GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 30, 2009

**MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI**

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di SKKK1 pada 30 hb.September 2009.Semua murid dari aliran biasa,Prasekolah,Pra integrasi dan Pendidikan Khas ,serta guru-guru dan juga kakitangan SKKK1 sama-sama merayakan hari raya ini.Majlis dimulakan dengan ucapan "Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...kepada semua guru,kakitangan dan murid SKKK1" dari Tuan Guru Besar,diikuti dengan ucapan daripada semua ketua panitia Skkk1.Lagu-lagu hari raya dikumandangkan dengan begitu syahdu.Murid-murid kelihatan begitu ceria dengan pakaian hari raya.Manakala guru-guru dan kakitangan pula kelihatan begitu anggun dan tampan sekali bila berbaju Melayu bagi guru-guru dan kakitangan lelaki.Majlis seterusnya ialah penyampaian wang raya daripada Tuan Guru Besar dan para penolong kanan kepada semua murid Skkk1.Pada jam 9.00 pagi murid-murid dijamu dengan juadah yang istimewa sempena raya di kelas masing-masing.Jam 10.00 pula guru-guru dan kakitangan Skkk1 pula menikmati juadah hari raya yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan yang istimewa.Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu hari raya secara langsung daripada Saudara Noor Iman,YDP PIBG SKKK1 Tuan Hj.Abdul Halim,Pegawai Kerani dan beberapa orang guru di Skkk1 yang sememangnya berbakat dalam pelbagai bidang.Syabas diucapkan kepada unit perancang dan  sambutan, semua guru,kakitangan dan murid-murid Skkk1 di atas kejayaan menganjurkan majlis yang gilag gemilang sebegini.Tuan Guru Besar berharap agar semua murid dan kakitangan di SKKK1 gembira dan berpuashati dengan sambutan yang diadakan pada kali ini.Semoga sambutan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang......."Sama-sama berusaha ke arah Kegemilangan dan Kecemerlangan SKKK1"




Acara pemberian duit raya kepada murid-murid.



Kek raya antara juadah yang disediakan...



Sedang menjamu selera...

**SESI FOTOGRAFI MAJALAH BERMULA**

Mulai 28 September 2009 bermula sesi fotografi bagi majalah " Mahkota"SKKK1 bagi sesi 2009.Juru foto Skkk1 pada tahun ini diketuai oleh En.Mohd Zaki,En.Al Baqir Solleh,En.Mohd Zahir dan En.Che Hamdan Hamid.Kesemua guru ini mempunyai kepakaran yang begitu hebat dalam bidang fotografi.Turut turun padang, Guru Besar SKKK1,Tn.hj.Mohamed B. Che Noh,PK Pentadbiran,Pn.Wan Rosnani Bt.Hamat,PK Ko,Tn.hj.Helmi dan juga PK HEM,Puan Norani Bt.Abdullah.Suasana begitu hangat sekali dengan diselangi guruan yang lucu dari para jurufoto dan para pentadbir sekolah.inilah wajah SKKK1......Sentiasa berganding bahu dalam apa jua kerja dan keadaan....."Sama-sama Gemilangkan SKKK1"
kelihatan para juru gambar sedang berehat setelah penat bekerja.....

 
boss juga turut turun padang....

 
jurufoto sedang menyusun kedudukan murid bersama ketua editor,Pn.Nik Masliza Bt.Nik Mat




Sep 16, 2009

**SELAMAT BERPISAH...GURU-GURU PELATIH IPGM-KB**



Tanggal 17 September 2009 tamatlah sesi latihan mengajar bagi 5 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan guru Malaysia kampus Kota Bharu  yang telah menjalankan sesi praktikum selama lebih kurang tiga bulan.Guru-guru pelatih tersebut adalah Mohammad redzuan b.Abdul razak,Suhaili B. mat saad,Anuar B.yusof,zarina Bt.hamat dan Zaleha Bt.Alies.Tuan Guru Besar dan Puan Penolong Kanan Pentadbiran sempat berpesan ......"Semoga segala pengalaman yang diperolihi di SKKK1 akan dapat anda gunakan untuk memantapkan lagi profesion yang bakal anda ceburi nanti....Jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan yang kami warga SKKK1 lakukan, maka kami mohon jutaan kemaafan dan selamat menyambung kembali kursus perguruan di institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu.Semoga anda semua akan berupaya muncul sebagai guru yang berdedekasi,cemerlang dan gemilang...".Selamat Belajar dan Bertatih Dalam  Profesion Perguruan"dari kami warga SKKK1.

**PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2009**

Tanggal 14 dan 15 September 2009 bersamaan dengan hari Isnin dan Selasa Panitia Agama Islam SKKK1 telah menganjurkan satu program Ihya' Ramadhan sempena menghidupkan kehadiran bulan Ramadhan meskipun ianya sudah agak di penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan hafazan Al Quran tahap 1 dan 2,pertandingan tilawah Al Quran tahap 2,pertandingan bacaan dalam solat yang merangkumi doa iftitah,doa qunut,tahiyyat akhir,pertandingan azan dan doa selepas azan,dan pertandingan kuiz dan menulis poster dalam tulisan jawi murid tahun 6.Atucara majlis berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang oleh Panitia Agama Islam SKKK1.Dalam ucapan perasmian penutup,Tuan Guru Besar SKKK1,Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan program ini.Tak lupa ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini dan juga kepada murid-murid yang mengambil bahagian.Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang....." Sama-sama gemilangkan akademik dan sakhsiah murid-murid SKKK1"

