GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 26, 2018

GURU BERTUGAS MINGGU INI



KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

26 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

KEJOHANAN SUKAN MERENTAS DESA 2018












 Tarikh : 25 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh
Murid Terlibat : Semua murid Tahap 1, Tahap 2 dan Murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Tn Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh  mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Unit Kokurikulum, guru-guru, pekerja sekolah serta orang perseorangan yang telibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan ini. Tidak di lupakan buat semua murid tahniah dan syabas kerana berjaya menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan.
 

Jan 22, 2018

MAJLIS AKU JANJI DAN MOTIVASI TAHUN 6

22 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Program : Majlis Aku janji dan Program Motivasi Tahun 6 
Tarikh : 22 Januari 2018
Masa : 8.15 pagi hingga 12.30 tgh
Penceramah Motivasi : En Shamsi bin Shamsudin, Intelligent Mission Consultancy
Turut Hadir : YDP PIBG  Hj. Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir.
                   Semua ibu bapa / penjaga murid tahun 6 2018. 

Tn Guru Besar dan semua AJK Kerja mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan bersama dalam majlis pada hari ini. Insyallah akan menyusul beberapa majlis lagi bersama ibu bapa untuk kecemerlangan anak-anak yang bakal menduduki Pentaksiran Sekolah Rendah pada akhir tahun 2018 nanti. 





Jan 18, 2018

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

18 JANUARI, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru buat Cikgu Norhisham bin Yusuf yang bertukar ke SK Seri Kemunting Bachok pada awal minggu ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama sepanjang menjalankan tugas di SKKK1.

Jan 17, 2018

LATIHAN KEBAKARAN 2018

17 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1










Latihan kebakaran untuk  warga SKKK1 bersama anggota bomba dan penyelamat Daerah Kota Bharu telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bermula jam 10.15 pagi. Semua guru dan murid diberi taklimat tentang keselamatan diri dan tempat berkumpul semasa berlaku kebakaran. Dalam masa yang sama juga turut ditunjukkan cara-cara untuk memadam api.

Jan 7, 2018

PERHIMPUNAN PERTAMA 2018

7 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 



 

Perhimpunan pagi mingguan telah diadakan pada hari ini buat kali pertama sesi persekolahan 2018. Pada minggu ini pelbagai amanat serta pesanan telah disampaikan oleh beberapa orang guru yang berucap. Antaranya En Abd Razak bin Adahan selaku Penolong Kanan Pentadbiran, En Harizan bin Hamid selaku guru disiplin dan En Afandi bin Zakaria (pelaporan guru bertugas minggu lepas).

SELAMAT BERSARA

7 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

 




Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan selamat berehat kepada Pn Ariza bt Othman, Guru SKKK1 yang bersara pada 2 Januari 2018. Majlis persaraan telah diadakan pada minggu akhir persekolahan 2017.  Oleh itu seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara dan terima kasih di atas kerjasama, sokongan yang telah diberikan selama ini. Semoga diberi kesihatan yang baik dan kebahagian yang berpanjangan hendaknya....

Jan 1, 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

1 JANUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1












Suasana sekilas pandang hari pertama persekolahan 2018.
Selamat datang dan selamat belajar buat semua murid SKKK1. Semoga terus mencapai kecemerlangan dalam semua aspek Kurikulum dan Kokurikulum sepanjang tahun 2018. 
 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.