GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 27, 2012

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

26 DISEMBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN, KOTA BHARU 


Majlis pendaftaran persekolahan bagi murid-murid tahun 1 yang akan memulakan persekolahan beberapa hagi lagi ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Seramai 205 orang murid tahun 1 telah mendaftar  untuk memulakan persekolahan tahun 1 pada 1 Januari 2013. Dalam taklimat ringkas, tuan guru besar SKKK1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan Selamat Datang ke SKKK1 kepada semua ibu bapa dan murid-murid tahun 1 yang hadir pada hari ini. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada hari ini bersama anak masing-masing dalam majlis ini. Beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah khasnya dengan pentabir dan juga guru-guru SKKK1 dalam memastikan pencapaian cemerlang anak masing-masing dalam bidang akademik atau kokurikulum. Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih SKKK1 sebagai sekolah pertama untuk anak masing-masing menuntu ilmu. Akhirnya beliau mengucapkan  selamat memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2013 kepada semua murid-murid tahun 1 SKKK1..

Dec 26, 2012

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

24 DISEMBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1



Mesyuarat guru SKKK1 kali pertama bagi sesi persekolahan 2013 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SKKK1. Sebelum memulakan mesyuarat, GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SKKK1 di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang persekolahan tahun 2012 dalam bidang masing-masing. Tanpa kerjasama yang erat di kalangan warga sekolah, sebarang aktiviti tidak mungkin dapat dilaksankan dengan jayanya dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang samada Kurikulum dan Kokurikulum.Dalam taklimat tersebut juga GB SKKK1 telah memberi mandat serta pesanan kepada semua guru yang hadir agar lebih bersemangat dan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan kecemerlangan sekolah.Taklimat ditangguhkan jam 1.15 tgh.

Nov 19, 2012

SYUKUR DAN TAHNIAH!!! 65 ORANG MURID MENDAPAT 5A DALAM KEPUTUSAN UPSR 2012

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 







19 NOVEMBER 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid-murid SKKK1 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2012 yang telah diumunkan hari ini.Dalam majlis ringkas penyampaian sijil keputusan UPSR pagi ini, Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua murid seramai 65 orang yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Syabas, tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, terutama guru-guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam mengajar, membimbing anak-anak didik SKKK1, tidak dilupakan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam mengukir keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Beliau juga turut bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh anak-anak didik SKKK1. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan putus asa, usaha lagi diperingkat yang akan datang. Keputusan yang kurang memberansangkan dalam UPSR tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Usaha dengan lebih gigih lagi pada peringkat yang lebih tinggi nanti. Insyallah.

Beliau turut mengumumkan keputusan penuh pencapaian UPSR pada tahun ini. 

Keputusan Mendapat Bilangan A Dalam Setiap Matapelajaran:-

Bahasa Melayu (Pemahaman) 140 orang
Bahasa Melayu (Penuisan) 160 orang
Matematik 110 orang
Sains 101 orang
Bahasa Inggeris 81 orang

Secara keseluruhannya tidak ada murid yang gagal dalam semua matapelajaran.

Peratus (%) Kelulusan Dalam Setiap Matapelajaran:-

Bahasa Melayu (Pemahaman) 97.4%
Bahasa Melayu (Penuisan) 90.8%
Matematik 94.3%
Sains 92.6%
Bahasa Inggeris 94.3%

Gred purata sekolah turut meningkat iaitu 1.85 (tahun 2011) dan 1.82 (tahun 2012)

Jumlah murd mendapat 5A dalam UPSR tahun 2012 seramai 65 orang. 



Gambar penuh keputusan UPSR ada di muatkan dalam GELERI UPSR 2012.



Nov 10, 2012

KENALI WARGA SKKK1

"Menggemilangkan Akademik"

9 NOVEMBER, 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...untuk makluman laman/link KENALI WARGA SKKK1 sedang giat dikemaskini oleh pihak admin. Walaubagaimanapun masih ada sebahagian kecil lagi gambar kakitangan SKKK1 yang belum dikemaskini  di ruangan tersebut. Oleh itu saya bagi pihak admin blogspot SKKK1 memohon maaf dan sebarang kesulitan amat dikesali. 

Sekian, Terima kasih.

 
 
 
 
 
 
 
 

Nov 6, 2012

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH 2013

"Menggemilangkan Akademik"

