GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 28, 2016

MAJLIS MAKAN MALAM WARGA SKKK1

28 OKTOBER 2016 - SK KUBANG KERIAN 1










Majlis Jamuan Makan Malam Perdana Warga SKKK1 2016 telah diadakan dengan penuh meriah pada malam ini,  bertemakan pakaian hitam putih. Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Tn. Guru Besar, ucapan YDP PIBG SKKK1. Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini dan seterusnya terima kasih juga kepada semua warga sekolah diatas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2016 ini. Tanpa sokongan serta kerjasama dari semua pihak tidak mungkin sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan penuh lanjar dan jayanya. Jamuan makan malam diserikan  dengan persembahan nyanyian dari beberapa orang guru dan kakitangan SKKK1 dan cabutan nombor bertuah. Anugerah pakaian menepati tema disandang oleh Cikgu Mohd Izani dan Cikgu Anis Nazura.

Oct 25, 2016

PROGRAM GOTONG ROYONG MURID SKKK1 BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG KENALI KUBANG KERIAN

25 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1









Program Gotong Royong murid-murid tahun 6 SKKK1 bersama guru-guru tahun 6 dan penduduk setempat Kampung Kenali Kubang Kerian telah dilaksanakan pagi ini bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi ini. Gotong royong melibatkan kawasan sekitar Kampung Kenali dan Surau Kampung Kenali. Aktiviti ini merupakan salah satu program selepas UPSR bagi murid-murid tahun 6.

Objektif Program :
  • Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang diantara guru, murid dan Masyarakat sekeliling.
  • Memberi kesedaran kepada murid akan kepentingan hidup bermasyarakat dalam membentuk sahsiah diri yang cemerlang.
  • Melahirkan masyarakat yang prihatin dikalangan murid-murid akan kepentingan menjaga dan menceriakan kawasan perkuburan sebagai sebagai salah satu tanggungjawab bersama.
Rasional Menjayakan Program 
  • Bersama-sama mengembeling tenaga anatara guru,murid dan masyarakat dalam membantu menceriakan kawasan kampung.
  • Memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid akan contoh suasana pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh mereka sewaktu disekolah
Sehubungan dengan itu Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Kenali Kubang Kerian yang terlibat pada pagi ini kerana telah sama-sama memberi kerjasama menjayakan program gotong royong ini. Program ini juga merupakan salah satu Program kerjasama antara Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral sekolah bagi tahun 2016 . Program  ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid, guru-guru tahun 6 SK Kubang Kerian 1 dan masyarakat setempat. Semoga program ini dapat diteruskan untuk masa akan datang kerana ia memberi banyak manafaat terutamanya bagi murid-murid dalam membentuk sahsiah diri yang tinggi.

Oct 20, 2016

KAYUHAN EMAS 5

20 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 
 

 
  
 
 
 

SK Kubang Kerian 1 sekali lagi mencatat sejarah apabila dapat melaksanakan Program Kayuhan Emas kali ke 5 dengan jayanya pada pagi ini. Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh telah turut sama berkayuh bersama murid dan beberapa orang guru. Program yang berlansung pada 20 dan 21 Oktober 2016 ini telah disertai oleh seramai 53 orang murid, 13 orang murid perempuan dan 40 orang murid lelaki, termasuk 2 orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Pantai Kemayan Bachok menjadi pilihan destinasi Program Kayuhan Emas pada kali ini. Dalam perjalanan ke Pantai Kemayan Bachok peserta kayuhan berhenti di SK Kota Jembal pada jam 8.30 pagi (hentian 1) dan  SK Tawang pada jam 10.15 pagi (hentian 2). Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada kedua-dua buah sekolah tersebut kerana bermurah hati menyediakan juadah jamuan untuk semua peserta kayuhan Emas 5, SKKK1. Peserta kayuhan selamat tiba di Pantai Kemayan Bachok sekitar jam 12.00tgh. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Kayuhan Emas 2016 dan Unit Kokurikulum SKKK1.Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Insyallah.




Oct 18, 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 2016

18 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis Khatam Al-Quran murid Tahun 6 bagi tahun 2016 anjuran Panitia Pendidikan Islam (unit Dakwah) telah diadakan pada hari ini dengan meriahnya bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Seramai 84 orang murid tahun 6 telah khatam Al-Quran dan terlibat secara langsung dalam majlis pada hari ini. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Abd Halim b. Tahir. 

Dalam ucapan ringkas Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya khatam Al-Quran sebanyak 30 Juz, dan harapan beliau agar murid-murid sentiasa membaca Al-Quran setiap hari. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua guru dan seluruh warga sekolah kerana telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis yang penuh meriah pada hari ini.

Objektif Majlis Khatam Al-Quran
  • Melahirkan murid yang terdidik dengan Al-Quran
  • Melahirkan generasi murid yang memahami keagungan dan kemuliaan Al-Quran
  • Memupuk murid dengan akhlak yang terpuji
  • Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada murid
  • Menarik minat murid untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran
  • Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan warga sekolah
  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan murid kepentingan belajar Al-Quran
  • Membina ransangan dan motivasi kepada murid serta menanamkan minat dan keinginan untuk maju khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam
  • Membina sahsiah dan peribadi unggul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Oct 17, 2016

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN FUTSAL SKKK1 2016

17 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1











Majlis perasmian penutup Kejohanan Futsal SKKK1 bagi tahun 2016 telah disempurnakan oleh Tetamu Jemputan Khas,  En. Nik Kamal bin Raja Hassan, Pengelola Pendidikan Kanan  Pengurusan Kem (Sukan). Tn. Guru besar dalam ucapan alu-aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan pada hari ini kerana sudi meluangkan masa bersama warga SKKK1 dalam menjayakan majlis perasmian penutup kejohanan Futsal SKKK1 2016. Seterusnya beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru, murid serta warga SKKK1 kerana telah berganding bahu menjayakan program yang telah lama dirancang ini. Tanpa sokongan serta kerjasama dari semua pihak agak sukar sesuatu program itu berjalan dengan lancar seperti diharapkan. Semoga kerjasama erat dari semua warga SKKK1 akan terus berkekalan selamanya dalam semua aspek demi mengejar kejayaan dan kecemerlangan untuk anak-anak SKKK1.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan Rumah Merah kerana berjaya menjadi juara dalam Kejohanan Futsal SKKK1 2016. Kepada pasukan lain jangan berputus asa, cuba lagi di pertandingan yang akan datang. Insyallah.

Oct 16, 2016

KEJOHANAN FUTSAL SKKK1 2016

16 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Kejohanan Futsal anjuran Unit Kokurikulum SKKK1 bagi tahun 2016 telah bermula hari ini  dan berakhir 17 Oktober, 2016. Kejohanan selama 2 hari ini melibatkan semua murid lelaki dan perempuan SKKK1 bermula dari kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran, Kelas Pra Sekolah, murid tahap 1 dan juga murid tahap 2. Pertandingan Futsal mengikut rumah sukan ini di adakan sebagai salah satu aktiviti tahunan Kokurikulum di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan Futsal.

Pertandingan Futsal mengikut rumah sukan ini di adakan sebagai salah satu aktiviti tahunan Kokurikulum di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan Futsal.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Pertandingan Futsal mengikut rumah sukan ini di adakan sebagai salah satu aktiviti tahunan Kokurikulum di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan Futsal.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.