GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 30, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1

"Menggemilangkan Akademik"





30 MAC, 2012 - KUBANG KERIAN. Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 2012 bagi SK. Kubang Kerian 1, telah diadakan dengan jayanya pada Khamis, 29 Mac, 2012. Majlis 2 dalam 1 itu telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Anuar b. Hj. Safian (Ketua Pemuda Umno Negeri Kelantan). Dalam ucapan perasmiannya beliau menasihati para ibu bapa semua agar dapat menjalingkan hubungan silaturahim  dengan pihak sekolah sebaik mungkin, bagi memastikan kecemerlangan anak-anak sentiasa diutamakan . Beliau juga menyeru para ibu bapa semua agar bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat dan pastikan duit tersebut dapat digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan pendidikan anak-anak.
Seterusnya dalam majlis yang sama, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya  menyeru  para ibu bapa semua agar sentiasa mengambil berat tentang pelajaran dan kebajikan anak masing-masing agar apa yang dipelajari disekolah dapat di teruskan di rumah. Beliau juga meminta agar para ibu bapa semua  agar menggunakan bantuan yang diberikan hari ini sebaik mungkin untuk persekolahan anak masing-masing. Majlis berakhir jam 5.00 petang.

Mar 26, 2012

TAKLIMAT PEMBELAJARAN SECARA ON-LINE

"Menggemilangkan Akademik"

 




26 MAC, 2012 - KUBANG KERIAN. Satu taklimat ringkas mengenai pembelajaran secara On-Line Zoom - A, untuk ibubapa murid-murid tahun 6 SKKK 1 telah diadakan pada hari ini oleh kakitangan dari ZOOM - A. Taklimat yang diadakan pada hari ini adalah untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa tentang kemudahan yang telah disediakan oleh Zoom - A untuk pembelajaran sepanjang masa tanpa mengira masa dan tempat. Zoom - A boleh di langgani oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan yuran langganan sebanyak RM 10.00 setahun. Sehubungan dengan itu, Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan alu-aluannya berharap agar semua ibu bapa dapat membuat langganan RM 10.00/setahun demi untuk  kecemerlangan anak masing-masing,  dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang  beberapa bulan sahaja lagi. Antara objektif utama pembelajaran secara On-Line ini adalah untuk meningkat dan memupuk minat, kecekapan dan kemahiran belajar yang tinggi dan berterusan di kalangan pelajar. Membasmi sikap negatif di kalangan para pelajar terhadap pelajaran, menanam sikap berlumba-lumba dan peka terhadap pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran. Melahirkan pelajar yang progresif dan dapat mencapai dasar kerajaan ke arah wawasan 2020 dan meningkatkan peratus kelulusan dan kualiti dalam peperiksaan umum.
                                                            

Mar 25, 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHAP1 - 2012


 





25 MAC, 2012 - KUBANG KERIAN. Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap 1 tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat dan Sabtu, 23 - 24 Mac, 2012 yang lepas bertempat di SKKK 1. Dalam kem ini murid-murid telah di ajar secara amali bermula dengan mengambil wuduk serta bacaannya hingga bersolat dengan bacaan yang betul dan mengikut tertib. Kem ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh, melibatkan semua guru J-Qaf, guru Agama dan guru Fardu Ain (KAFA) SKKK 1. 

Mar 13, 2012

KEM MOTIVASI TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"


Kem Kotivasi bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR September nanti telah diadakan dengan jayanya pada 8 Mac, 2012 - 10 Mac, 2012. Semua murid tahun 6 dibahagikan kepada dua kumpulan utama. Kem pada 8 - 10 Mac, 2012 baru-baru ini telah disertai oleh kumpulan pertama yang melibatkan 100 orang murid bertempat di Kem Putra Chenggal Kota Bharu Kelantan. Semua aktiviti sepanjang kem motivasi berjalan telah diurus sepenuhnya oleh pihak Kem Putra Chenggal.

Mar 6, 2012

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN SKKK 1 2012

"Menggemilangkan Akademik"





KUBANG KERIAN 5 MAC, 2012 - Program Motivasi Kepimpinan  SKKK 1 bagi tahun 2012 telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas ICT, pengawas buku teks, ketua dan penolong ketua darjah dan pebimbing rakan  sebaya, bagi murid tahuap 2,  tahun 4, 5 dan 6. Objektif utama program ini di adakan adalah untuk menyuntik semangat jati diri serta sifat kepimpinan dalam diri murid-murid yang di beri amanah memegang jawatan di sekolah. Pelbagai aktiviti  menarik dan mencabar telah di adakan sepanjang 2 hari ini iaitu aktiviti latihan keyakinan diri (night walk), melawat survival village, latihan asas gajet, permainan kepimpinan pertunjukan pancaragam, ceramah kepimpinan, pertunjukan platun serunai, dan  kawad kaki.  Penyampaian watikah perlantikan kepada semua yang menyertai program ini turut diadakan di akhir majlis penutup Kem ini. 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.