GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 29, 2018

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PPSR, UPSR DAN PASR 2018

29 NOVEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid tahun 6 yang menerima Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pelaporan Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Majlis taklimat ringkas bersama ibu bapa telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1.







Nov 19, 2018

CUTI UMUM


MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN GURU SKKK1

19 NOV 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Jasamu Dikenang...Tn Hj Abd Razak bin Adahan dan Pn Hjh Ilati bt Ibrahim



















Majlis persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Abd Razak bin Adahan dan Guru Sains Tahun 6, Pn Hjh Ilati bin Ibrahim telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bertemakan Baba dan Nyonya. Majlis yang penuh meriah tersebut telah diadakan di Dewan Besar SKKK1 bermula jam 10.30 pagi.

Dalam ucapan ringkasnya Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof  mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan 'SELAMAT BERSARA ' dan terima kasih di atas kerjasama dan curahan tenaga yang telah disumbangkan selama berada di SKKK 1, dan semoga kalian berdua di berikan kesihatan yang baik serta berpanjangan hendaknhya selepas bersara.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRA SEKOLAH

19 NOV 2018 - SK KUBANG KERIAN 1


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRA SEKOLAH DAN PRA INTEGRASI PEND KHAS
Tarikh : 18 November, 2018
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Besar SKKK1
Perasmian Oleh : En Mohd Zaidi bin Yusof (Guru Besar SKKK1)













 

Nov 14, 2018

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KHATAM QURAN 2018

14 NOVEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1








Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Quran 2018 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Dewan Besar SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh En A'zizi bin Nik Muhammad, Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Pendidikan Islam & Moral. Seramai 187 daripada 208 orang murid tahun 6 yang telah Khatam Quran diraikan dalam majlis pada hari ini. Mereka menerima sijil dan hadiah penghargaan daripada  pihak sekolah. 

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah:-
  • Untuk melahirkan murid yang terdidik dengan Al-Quran 
  • Melahirkan generasi murid yang memahami keagungan dan kemuliaan Al-Quran
  • Memupuk murid dengan akhlak yang terpuji, menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan murid berkenaan 
  • Menarik minat murid untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran
Dalam ucapannya Tn. Guru Besar SKKK 1, En Mohd Zaidi bin Yusof berharap majlis yang diadakan pada hari ini dapat membina ransangan dan memberi motivasi kepada semua murid serta dapat memupuk minat untuk lebih maju dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan bersyukur kepada semua murid yang telah tamat Al-Quran dan kepada mereka yang masih belum khatam lagi diharap berusaha sehingga berjaya. Insyallah.

MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN KHAS

14 NOVEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Seluruh warga sekolah mengucapkan sekalung ucapan Syukur Alhamdulillah, Syabas dan Tahniah  kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKKK1 kerana telah berjaya merangkul 3 Anugerah dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan pada 14 November, 2018 bertempat di JPN Negeri Kelantan Tunjung Kota Bharu Kelantan.

Antara Anugerah Yang Telah di Menangi ialah :

1. Anugerah Terbaik Murid Cemerlang Permainan Individu : 
(Syarif Farhan B. Saiful Adli - Atlit Lumba Basikal)

2. Anugerah Sekolah PASR Terbaik.

3. Anugerah Ketua Pentaksir Negeri 
(En. Che Azhar bin Che Ismail - Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK1)






 

Nov 13, 2018

AKTIVITI HARI INI


JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN KECIL 2018

13 NOV 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Penyampaian Sijil kepada Pemimpin Kecil SKKK1 telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bertempat di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu Kelantan. Mantan Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan Guru Bahasa Inggeris SKKK1 yang telah bersara dan berpindah sekolah kerana kenaikan pangkat juga turut hadir memeriahkan majlis pada petang ini. 

Dalam ucapan ringkas Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen yang diberikan sehingga dapat menjayakan majlis yang cukup meriah dan sempurna ini. Sekalung ucapan terima kasih, syabas dan tahniah juga turut diberikan kepada semua pemimpin kecil yang hadir pada petang ini di atas komitmen, tugas dan tanggungjawab yang digalas sepanjang tahun 2018 ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Semoga kejayaan akan terus dicapai untuk hari-hari yang seterusnya.









PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.