GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 7, 2009

**MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6**


Tanggal 05 September 2009-Seawal jam 8.30 pagi,perkarangan Dewan MCN sudah dipenuhi dengan bakal calon URSR yang setia menunggu untuk menjayakan majlis restu ilmu yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan Akademik SKKK1.Semua guru SKKK1 dimestikan hadir dan mengambil bahagian dalam majlis ini.Majlis dipengerusikan oleh En.Nooriman,satu-satunya MC kita yang hebat dan petah berceloteh.Istimewanya En.Nooriman merupakan ustaz JQAF berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir.Pastinya setiap kalimahnya akan disusuli dengan bait-bait Al Quran dan Al Hadis,ditambah lagi dengan kelunakan suaranya dan celoteh yang bersahaja amat menghidupkan suasana ceria majlis ini.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh yang juga sempat mendeklamasikan bait-bait sajak yang dihasilkan oleh arwah sasterawa agung negara,Usman Awang yang bertajuk : Jika Hari Ini...Keindahan bait-baitnya ditambah lagi dengan bait-bait sajak Tuan Guru Besar sendiri yang berbunyi....jika hari ini seorang pelajar merempit di jalanraya....jika hari ini seorang penagih asyik dengan keragihannya...Ianya juga dimulakan dengan seorang guru biasa...Cikgu tak mahu ini berlaku pada murid-murid SKKK1.Majlis juga diisi dengan zikir-zikir munajat dan lagu-lagu yang mengetengahkan jasa-jasa guru dan ibubapa.Puan Che Zaiton Bt.Salleh yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Inggris sekolah telah berucap mewakili semua guru SKKK1 untuk merestui segala ilmu yang dicurahkan kepada semua murid di SKKK1.Puan Wan Rosnani sekali pengerusi Unit Kecemerlangan Akademik juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKKK1 yang telah sama-sama menggembelingkan usaha dan tenaga demi mamartabatkan SKKK1 di persada dunia pendidikan.Beliau juga memohon kemaafan daripada semua guru seandainya sepanjang berada di bawah pimpinan beliau selaku Penolong Kanan Pentadbiran kedapatan kesalahan dan kesilapan dan juga sebarang ketidakpuasan hati dalam usaha mendidik anak-anak di bumi Kerian yang damai ini....Semua bakal calon UPSR bersalaman dengan semua guru sebagai tanda meminta restu dan sebagai penyuntik semangat bagi mereka untu menempuh UPSR yang bakal tiba hanya beberapa detik lagi...Tuan Guru Besar tidak lupa berpesan kepada semua bakal calon UPSR agar menempuh ujian dengan penuh kejayaan."Teruskan semangat juang kamu....Sesungguhnya kejayaan kamu adalah kebanggaan kami dan juga ibubapa kamu..." Itulah suntikan semangat daripada Tuan Guru Besar sebagai penutup majlis."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH KEGEMILANGAN AKADEMIK SKKK1"

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.