Program
Solat Hajat Perdana SKKK1 bersama ibu bapa khas untuk murid-murid yang akan
menduduki peperiksaan UPSR 2016 telah diadakan dengan meriahnya pada Isnin, 29
Ogos, 2016, bertempat di Masjid Solihin Kubang Kerian. Program
telah bermula seawal jam 6.30 petang dan berakhir hingga 9.00 malam. Semua guru
dan ibu bapa bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR telah terlibat dalam
program ini. Program ini merupakan salah satu program wajib setiap tahun
menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Harapan
dan doa moga semuanya dipermudahkan olehNYA dan dapat menjawab dengan tenang
seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang. Insyallah.
GURU-GURU SKKK1 2022
Aug 29, 2016
SOLAT HAJAT BERSAMA IBU BAPA
29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari ini. Antaranya gimik perasmian, perbarisan wira negara, acara memotong kek bagi murid-murid yang lahir pada 31. Ogos, lawatan ruang pameran sejarah kemerdekaan negara,pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan pakaian beragam berasaskan bendera, persembahan peserta final karaoke 'Sejahtera Malaysia' dan penyampaian hadiah bagi setiap aktiviti yang dianjurkan sebelum ini.
Aktiviti sempena bulan kemerdekaan telah diadakan bermula 21 Ogos dan berakhir pada hari ini. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah tayangan video kemerdekaan, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan membuat kolaj tahun 4 dan 5, pertandingan rekacipta jalur gemilang & lambang kebanggaan Malaysia, pertandingan kior lagu-lagu patriotik, pertandingan teka silang kata merdeka dan pertandingan kelas ceria merdeka.
PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI
29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Pasukan pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubang Kerian 1 telah menghantar 5 orang wakil murid PPKI menyertai perkhemahan Pengakap PPKI peringkat Negeri Kelantan (Agoonoree) yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos, 2016 bertempat di Putera Velley ResortTanah Merah Kelantan.
Objektif utma aktiviti :-
Tahniah buat pasukan Pengakap PPKI SKKK1 kerana telah terlibat dan berjaya mengikuti aktiviti yang dianjurkan sepanjang perkhemahan berlangsung.
Pasukan pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubang Kerian 1 telah menghantar 5 orang wakil murid PPKI menyertai perkhemahan Pengakap PPKI peringkat Negeri Kelantan (Agoonoree) yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos, 2016 bertempat di Putera Velley ResortTanah Merah Kelantan.
Objektif utma aktiviti :-
1.Mewujudkan dan menghargai perpaduan. Rasa
kebersamaan dan tanggungjawab antara satu sama lain.
2. Menerapkan nilai menghormati diri sendiri, orang
lain dengan menekankan hak sama rata dan keamanan.
3. Menggalakkan pengakap berkeperluan khas ini
memainkan peranan aktif dalam membangunkan persekitaran
4. Mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat di
antara sesama pemimpin pengakap sama ada dalam negara, negeri, daerah mahupun
kumpulan pengakap tempatan.
Tahniah buat pasukan Pengakap PPKI SKKK1 kerana telah terlibat dan berjaya mengikuti aktiviti yang dianjurkan sepanjang perkhemahan berlangsung.
Aug 27, 2016
KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 5 DAN 6
26 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
SK.Kubang Kerian 1
telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid tahun 4
dan 5 pada hari ini.Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu
daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan
solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan
penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan
dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah
rendah bermula tahun satu.
Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut :
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul
(perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat
yang telah ditetapkan.
3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang
sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam
kehidupan seharian.
Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua
pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam
kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan,
rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Seramai 400 orang murid
yang menyertai Kem Bestari Solat pada kali ini yang terdiri dari
murid tahun 4 dan 5.Kem Bestari Solat Fasa 1 ini telah dimulai dengan
ceramah yang disampaikan oleh Ust Ahmad Khairi dan Ustazah Nik
Nazura.Kemudian murid-murid telah dibahagikan kumpulan dan slot LDK
diteruskan sehingga program ini ditangguhkan pada jam 12.30 hari.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid tahun 5 dan 6 telah
diadakan dengan jayanya pada hari ini. Aktiviti seumpama ini merupakan salah
satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat
dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.
Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali
yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.
Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut :
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang
betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat
yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat
dalam kehidupan seharian. Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi
memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat
dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun,
ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
Aug 24, 2016
HARI USAHAWAN PPKI
"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"
24 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Hari usahawan murid PPKI SKKK1 telah diadakan dengan jaya dan meriahnya pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Murid-murid di latih berurusan sendiri dengan mendapat bimbingan daripada guru untuk menjual sapu tangan dan kuih onde-onde kepada semua warga sekolah dan juga kepada semua ibu bapa atau orang ramai yang datang ke kelas PPKI. Melalui jualan ini murid di bimbing untuk mencatat hasil jualan dan mengira duit yang diterima atau baki sepanjang hari usahawan ini. Hari usahawan ini melibatkan semua murid sebagai melatih mereka uelahntuk belajar berniaga. Semoga usaha murni ini akan memberi manafaat berpanjangan kepada semua murid PPKI SKKK1.
AKTIVITI PENGAKAP PPKI
24 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 telah mengadakan beberapa aktiviti kokurikulum Pengakap PPKI sebagai latihan untuk hidup berdikari. Antara aktiviti yang diadakan ialah memasak roti lilit dan memasak onde-onde. Aktiviti yang diadakan ini juga sebagai salah satu latihan dan persediaan murid-murid untuk menyertai perkhemahan Pengakap PPKI peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Ogos, 2016. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti ini.
Aug 15, 2016
WARNA WARNI PERHIMPUNAN PAGI
14 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Perhimpunan pagi Ahad minggu ini diserikan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang mewakili SKKK1 yang dapat memasuki 100 peserta peringkat akhir Spell it right ke Kelantan State Challenge. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat antaranya adik Hana Nabiha bt Che Rosli, Nabilah bt. Yuhaslize, Nur Diyana bt Mohd Ridzwan, Tg Ahmad Zulkarnain b. Tg Petra dan Wan Muhd Adam Daniel b. Wan Mohd Nasir.
Seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid tahun 6 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan semoga kejayaan demi kejayaan akan terus menyinar pada masa akan datang. Insyallah.
Aug 14, 2016
KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1
12 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
Kem Bestari Solat untuk murid tahap 1 telah di adakan dengan jayanya pada 12 Ogos, 2016. Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat
dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk
memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan,
perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah
satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.
Objektif Kem Bestari Solat adalah :
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan
bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3 Memberi
peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara
bersendirian mahupun berjemaah.
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah
pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian.
Matlamat Kem Bestari Solat ini
dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta
mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi
tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Semua guru agama serta guru fardu ain terlibat dalam menjayakan kem ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.