SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Apr 30, 2010

::Kem Pemantapan Rohani-Murid tahun 6::

Sk.Kubang Kerian 1-Tanggal 29 April 2010, Unit Kurikulum Skkk1 dengan kerjasama PIBG dan JPP telah menganjurkan satu kem pemantapan rohani khusus bagi pelajat tahun 6.Kem ini berlangsung mulai 29 April hingga 01 Mei 2010.Selepas pendaftaran,majlis dimulakan  dengan Taklimat Program dan Majlis Taaruf disebelah malam,solat magrib dan isya' berjemaah serta bacaan yasin beramai-ramai.Jam 4.00 pagi pula diteruskan dengan Qiamullail yang diketuai oleh Ustz Noor Iman.Seterusnya solat subuh berjemaah dan kuliah subuh.Sesi LDK pada jam 8.00 pagi diisi dengan persembahan slaid yang bertajuk"Thaharah dan Mandi Wajib"dikendalikan sepenuhnya oleh Ustz Mohd Syakir B.Hussin.Selesai sahaja slot LDK ini,kem diteruskan lagi dengan acara Praktikal Mandi Wajib dan bersuci yang dikendalikan oleh guru-guru Pen.Islam,JQAF dan Fardhu Ain Skkk1.Selesai sahaja slot ini,murid-murid lelaki bersolat Jumaat di Masjid Sultan Ismail dengan diiringi oleh guru-guru Agama,JQAF dan Fardhu Ain Skkk1.
             Sebelah petangnya pula,sesi LDK yang bertajuk'Amali Wuduk dan Solat akan diteruskan.sebelah petangnya pula,akan diteruskan dengan acara riadah.Sebelah malamnya pula,yakni 30 April 2010 satu ceramah yang bertajuk "Alam Kauni"akan disampaikan oleh Ustz Abdul Hadi B.Mat Yunus,Pegawai Agama JPN.Kem ini akan berakhir pada 01 Mei 2010 dengan acara kemuncak,Majlis Perasmian Penutup oleh Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh,Guru Besar Skkk1.Semoga kem sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan akan membawa impak yang positif serta meninggalkan kesan yang mendalam terhadap praktikal thaharah serta amalan-amalan fardhu ain murid-murid Skkk1....
ceramah "Thaharah" oleh Us.Syakir
Bacaan Yasin bersama diketuai oleh Ustazah Adilah....
Ceramah yang bertajuk "Alam Kauni" oleh Ustz.Abdul Hadi b.Mohd Yunus....Penyelia Agama JPN
Suasana Kem Santapan Rohani yg penuh syahdu.......ceramah-ceramah yang benar-benar menginsafkan....

Apr 28, 2010

::Markah UBB2::

 Perhatian kepada Guru-guru kelas
Tahniah diucapkan kepada guru-guru kelas Skkk1 di atas kejayaan cemerlang anda menghantar markah secara online menggunakan Aplikasi Sistem Penghantaran Markah Secara Online yang disediakan oleh Unit ICT SKKK1.Sila semak markah yang anda hantar melalui "Sistem Penghantaran Markah Online".Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai penghantaran markah lebih dari satu kali  sila berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan atau Pengurus Blog  untuk tujuan pengesahan mana-mana markah yang terkini. Rujuk Ruang muatturun....
Markah ini sudah boleh dimuatturun oleh para ibubapa.....
Sekian...Harap Maklum ....

"Menggemilangkan Akademik Skkk1"

Apr 22, 2010

::Persekolahan Hari Sabtu::

"Menggemilangkan Akademik"
Adalah diumumkan bahawa pada hari Sabtu 24 April  2010 sesi persekolahan akan diadakan.Jadual pada hari itu adalah mengikut jadual hari Isnin.Persekolahan ini adalah sempena cuti berganti bagi Hari Raya Aidil Fitri...
Harap maklum....

