GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 4, 2016

PROGRAM SELEPAS UPSR

4 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Program selepas peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 diteruskan lagi hari ini dengan beberapa ceramah dan slot berkaitan dengan pengetahuan Fardu Ain. Bermula jam 9.00 pagi ceramah tentang Kewajipan bersuci dan tuntutan ke atas individu muslim telah disampaikan oleh Ustazah Pn. Hjh Maryam bt Omar, Mantan Mudirah SMU (A) Maahad Muhammadi Pasir Pekan. Semua murid tahun 6 lelaki dan perempuan terlibat dalam majlis ini.

Program diteruskan dengan ceramah tentang Fiqh Wanita untuk pelajar perempuan dan ceramah bertajuk Menjelang Awal Remaja untuk pelajar lelaki telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Redhuan bin Hj Mohammed.

Semoga segala ilmu yang disampaikan hari ini akan menjadi panduan kepada semua murid dalam menjalani kehidupan seharian dan dapat membentuk keperibadian yang baik, bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Melalui ilmu yang diperolehi hari ini juga diharapkan semua murid dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya. Insyallah

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.