Sep 14, 2009

**MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT**

Pada 14 September 2009 satu majlis penyampaian zakat telah
disempurnakan di Sk.Kubang Kerian 1.Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar
SKKK1 Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh bertempat di bilik beliau.Seramai 150 orang
ibubapa yang terlibat dalam penyampaian zakat ini.Penyampaian zakat ini
disampaikan kepada ibubapa yang layak sahaja.Seramai 111 ibubapa daripada aliran biasa,25 daripada prasekolah dan 14 orang daripada kelas pendidikan khas.Majlis bermula seawal jam 9.00 hingga 11.00 pagi.penyerahan wang zakat ini disempurnakan dengan "akad zakat" oleh penyampai Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh dan juga para penerima.Dengan adanya pemberian zakat ini,pihak pentadbiran sekolah berharap
dapat ringankan beban keluarga yang terlibat.Sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan pemberian ini bagi persiapan menyambut syawal nanti.Zakat tahun ini berupa wang tunai dan sepasang kain untuk baju raya,juga kain pelikat.Menurut Tuan Hj.Mohamed B. Che Noh,sumber dana pada tahun ini adalah
hasil kutipan daripada zakat para guru SKKK1,dan juga badan-badan koperat.Kain dan pelikat adalah sumbangan daripada Zaini Textile.Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah sudi menghulurkan bantuan..."Bersama membantu ke arah kebaiakan"

Sep 7, 2009

**SOLAT HAJAT PERDANA**

Tanggal 05 September 2009-Majlis solat hajat perdana telah disempurnakan di Masjid Besar Kubang Kerian dengan disertai oleh semua murid tahun enam dan juga guru-guru tahun 6.Program solat hajat ini sebenarnya sudah lama berjalan yakni sudah disempurnakan setiap hari hingga mencecah 39 hari.Hari ini merupakan hari ke 40 bakal calon UPSR bersolat hajat memohon keberkatan dalam menempuh ujian UPSR yang bakal tiba nanti.Solat hajat perdana ini diimamkan oleh imam besar Masjid Sultan Ismail Petra ini..Ibubapa juga turut sama dalam program ini...Semoga bakal calon UPSR Skkk1 akan dapat menempuh ujian nanti dengan penuh keyakinan,ketenangan dan yang penting dalam redha Ilahi...

**MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6**


Tanggal 05 September 2009-Seawal jam 8.30 pagi,perkarangan Dewan MCN sudah dipenuhi dengan bakal calon URSR yang setia menunggu untuk menjayakan majlis restu ilmu yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan Akademik SKKK1.Semua guru SKKK1 dimestikan hadir dan mengambil bahagian dalam majlis ini.Majlis dipengerusikan oleh En.Nooriman,satu-satunya MC kita yang hebat dan petah berceloteh.Istimewanya En.Nooriman merupakan ustaz JQAF berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir.Pastinya setiap kalimahnya akan disusuli dengan bait-bait Al Quran dan Al Hadis,ditambah lagi dengan kelunakan suaranya dan celoteh yang bersahaja amat menghidupkan suasana ceria majlis ini.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh yang juga sempat mendeklamasikan bait-bait sajak yang dihasilkan oleh arwah sasterawa agung negara,Usman Awang yang bertajuk : Jika Hari Ini...Keindahan bait-baitnya ditambah lagi dengan bait-bait sajak Tuan Guru Besar sendiri yang berbunyi....jika hari ini seorang pelajar merempit di jalanraya....jika hari ini seorang penagih asyik dengan keragihannya...Ianya juga dimulakan dengan seorang guru biasa...Cikgu tak mahu ini berlaku pada murid-murid SKKK1.Majlis juga diisi dengan zikir-zikir munajat dan lagu-lagu yang mengetengahkan jasa-jasa guru dan ibubapa.Puan Che Zaiton Bt.Salleh yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggris sekolah telah berucap mewakili semua guru SKKK1 untuk merestui segala ilmu yang dicurahkan kepada semua murid di SKKK1.Puan Wan Rosnani sekali pengerusi Unit Kecemerlangan Akademik juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKKK1 yang telah sama-sama menggembelingkan usaha dan tenaga demi mamartabatkan SKKK1 di persada dunia pendidikan.Beliau juga memohon kemaafan daripada semua guru seandainya sepanjang berada di bawah pimpinan beliau selaku Penolong Kanan Pentadbiran kedapatan kesalahan dan kesilapan dan juga sebarang ketidakpuasan hati dalam usaha mendidik anak-anak di bumi Kerian yang damai ini....Semua bakal calon UPSR bersalaman dengan semua guru sebagai tanda meminta restu dan sebagai penyuntik semangat bagi mereka untu menempuh UPSR yang bakal tiba hanya beberapa detik lagi...Tuan Guru Besar tidak lupa berpesan kepada semua bakal calon UPSR agar menempuh ujian dengan penuh kejayaan."Teruskan semangat juang kamu....Sesungguhnya kejayaan kamu adalah kebanggaan kami dan juga ibubapa kamu..." Itulah suntikan semangat daripada Tuan Guru Besar sebagai penutup majlis."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH KEGEMILANGAN AKADEMIK SKKK1"

Sep 4, 2009

**SELAMAT MENEMPUH UPSR**

Selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2009.Semoga murid-murid semua dapat menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di SKKK1.kami semua sentiasa mendoakan semoga anda akan memperolihi kejayaan yang cemerlang....Kejayaan anda merupakan kebanggaan kami....

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.