GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 26, 2009

**SALAM 'IDUL ADHA BUAT SEMUA**

Selamat menyambut 'Idul Adha buat semua warga Skkk1 khususnya ,ibubapa serta warga guru walau di mana anda berada....

Nov 21, 2009

**UPSR 2009 CATAT KEJAYAAN CEMERLANG**

19 November 2009, terjawablah sudah segala penantian dan debaran dalam setiap sanubari calon-calon UPSR 2009 dan juga pada setiap dada tenaga pengajar Tahun 6 khususnya bila diumumkankan keputusan UPSR bagi sesi 2009 ini. Pengumuman dan peyampaian keputusan UPSR kali ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1 Pn. Hjh. Wan Rosnani Bt. Wan Hamat ,bagi pihak guru besar Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh yang pada ketika ini sedang menghadiri kursus di Kuala Terengganu.Seramai 47 calon telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperolihi 5A,manakala 25 orang lagi memperolihi 4A.Tidak ketinggalan dalam majlis itu Pn.Hjh Wan Rosnani mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang memperolihi keputusan cemerlang.Keputusan ini diumumkan dalam satu majlis khas.SKKK1 pada tahun ini menduduki ranking ke- 6 daripada 100 buah sekolah PPD Kota Bharu. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya daripada semua warga SKKK1.Tidak ketinggalan ucapan tahniah ini ditujukan khas buat barisan Kecemerlangan Akademik SKKK1 yang juga merupakan tenaga pengajar tahun 6 di atas segala jerih payah dan usaha mereka yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan usaha kalian……..
“TAHNIAH BUAT MEREKA YANG CEMERLANG DAN JANGAN PUTUS ASA BAGI MEREKA YANG KURANG BERJAYA”…….

Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu...saat-saat menunggu keputusan diumumkan...

Tahniah...dapat 5A
 
Tahniah....sekolah kat mana pas ni??? 






**JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN**

16 November 2009 mulai jam 7.45 malam,perkarangan Dewan Muhamed Che Noh( MCN) sudah dipenuhi dengan guru-guru,kakitangan dan barisan PIBG SKKK1.Hadirnya seluruh warga SKKK1 ini adalah semata-mata untuk memeriahkan majlis "Jamuan Perdana SKKK1".Majlis ini diadakan dalam suasana yang penuh gilang gemilang.konsep majlis adalah ala-hotel di mana segala peralatan hotel dan makanan ditempah khas dari hotel.Majlis dimulakan dengan doa selamat,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar.Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa sambil dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi SKKK1 yang tidak asing lagi,YM.Tengku norsilawaty Raja Hassan bersama pasangannya Saudara Noor Iman.Dalam majlis ini juga cabutan bertuah telah diadakan.Majlis berakhir hampir jam 11.00 malam dengan meninggalkan segala kenangan yang teramat indah.....

 Doa selamat dari ustaz Syakir ( JQAF )

Pn.PK1 sebagai penyambut tamu....kelihatan sedang menyambut kedatangan dif kehormat
 
Ucapan alu-aluan daripada Tuan guru Besar Skkk1
 
pemenang cabutan bertuah...tahniah!!! 
 
Dendangan istimewa daripada YM.Tg.Norsilawaty Raja Hassan...Dato' Siti nurhaliza SKKK1 



Nov 15, 2009

**LAWATAN PENANDA ARAS**

Pada 15 November 2009 Skkk1 telah menerima kunjungan daripada penolong-penolong kanan PPD Pasir Gudang.Lawatan ini merupakan suatu Lawatan Penanda Aras.Rombongan ini telah disambut dalam suasana yang ceria..Rombongan ini terdiri daripada  35 orang penolong -penolong kanan di Pasir Gudang, Johor.Ianya diketuai oleh En. Mohd samudin Johari PPD (R) Pasir Gudang.Turut sama dalam rombongan ialah Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan Rendah Johor Pasir gudang(M4DRJPG).Pengerusi  (M4DRJPG) Pn. Hjh Bedah bt. Bidin juga turut hadir.Fokus utama lawatan ini adalah kepada kelas pra sekolah dan unit ko-kurikulum di SKKK1.Sebagai wakil dari Jabatan Pelajaran kelantan, Hj Sudin Ismail, Penyelia Pelajaran Kanan , PPD KB turut sama dalam sesi lawatan ini.Rombongan ini telah diberi penerangan sepintas lalu mengenai prasekolah & ko-kurikulum yang telah disampaikan oleh GBSKKK1.Rombongan ini tidak melepaskan peluang untuk meninjau sekitar prasekolah,pendidikan khas,dan sekitar kawasan sekolah.Sebagai mengakhiri majlis,rombongan ini  telah mengambil peluang untuk  bergambar kenangan beramai-ramai

Tuan Guru Besar sedang memberi taklimat ringkas sepintas lalu mengenai Skkk1 kepada  rombongan Penolong-penolong kanan PPD Pasir Gudang
 
