GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 29, 2026

SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHAP BONGSU SEKOLAH RENDAH: GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026







Tahniah dan Syabas untuk ADIK NUR AIRA ZAHIRAH BT MOHD NORSYAM dari SK Kubang Kerian 1 kerana terpilih mewakili Kelantan di Simposium Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu Sekolah Rendah: Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah diadakan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 27 – 30 Julai 2026
Program berprestij ini menghimpunkan PRS Bongsu Sahabat Inspirasi SELAMAT dari seluruh Malaysia sebagai platform membina kepimpinan, jati diri, kemahiran komunikasi, kesejahteraan emosi serta nilai keprihatinan tinggi terhadap rakan sebaya dalam melahirkan murid yang berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga Nur Aira Zahirah mendapat pengisian yang penuh inspirasi, perkongsian bermakna dan pengalaman yang akan mencorakkan pemimpin muda masa hadapan.

PROGRAM MOTIVASI DAN INTERVENSI SAHSIAH DIRI PERINGKAT SK KUBANG KERIAN 1

Program Kolaborasi bersama : Unit Hem - Bimbingan dan Kaunseling dengan Blink Book dan Hamare Group
HARI : RABU
TARIKH : 22 JULAI 2026
TEMPAT : ANJUNG MCN






Jul 25, 2026

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SKKK1

Tarikh : 21 - 23 Julai 2026
Tempat : Kem Telaga Bijih, Tanah Merah








Jul 22, 2026

PROGRAM JOM BERUS GIGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Program ini merupakan satu inisiatif Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rakyat Malaysia beramai-ramai menyertai aktiviti memberus gigi pada waktu yang sama serentak seluruh negara.
📅Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
⏰Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi
📍Platform: Facebook Live (Program Kesihatan Pergigian KKM)






PROGRAM SEKOLAH KE LADANG LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG FARM FRESH MUADZAM SHAH PAHANG

HARI : RABU
TARIKH : 22 -23 JULAI 2026










Jul 9, 2026

CERAMAH KESIHATAN MISI SIHAT YAKULT 2026

8 JULAI 2026 / RABU
TEMPAT : ANJUNG MCN






TAHNIAH PPKI SK KUBANG KERIAN 1 - TERUS MELAKAR KECEMERLANGAN

9 JULAI 2026 / KHAMIS
TEMPAT : STADIUM MINI KIJANG EMAS KOTA BHARU



















Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Pasukan Olahraga PPKI SK Kubang Kerian 1 yang berjaya meraih Naib Johan (Tempat Ke-2) Pasukan Terbaik Sekolah Rendah dalam Kejohanan Olahraga Mesra Pendidikan Khas Tahun 2026.

Pencapaian Pingat Pasukan:
🥇 3 Pingat Emas
🥈 4 Pingat Perak
🥉 2 Pingat Gangsa

Lebih membanggakan, seorang atlet PPKI SK Kubang Kerian 1, Muhammad Iman Danial, telah dinobatkan sebagai OLAHRAGAWAN KEJOHANAN ( Sekolah Rendah ).
Beliau berjaya membawa pulang 3 Pingat Emas menerusi acara:
🏅 100 Meter (Bawah 10 Tahun)
🏅 Lompat Jauh (Bawah 10 Tahun)
🏅 Lari Berganti-ganti 4 × 100M Terbuka

Pencapaian yang membanggakan ini bukan sahaja mengharumkan nama PPKI SK Kubang Kerian 1, malah membuktikan bahawa semangat juang, disiplin, latihan yang konsisten dan keyakinan diri mampu melahirkan atlet yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mengejar impian dan mencapai kejayaan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:

🌟 Guru Besar SK Kubang Kerian 1 atas kepimpinan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan.
🌟 Barisan Pentadbiran yang sentiasa memberi dorongan dan komitmen terhadap pembangunan murid.
🌟 Semua Jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih, membimbing dan memberi semangat kepada para atlet.
🌟 Ibu bapa dan penjaga atas doa, sokongan serta pengorbanan yang tidak ternilai.
🌟 Semua guru dan warga SK Kubang Kerian 1 yang sentiasa bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan.

Tahniah kepada semua atlet PPKI SK Kubang Kerian 1 atas semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang dipamerkan. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, doa yang berterusan dan kerjasama semua pihak.

“Kejayaan hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Terus melangkah, terus berusaha dan terus mencipta kejayaan.”

Tahniah PPKI SK Kubang Kerian 1! Terus Melakar Kecemerlangan! 

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH 2026

9 JULAI 2026
HARI : KHAMIS
TEMPAT : ANJUNG MCN



MAJLIS PELUNCURAN BULAN BAHASA INGGERIS SK KUBANG KERIAN 1 2026

5 JULAI 2026
HARI : AHAD
TEMPAT : ANJUNG MCN













PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.