GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 31, 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2017



Selamat datang ke SK Kubang Kerian 1 buat murid-murid dan ibu bapa tahun 1 2017. Selamat menempuh alam persekolahan buat semua murid tahun 1. Selamat kembali ke sekoloh sesi 2017 buat semua murid tahun 2 hingga 6 SKKK1. Semoga tahun ini akan memberi kejayaan dari segenap sudut pembelajaran untuk semua murid SKKK1. Insyallah.

Dec 27, 2016

KURSUS LDP PEMBELAJARAN ABAD KE 21

27 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1




Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Abad Ke 21 telah diadakan pada hari ini untuk semua guru SKKK1 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Wan Nor Azman bin Wan Hassan, Pegawai PPD Bahagian Pengurusan Kurikulum (SN & MT) PPD Pasir Mas Kelantan. 

Secara amnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Oleh itu kursus LDP pada hari ini mendedahkan guru-guru tentang Pembelajaran Abad Ke 21 meliputi amalan dan pelaksanaan di sekolah, ciri-ciri pembelajaran abad ke 21, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, susun atur bilik darjah abad ke 21 dan beberapa aspek lain yang melibatkan pembelajaran abad ke 21.

MESYUARAT GURU KALI 1 SESI 2017

26 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1




Mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan 2017 telah diadakan pada hari ini 26 Disember, 2017, jam 10.00 pagi bertempat di bilik gerakan SKKK1. Beberapa mandat dan pesanan telah disampaikan oleh Tn Guru Besar kepada semua guru untuk kecemerlangan anak didik SKKK1. Seterusnya pihak pentadbir juga berharap semua guru dapat memberi kerjasama serta komitmen terhadap tanggungjawab yang diamanahkan serta melipat gandakan usaha untuk memperolehi kecemerlangan dalam semua aspek samada akademik atau bukan akademik bagi sesi persekolahan 2017.

Dec 24, 2016

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2017

24 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis pendaftaran murid tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, Tn Hj. Mohd Yunus @ Halim b Tahir. Majlis perdaftaran dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan / taklimat ringkas oleh Guru Besar, pengesahan kehadiran dan ujian diagnostik. Ujian diagnostik diadakan untuk menentukan kedudukan murid di dalam kelas mengikut markah ujianyang diadakan pada hari ini.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Guru Besar mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari ini untuk pendaftaran murid tahun 1 2017. Dalam ucapannya beliau turut memaklumkan beberapa peraturan dan perkara asas berkaitan minggu transisi yang akan diadakan untuk semua murid tahun 1 sebaik sahaja persekolahan bermula 1 Januari 2017 nanti selama 1 minggu. Seterusnya beliau turut memperkenalkan barisan guru kelas tahun 1 pada sesi 2017 dan penyelaras Tahun 1 pada tahun 2017 ialah Pn Laila Kartini . Jumlah keseluruhan murid yang berdaftar pada tahun ini ialah 217 melibatkan 6 kelas.
YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
 

Nov 25, 2016

SELAMAT BERCUTI


MAJLIS PERSARAAN PN NOORHAMIZA BT MOHAMAD

24 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Pada hari ini SK Kubang Kerian 1 mencatat satu lagi lembaran sejarah meraikan persaraan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok 25  November, 2016. Beliau yang diraikan dengan penuh meriah dan gilang gemilang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Pn. Hjh. NoorHamiza bt Mohammad.. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Memulakan khidmat sebagai seorang guru dibeberapa buah sekolah di sekitar Daerah Bachok dan Kota Bharu dan mula bertugas di SKKK1 pada tahun 2008 hingga hari ini. Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn Noorhamiza, semoga sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
 

