SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Apr 26, 2011

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN

"Menggemilangkan Akademik"




Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan bagi SKKK 1 telah diadakan pada hari Ahad 24 April, 2011. En. Mazlan b. Idris, iaitu Pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kelantan telah menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahap 2 SKKK 1. Dalam ceramah yang disampaiakn, beliau menerangkan kepada murid-murid tentang bahayanya dadah yang menjadi musuh utama negara kita, bagaimana faktor-faktor utama yang menjadi peyumpang kepada masalah dadah di kalangan pelajar sekolah serta masyarakat amnya. Beliau juga menasihati murid-murid agar sentiasa berhati-hati semasa memilih rakan kerana dorongan rakan sebaya juga menjadi punca utama masalah dadah dikalangan pelajar, baik pelajar sekolah menengah mahu pun sekolah rendah. Pameran serta lukisan anti dadah turut di pamerkan untuk tatapan semua murid SKKK 1. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terma kasih kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan khasnya cawangan Negeri Kelantan kerana sudi memberi ceramah, nasihat berguna kepada murid-murid SKKK 1.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA MATEMATIK SKKK 1/2011

"Menggemilangkan Akademik"
PK Pentadbiran Pn. Wan Rosnani bt. Wan Hamat memukul gong sebagai tanda simbolik berakhirnya bulan Panitia Matematik SKKK 1/2011

 Barisan Guru Matematik yang memakai pakaian batik corak 1Malaysia

 Antara salah satu aktiviti yang diadakan pada bulan Panitia Matematik

Satu majlis penutupan bulan Panitia Matematik SKKK 1/2011 telah diadakan secara sederhana dan meriah sekali. Beberapa acara telah diadakan sepanjang majlis tersebut di medan perhimpunan pagi Ahad 24 April, 2011. Semua guru-guru yang mengajar Matematik telah memakai pakaian seragam iaitu batik 1Malaysia. Majlis diteruskan dengan peyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Panitia Matematik. Seterusnya Pn. PK 1, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat telah memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol berakhirnya bulan Panitia Matematik bagi SKKK 1 pada tahun 2011.

Apr 4, 2011

BULAN PANITIA MATEMATIK APRIL 2011

"Menggemilangkan Akademik"



 3HB. APRIL, 2011 - Satu majlis pelancaran Bulan Panitia Matematik 2011 SKKK 1 telah diadakan pada hari Ahad 3hb. April, 2011. Pelbagai aktiviti dan acara menarik telah diadakan sempena majlis pelancaran tersebut. Pelancaran Bulan Matematik telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1, iaitu Tn. Hj. Mohamed  b. Che Noh. Antara objektif utama bulan Panitia Matematik ialah supaya murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik bagi merancang strategi penyelesaian masalah secara berkesan dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Murid juga dapat menghargai kepentingan dan keindahan Dunia Matematik. Seterusnya guru-guru dan murid sama-sama mengembeling tenaga ke arah pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Transformasi Kerajaan(GTP) dan seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.Insyallah. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang Bulan Matematik ialah bijak sifir, 'X"PLORE MATHEMATICS' dan jualan, Score 'A' dalam Matematik, Pemarkahan, Petak Sifir dan Teknik Menjawab Soalan Matematik.Sehubungan dengan ini Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap agar semua murid SKKK 1 dapat menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada sepanjang bulan Matematik ini agar dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta dapat mengaplikasikan pengetahuan Matematik.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.