Apr 18, 2010

::Johan Pertandingan Bercerita::

"Menggemilangkan Akademik"
 Sk.Kubang kerian 1-Tanggal 14 April 2010,Wakil sekolah yang menyertai pertandingan bercerita peringkat QIT Kota Jembal,Adik Atikah Bt.Mohd Nasarudin telah dinobatkan sebagai johan dalam katogeri Bercerita Tahap 1.Beliau teleh memenangi katogeri ini dengan ceritanya "Ayam Dogol Dengan Cincin Emas".Kemenangan beliau ini melayakkan beliau menyertai pertandingan ke peringkat PPD Kota Bharu pula.Adik atikah telah mengalahkan 11 orang peserta lain dari sekolah sekitar QIT Kota Jembal.Wakil Skkk1 tahap 2,Adik Siti Aisyah Bt.Mohd Abdul Hamid telah berjaya mendapat saguhari.Apapun jua keputusan yang diperolihi...tahniah diucapkan kepada wakil sekolah kita yang telah menyertai pertandingan ini.Teruskan berjuang demi Skkk1 tercinta...."Sama-sama  Gemilangkan Akademik Skkk1
 Adik Atikah Bt.Mohd Nasarudin sedang menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar Skkk1
 Adik Siti Aisyah Bt.Mohd Abdul Hamid sedang menerima hadiah daripada Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh..
.Guru Besar Skkk1

::Penarafan Bintang Prasekolah::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang kerian 1-18 April 2010, Tuan Guru Besar Skkk1 telah berkenan menyampaikan hadiah penarafan bintang bagi katogeri sekolah rendah di mana Prasekolah Skkk1 telah ditarafkan sebagai 5 bintang.Hadiah yang berupa maddle dan sijil penghargaan telah dianugerahkan kepada Penyelaras Prasekolah .Hadiah ini sebenarnya telah disampaikan di Sk.Labok pada 04 April 2010 di Dewan SK.Tok Bok Machang.Skkk1 telah memperolihi 5 bintang daripada 354 buah sekolah yang telah dicalonkan.
     Tuan Guru Besar bersama barisan pentadbir Skkk1 merasa amat berbangga dengan pencapaian yang diperolihi oleh prasekolah pada tahun ini.Pada tahun 2009,prasekolah Skkk1 telah muncul juara peringkat negeri Kelantan dalam pertandingan katogeri prasekolah.Sekalung tahniah diucapkan kepada Penyelaras Prasekolah Skkk1,YM.Tengku Norsilawaty Raja Hassan yang telah bertungkus lumus berusaha tanpa mengenal erti jemu dalam memartabatkan prasekolah Skkk1.Teruskan usaha murni ini.....Percayalah...segala usaha murni kita akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.....Walau apa rintangan yang mehanglang,teruskan jua usaha murni ini...Teruskan mengatur langkah...."Sama-sama Gemilangkan Skkk1 tercinta....."


YM.Tengku Norsilawaty Tg.Hassan sedang menerima maddle dan sijil daripada Tuan Guru Besar
Tengku Norsilawaty Tg Hassan bersama hadiah yang dimenangi

Apr 15, 2010

::Taklimat Penghantaran Markah Secara Online::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1,15 April 2010-Satu taklimat ringkas mengenai penghantaran markah secara online ke dalam Portal Utama Skkk1 telah diadakan di Makmal Hotmail.Com.Taklimat ini diadakan khusus untuk guru-guru kelas SKKK1.
Taklimat ini berjalan dengan jayanya dan didapati 90% guru-guru kelas telah berjaya menghantar markah melalui aplikasi zoho yang telah disampaikan oleh Penyelaras ICT/Bestari Skkk1 bersama Setiausaha Peperiksaan Skkk1.Taklimat ini telah mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan guru-guru kelas memandangkan minggu depan UBB 2 akan dijalankan.Semua guru kelas diminta menggunapakai aplikasi ini kerana markah yang dihantar itu akan dipaparkan di dalam blog utama sekolah yang bakal dimuatturun oleh ibubapa murid Skkk1.
Puan Wan Rosnani selaku Penolong kanan Pentadbiran berharap agar semua guru di Skkk1 mengambil munafaat daripada aplikasi zoho ini.
"Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"
Taklimat penghantaran markah secara online oleh Penyelaras Bestari,SUP dan PKP Skkk1
Setiausaha peperiksaan Skkk1,En.Kamarudin Manaf sedang berbincang sesuatu dengan Puan PKP kami
Guru-guru kelas sedang mencuba sistem penghantaran markah secara online....