Pada hari ini SK Kubang Kerian 1 mencatat satu lagi lembaran sejarah meraikan persaraan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok 8 November, 2013. Beliau yang diraikan dengan penuh meriah dan gilang gemilang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Pn. Hjh. Che Zaiton bt. Salleh. Beliau merupakan seorang guru Pakar Bahasa Inggeris dan sering menjadi penceramah Teknik Menjawab UPSR di sekolah-sekolah di dalam dan luar negeri.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Pada hari ini SK Kubang Kerian 1 mencatat satu lagi lembaran sejarah meraikan persaraan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok 8 November, 2013. Beliau yang diraikan dengan penuh meriah dan gilang gemilang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Pn. Hjh. Che Zaiton bt. Salleh. Beliau merupakan seorang guru Pakar Bahasa Inggeris dan sering menjadi penceramah Teknik Menjawab UPSR di sekolah-sekolah di dalam dan luar negeri.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Pada hari ini SK Kubang Kerian 1 mencatat satu lagi lembaran sejarah meraikan persaraan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok 8 November, 2013. Beliau yang diraikan dengan penuh meriah dan gilang gemilang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Pn. Hjh. Che Zaiton bt. Salleh. Beliau merupakan seorang guru Pakar Bahasa Inggeris dan sering menjadi penceramah Teknik Menjawab UPSR di sekolah-sekolah di dalam dan luar negeri.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Nov 23, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM SKKK1

23 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati perkhemahan Unit Beruniform Pengakap, TKRS, Tunas Puteri, Puteri Islam dan PBSM yang telah diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu telah diadakan pada hari ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Ringkasan pemenang setiap pertandingan sepanjang perkhemahan berlangsung adalah seperti berikut:-

Persembahan Terbaik Malam Kebudayaan
Tempat 1 : PBSM
Tempat 2 : Puteri Islam
Tempat 3 : Pengakap

Pertandingan Kawad Kaki 
Tempat 1 : Puteri Islam
Tempat 2 : Tunas Puteri
Tempat 3 : TKRS

Pertandingan Hiasan Khemah
Tempat 1 : Puteri Islam
Tempat 2 : Tunas Puteri
Tempat 3 :PBSM

Juara keseluruhan pertandingan perkhemahan pada kali ini di sandang oleh Pasukan Puteri Islam. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru di atas kerjasama, komitmen dan kerja sepasukan dalam menjayakan perkhemahan pada tahun ini.

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU KAFA SKKK1 2016

23 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis jamuan akhir tahun guru-guru KAFA SKKK1 telah diadakan dengan jayanya bersama Guru Besar dan semua pentadbir SKKK1 bertempat di Sue Tom Yam Kubang Kerian. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua yang hadir turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.

MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN SESI 2016

23 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



Mesyuarat guru akhir tahun untuk sesi persekolahan 2016 telah diadakan pada 22 November, 2016 di bilik mesyuarat SKKK1. Antara intipati dan pesanan yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan untuk semua guru mengambil tindakan segera sebelum cuti akhir tahun. Ianya merangkumi urusan berkaitan pengurusan am sekolah, bahagian pengurusan akademik, bahagian pengurusan HEM, Kokurikulum dan bahagian Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI). Seterusnya Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh dan semua Guru Penolong Kanan SKKK1 mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKKK1 di atas kerjasama, komitmen dan kerja sepasukan semua guru sepanjang 2016 untuk kecemerlangan anak didik SKKK1. Harapan beliau semoga kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru SKKK1 dapat diteruskan dan ditingkatkan pada hari-hari seterusnya demi untuk kecemerlangan sekolah dan murid-murid SKKK1 amnya. Mesyuarat awal tahun sesi persekolahan 2017 telah diumumkan oleh Guru Besar pada 26 Disember, 2016 jam 9.00 pagi. 

Nov 21, 2016

KARNIVAL BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN (LUAR MUSIM)

21 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Karnival bola sepak bawah 11 tahun (luar musim) NASROM GROUP dan MSSD Kota Bharu 2016  diadakan  bermula hari ini 21 November, 2016 - 23 November, 2016 bertempat di padang SKKK1. Karnival ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat baru murid-murid untuk dijadikan sebagai pasukan sekolah pada masa akan datang dan dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan program 1 Murid 1 SUKAN yang dilancarkan oleh kerajaan.

Objektif utama karnival ini adalah diharapkan agar :-
  1. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
  2. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 
  3. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
  4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
  5. Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  7. Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.