Rombongan sempat melawat prasekolah Skkk1 

Nov 11, 2009

**PESTA LARIAN JOGHATON**

 11 November 2009 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh murid-murid SKKK1.Program Larian Jogathon Peringkat sekolah telah dilaksanakan dalam suasana penuh gilang-gemilang.Pada minggu lepas latihan larian telah diadakan.Pada hari ini larian sebebar telah berjaya dilaksanakan.seawal jam  7.30 pagi para peserta telah mula berhimpun di dewan MCN .Ianya disertai oleh murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6.Para pemenang diberi hadiah dari tempat pertama hingga tempat ke-20.Selasai sahaja acara,mereka dihidangkan dengan minuman milo percuma daripada Syarikat Nestlee Msia.Bhd.Pihak pentadbir sekolah telah mengambil cuti peristiwa sempena larian johathon ini pada 12hb. November, 2009 bersamaan hari Khamis.Penolong kanan kokurikulum Tuan Hj.Hilmi melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih serta tahniah kepada para peserta yang berjaya dan tak lupa juga tahiah kepada semua guru yang terlibat dalam larian ini.Tuan Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh juga sempat merakamkan ucapan tahniah beliau kepada semua murid dan guru yang terlibat..."Sama-sama Martabatkan Kokurikulum dan Akademik SKKK1"

Para peserta sedang mendengar taklimat dan arahan daripada guru @ pengurus...
 
Begitu bersemangat sekali para peserta berlari 
 
meskipun letih...namun semangat kami tidak luntur.... 

Nov 7, 2009

**SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN PEMIMPIN KECIL SKKK1**

Tanggal 05 November 2009 merupakan suatu tarikh yang mungkin tidak akan dilupakan oleh para pemimpin kecil Skkk1 yang terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber dan Briged ICT.Majlis perpisahan akhir tahun ini diadakan di Hotel Renaissance.Ianya dihadiri oleh kira-kira seramai 250 orang para pemimpin kecil sekolah.Kesmua pengawas ini diiringi oleh guru-guru penasihat masing-masing.Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Turut hadir sama ialah PKP Puan Hjh.Wan Rosnani Wan Hamat,PK HEM Puan Norani Abdullah dan PK Ko kurikulum Tuan Hj.Hilmi B. Ismail.Majlis ini diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi sekolah yang sudah tidak asing lagi,yakni pasangan Siti Nurhaliza dan Mawi Skkk1,YM.Tg.Norsilawaty Raja Hassan dan En.Noor Iman.Mereka mendendangkan beberapa buah lagu.Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed b.Che Noh berharap agar majlis-majlis sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang memandangkan para pemimpin cilik di Skkk1 ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sepanjang tahun.

Persembahan mantap daripada En.Noor Iman dan Tengku Norsilawati...keduanya guru Skkk1 
 
Selepas perasmian majlis,boss bersama isteri dan cucunda... 

Guru-guru penasihat pemimpin kecil 
 
Pengawas Pusat Sumber Sekolah 

Sempat bergambar kenangan... 

**LATIHAN JOGATHON DAN GOTONG ROYONG**






Tanggal 05 november 2009 satu latihan Johathon peringkat sekolah bagi sesi 2009 telah disempurnakan.Para peserta yang terlibat mula berkumpul di medan perhimpunan seawal jam 7.30 pagi. Selepas semua guru diberi taklimat tentang check point, murid dilepaskan secara berperingkat-peringkat iaitu tahun 3 satu kumpulan dan tahun 4, 5 dan 6 satu kumpulan. Semua murid diminta melepasi sebanyak 4 check point untuk sampai semula ke sekolah. Larian Johathon yang sebenarnya akan diadakan pada 11hb. November, 2009 ini iaitu hari Rabu minggu hadapan.Pada jam 10 pagi,selepas tamat latihan larian,semua murid diarahkan untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah sempena gotong royong membasmi denggi.Gotong royong ini di bawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid SKKK1.Puan Norani Bt.Abdullah selaku PK HEM turut sama turun padang bersama murid-murid dan warga SKKK1.Guru besar SKKK1 Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua unit di Skkk1."Sama-sama Gemilangkan SKKK1 di bumi Kerian yang tercinta"

Nov 1, 2009

**KEMPEN KEM MEMBACA SATU MALAYSIA**

Pada 01 November 2009 satu Majlis Pelancaran Kem Membaca Satu Malaysia telah dilancarkan oleh guru besar Skkk1,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Majlis ini dirasmikan di tapak pehimpunan Skkk1.Kesemua program ini adalah di bawah kelolaan Pusat Sumber Skkk1.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,seterusnya disusuli dengan pelancaran Kem Membaca Satu Malaysia.Pada jam 8.15 pagi pula majlis diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti pertandingan melukis poster 1 Malaysia,pertandingan mencipta pantun satu Malaysia,pertandingan merekacipta sajak bertemakan satu Malaysia.Kesemua aktiviti yang berjalan pada hari ini telah disusun dengan begitu baik dan berjalan dalam keadaan yang tersusun.Antara objektif program ini adalah untuk membina tabiaat membaca di kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat serta memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.Tuan Guru Besar dan Puan Wan Rosnani Bt.Wan Hamat selaku penolong kanan pentadbiran sangat berharap agar dengan adanya program seperti ini akan meningkatkan lagi pencapaian akademik dan sakhsiah murid-murid di Skkk1.

Ucapan perasmian kempen Membaca satu Malaysia oleh tuan Guru Besar,Tn.hj.Mohamed B.Che Noh 




Aktiviti membuat kad ucapan di kalangan murid tahap 2 




Aktiviti melukis poster

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.