Apr 8, 2010

::Latihan Bercerita Bahasa Melayu::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1-08 April 2010,Latihan bercerita untuk murid tahap 1 dan tahap 2 sedang giat dijalankan.Dua orang peserta yang akan mewakili sekolah ke peringkat QIT Kota Jembal telah dilatih dan membuat persembahan di dalam Makmal Hotmail.Com yang dikendalikan oleh Guru Bahasa melayu Tahun 6,Puan Nik Arina Bt.Abdul Ghani.Peserta yang akan mewakili sekolah ke peringkat QIT Kota Jembal itu ialah,Tahap 1,Adik Atikah Bt.Mohd Nasarudin dengan ceritanya "Ayam Dogol Dengan Cincin Sakti,manakala Tahap 2 pula diwakili oleh Siti Aishah Bt.Mohd Abdul Nasir dengan ceritanya "Anak Durhaka".
 Semoga para peserta yang akan mewakili sekolah ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang...."Sama-sama Gemilangkan Skkk1 tercinta"
 Cikgu Nik Arina Abdul Ghani sedang melatih peserta bercerita...
 Adik Atikah yang pernah mewakili Negeri Kelantan ke Sarawak pada tahun lepas bagi katogeri bercerita tahap 1

Apr 7, 2010

::KEJOHANAN LIGA BADMINTON TERTUTUP SKKK1::

"Menggemilangkan Akademik"
SK Kubang kerian 1 telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup SKKK1 edisi 1. Kejohanan kali pertama ini cukup meriah dan sengit.Pihak penganjur kejohanan ini telah menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan untuk para peserta.
       Seramai 14 peserta mengambil bahagian atau juga dikira 7 regu dalam kejohanan pada kali ini. Peserta terdiri daripada kalangan guru dan kakitangan SKKK1.Perlawanan badminton ini diadakan selama 6 minggu untuk ditamatkan.
       Perlawanan ini dijadikan aktiviti tetap atau tahunan untuk guru-guru dan kakitangan di SKKK1. Ini bertujuan untuk untuk mengeratkan lagi hubungan diantara warga SKKK1.
      Perlawanan akhir diadakan di gelanggang badminton MSN Kota Bharu. Johan bergu dimenangi oleh Guru Besar Hj Mohamed Che Noh yang bergandingan dengan Mohd Zuki yang mengalahkan bergu En Suhaimi dan Ibrahim dengan 15-2 dan 15-4.

      Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Hilmi Ismail selaku PK Ko SKKK1.Beliau melahirkan rasa puashatinya terhadap penyertaan yang menggalakkan di kalangan warga Skkk1.
"Majulah Sukan Untuk Negara"
  Para peserta bersama hadiah yang dimenangi...Tuan Guru Besar kami juga turut serta
 Cikgu Zuki tersenyum simpul...terima hamper drp PK Ko,Tuan Hj.Hilmi Ismail
 GB dan PK KO...Tersenyum lebar...di samping hamper...

Apr 4, 2010

::Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum::

"Menggemilangkan Akademik"
Sk.Kubang Kerian 1-04 April 2010- Tuan Guru Besar Skkk1 telah berkenan manyampaikan hadiah-hadiah kecemerlangan kokurikulum Skkk1 kepada wakil Pasukan Bolasepak,Pasukan Bola Baling dan olahraga yang telah mengharumkan nama sekolah dalam acara-acara yang telah dipertandingkan dalam Qit.
Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh sedang menyampaikan hadiah-maddle kepada pasukan bolasepak sekolah.
 Hadiah untuk pasukan bola baling...diperhatikan oleh jurulatihnya...En.Mohdammad Zuki B.Ghani

Salah seorang peneriama hadiah bagi katogeri olahraga,sedang menerima maddle daripada 
Tuan Guru Besar,Hj.Mohamed b.Che Noh

::UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010::

"Menggemilangkan Akademik"
Adalah dimaklumkan kepada semua  ibubapa dan penjaga murid-murid SKKK1.. UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010 telah bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercaf√© atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Harapan pihak sekolah agar semua ibubapa mempastikan anak-anak anda menyertai ujian ini.
Bagi yang ingin menyertai ujian ini para ibubapa boleh melayari http://www.permatapintar.edu.my/ dan untuk maklumat lebih lanjut sila muatturun "Bagaimana hendak menduduki Ujian PERMATApintar UKM1" Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan keterangan lanjut.......
Taklimat Permata Pintar Oleh Puan PK 1,Pn.Hjh Wan Rosnani Wan Hamat kepada murid-murid Tahun 5
Taklimat Permata Pintar di Anjung Bestari Skkk1...sebelum beredar ke Makmal Komputer
Ujian online sedang dijalankan untuk murid-murid 5 Caring...pada hari pertama ini
Ujian dijalankan dengan kerjasama Guru matapelajaran,guru Penyelaras Bestari,Juruteknik,PK Pen.Khas dan Pen.Penyelaras Bestari Skkk1.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.