6 NOVEMBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1




Majlis pendaftaran murid Pra Sekolah SKKK1 (Pra Sekolah Mawar dan Pra Sekolah Melor) telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. Seramai 50 orang ibubapa/penjaga yang terlibat diwajibkan hadir pada hari ini untuk mendaftarkan anak di bawah jagaan masing-masing serta mendengar taklimat ringkas/mesyuarat pemuafakatan yang dihadiri oleh Tn. Guru Besar SKKK1. Dalam ucapan/taklimat ringkasnya, Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh memperkenalkan guru Pra Sekolah Melor – Cikgu Muhd. Rushdan bin Mustafa dan guru Prasekolah Mawar – Cikgu Tg.Norsilawaty bt. Raja Hassan. Kedudukan pecahan bilangan murid untuk kedua-dua pra pada tahun 2013 ialah Prasekolah Melor – 25 org murid, lelaki 14, perempuan 11, murid yang berumur 6 tahun seramai 22 org dan selebihnya, 3 orang murid berumur 5 tahun . Manakala Prasekolah Mawar – 25 org murid, lelaki 15, perempuan 10, seramai 23 orang murid berumur 6 tahun dan 2 orang murid berumur 5 tahun. Perlantikan seramai 6 orang AJK Ibubapa/Pewaris Murid Pra untuk tahun 2013 juga turut di adakan. Sebelum mengakhiri ucapan/taklimat ringkasnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dan beliau juga turut berharap agar hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa dapat dieratkan agar memudahkan urusan berkaitan pendidikan anak masing-masing. Sokongan dan kerjasama  daripada semua ibu bapa amat dialu-alukan dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.
       

Nov 5, 2012

JAMUAN MAKAN MALAM PERDANA 2012

"Menggemilangkan Akademik"

5 NOVEMBER, 2012- SK. KUBANG KERIAN 1



 Majlis Jamuan Makan Malam Perdana Warga SKKK1 2012 telah diadakan dengan penuh meriah pada malam ini dengan bertemakan padang pasir (Arab). Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam bertempat di Crystal Lodge Kota Bharu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Tn. Guru Besar, ucapan YDP PIBG SKKK1. Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini dan seterusnya terima kasih juga kepada semua warga sekolah diatas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2012 ini. Tanpa sokongan serta kerjasama dari semua pihak tidak mungkin sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan penuh lanjar dan jayanya. Jamuan makan malam diserikan lagi dengan persembahan peragaan busana oleh guru-guru perempuan dan lelaki seramai 10 orang satu kumpulan. Majlis makan  pada malam ini di iringi dengan persembahan nyanyian oleh mantan guru SKKK1 iaitu Ustaz Noriman b. Ayub@Yusoff dan cabutan nombor bertuah.

JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"



 5 OKTOBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Jamuan akhir tahun atau majlis perpisahan murid-murid tahun 6 SKKK 1 telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bertempat di Dewan SKKK1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil murid tahun 6, ucapan wakil guru tahun 6, ucapan alu-aluan Guru Besar, ucapan YDP PIBG SKKK1 dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sebulan yang lalu (aktiviti selepas UPSR).

Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar sentiasa belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan yang gemilang suatu hari nanti. Bila telah berada di atas jangan dilupakan tempat bermulanya murid-murid mengenal huruf dan abjad. Semua guru SKKK1 sentiasa mendoakan kejayaan semua murid dalam apa jua bidang yang diceburi. Di akhir ucapannya, beliau berharap semoga pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada hari Rabu 7 November, 2012 nanti memberi khabar yang mengembirakan semua murid. Insyallah.  

Dalam majlis yang sama juga turut disampaikan hadiah kenang-kenangan kepada semua guru kelas tahun 6. Pada akhir majlis semua guru dan murid tahun 6 sama-sama menikmati pelbagai juadah hidangan. 

Nov 1, 2012

MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT SKKK1 2012

"Menggemilangkan Akademik"




1 NOVEMBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Majlis Khatam Quran peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis ini melibatkan murid-murid tahun 6 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & j-Qaf SKKK1 . Seramai 94 orang murid tahun 6 yang telah khatam Quran telah diraikan dalam majlis ini. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang majlis berjalan ialah alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, persembahan Nasyid, bacaan Sajak, Hiwar Bahasa Arab dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua 94 orang murid. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Abd Halim b. Tahir. Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat dalam majlis ini kerana telah tamat Al-Quran diperingkat sekolah rendah. Beliau menasihatkan semua murid agar sentiasa membaca Quran untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. 

ALBUM KENANGAN DI TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU

"Menggemilangkan Akademik"






LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PENDIDIKAN KHAS SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"

31 OKTOBER, 2012 -  PPKI SK. KUBANG KERIAN 1

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SK. Kubang Kerian 1, telah menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Taman Tamadun Islam, Negeri Terengganu. Rombongan lawatan diketuai oleh PK. Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail disertai oleh 20 orang murid PPKI dan semua guru serta PPM PPKI SKKK1. Rombongan lawatan bertolak pada jam 8.15 pagi dan tiba semula ke sekolah pada jam 7.15 malam. Sepanjang lawatan tersebut murid-murid telah dibawa melawat sekitar Taman  Tamadun Islam dengan menaiki keretapi mini, seterusnya rombongan di bawa menyusuri sungai Negeri Terengganu sepanjang 9KM dengan menaiki bot. Sepanjang menyusuri sungai Terengganu, rombongan diperkenalkan dengan tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan tersebut.








Antara objektif utama rombongan lawatan ini diadakan ialah memupuk semangat belajar dan memberi satu situasi pembelajaran yang baru, untuk membina keyakinan diri dan keberanian bagi mewujudkan sikap berdikari di dalam setiap diri murid, memupuk semangat untuk belajar bermasyarakat, berkomunikasi dengan  masyarakat dan rakan sebaya serta mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.