengadakan sesi lawatan ke bank ini.Pada tahun ini murid-murid sekolah ini tidak lagi melawat bank,sebaliknya pihak bank pula yang mengadakann lawatan dan programnya di sini.Puan PKP,PK HEM,PK Ko dan Guru Besar sangat berpuashati dengan program yang dianjurkan ini.Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti ini telah diberikan hadiah yang berupa buku nota,pen dan risalah-risalah yang berkaitan dengan bank.Para pemenang peraduan melukis juga telah diberikan hadiah.
sesi penerangan mengenai organisasi bank dan pengurusan kewangan...
murid-murid sedang menerima hadiah.....
aktiviti mewarna...peraduan mewarna yang dianjurkan mendapat perhatian para pelajar
pihak kakitangan  Bank OCBC Msia bhd merakam kenangan bersama puan PK Hem dan PKP Skkk1

::Pelajar Istimewa Catat Kejayaan Cemerlang Dalam Ujian Percubaan UPSR::

Sk.Kubang Kerian 1 telah berjaya  menampilkan salah seorang pelajar istimewa( Kurang upaya) mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Ujian Percubaan UPSR  yang diadakan pada 16,17 dan 18 Ogos 2010 baru-baru ini.Pelajar yang dimaksudkan ialah Ahmad Faiz b.Ibrahim.Beliau berjaya mendapat 4A dan 1B.
Dengan keadaan dirinya yang hanya menulis menggunakan tangan yang terpaksa diampu dengan mulut dan tidak dapat berjalan,kejayaan ini adalah dianggap kejayaan yang cemerlang oleh Unit Kecemerlangan Akademik Skkk1.Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed B.Che Noh dan Puan PKP Puan Wan Rosnani Wan Hamat, menyifatkan kejayaan Adik Ahmad Faiz ini adalah satu hadiah yang istimewa buat Skkk1 dan ibubapanya.Semoga kejayaan dalam ujian percubaan ini akan terus dikekalkan dan lebih cemerlang lagi dalam peperiksaan UPSR nanti.Segunung tahniah dari warga Skkk1 buat Adik Ahmad Faiz b.Ibrahim atas kejayaan ini.Teruskan berusaha dan hadapi segala rintangan dengan penuh ketabahan.Kejayaan ini sudah seharusnya menjadi obor pembakar bagi semua bakal calon UPSR 2010 ini....

 "Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"
Kepayahan Ahmad Faiz tidak menjadi halangan untuk berjaya....
Dengan menggunakan mulutnya,Adik Ahmad Faiz memebelek kertas.....
Tangan beliau hanya sebagai pengampu pensel sahaja...beliau menolak pensel dengan menggunakan mulut....
Aksi Adik Faiz semasa menulis....
Kuatkan semangatmu sayang....Kami warga Skkk1 sentiasa bersamamu dan selalu mendoakan kejayaanmu...

Sep 1, 2010

::Pertukaran Guru Bagi Sesi 2011::

Satu taklimat ringkas mengenai "Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah"telah diadakan di Bilik Guru Skkk1 oleh Tuan Guru Besar,Tn.hj.Mohamed b.Che Noh kepada semua warga guru Skkk1. Bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA29, DGA32(KUP), DG41 dan DG44(KUP)boleh dibuat  melalui e-GTukar yang  dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB : http://apps.emoe.gov.my/epgo

Guru-guru yang memohon bertukar dikehendaki menyerahkan SATU SALINAN BORANG PERMOHONAN kepada GURU BESAR bagi tujuan pengesahan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Guru Data sekolah,En.Zahir b.Zakaria

"Menggemilangkan Akademik"

::Selamat Hari Raya Buat Semua::

::Penggunaan Sistem Punch Card di Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1-01 Sept 2010- Skkk1 telah mencatat sejarah dalam penggunaan rakaman kehadiran dengan penggunaan "Sistem Punch Card" secara rasmi pada hari ini.Dimulakan dengan Tuan Guru Besar,tuan Hj.Mohamed B.Che Noh sebagai pembuka tirai,diikuti dengan puan penolong kanan 1,Puan Hjh Wan Rosnani Bt.Hamat,Penolong kanan Kokurikulum dan Puan PK Hem,diikuti oleh para guru Skkk1.Sistem ini telah beroperasi seawal jam 6.50 pagi.Guru-guru begitu bersemangat untuk mencuba sistem baru ini dengan mendapat bimbingan daripada Tuan Guru Besar dan puan Penolong kanan 1.Budaya kerja dalam pasukan ini sentiasa dipraktikkan di Skkk1 yang sememangnya terkenal dengan semangat kekitaan ini.
       Semoga warga Skkk1 akan sentiasa bekerjasama di bawah satu bumbung,satu naungan dan satu semangat......Satu Kerian Satu cita....."
"Menggemilangkan Akademik dan membudayakan ICT di Kalangan Warga Skkk1".....
GB,Tuan Hj.Mohamed Che Noh membuka tirai punch card,diikuti oleh PKP,Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat

Puan hjh Wan Rosnani.....memperbetulkan kedudukan kad-kad guru....
Tuan guru besar sedang memerhati PKko,Tn.Hj.Hilmi memasukkan kad....
Guru-guru Skkk1 sedang beratur menunggu giliran.....penuh semangat!!

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.