GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 23, 2018

MAJLIS RESTU ILMU 2018

23 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1








Majlis restu ilmu 2018 untuk calon - calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan di Anjung Bestari pada pagi ini. Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi, berjalan dalam suasana yang penuh sayu ini memberi ruang untuk semua guru-guru memberi semangat dan mengukir  kata-kata terakhir untuk  calon-calon yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil guru SKKK1, ucapan dari wakil murid, ucapan dari YDP PIBG dan ucapan dan amanat terakhir dari Tn Guru Besar SKKK1, En Mohd Zaidi bin Yusof. 

Dalam ucapan ringkasnya Tn Guru Besar berpesan kepada semua murid agar menjaga kesihatan, makan dan minum dengan baik sepanjang minggu peperiksaan ini. Waktu rehat dan waktu tidur hendaklah mencukupi, datang awal ke sekolah dan jangan lupa bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seterusnya beliau juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKK1 terutama guru-guru tahun 6 kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing anak-anak SKKK1 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Seterusnya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mantan PK HEM SKKK1, Pn Hjh Norani bt Abdullah kerana turut hadir dalam majlis pada hari ini. Majlis diakhiri dengan acara suapan pulut kuning dan bersalam-salaman antara guru dan semua murid. 

Semua guru SKKK1 mengharapkan agar semua calon mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada 24 -27 September, 2018 . Guru-guru SKKK1 merestui dan mengalalkan semua ilmu yang telah dipelajari dan diberi selama ini. Selamat Berjaya.SKKK1 SENTIASA TERATAS.

Sep 21, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


Sep 20, 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA IBU BAPA

20 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1




Majlis solat hajat perdana untuk murid SKKK1 yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan telah diadakan di Surau SK Kubang Kerian 1 pada hari ini 20 September 2018. Majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin ini telah dihadiri oleh semua guru dan Ibu bapa murid tahun 6 SKKK1. Majlis pada kali ini mendapat sambutan yang amat baik di kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat setempat. Majlis bermula seawal 7.00 malam. Dalam ucapan ringkas, Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa serta guru-guru yang dapat meluangkan masa bersama dalam menjayakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin pada malam ini. Semoga kebersamaan dalam setiap program yang diadakan di peringkat sekolah dapat dikekalkan serta dapat diteruskan dimasa akan datang. Insyaallah.


 

Sep 17, 2018

PENYAMPAIAN PELBAGAI HADIAH KECEMERLANGAN

17 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan 6A  - Pra UPSR (10 orang)






Penyampaian Hadiah Galakan  - Lulus semua matapelajaran Pra UPSR 
(Bagi kelas aras rendah)





Penyampaian Sijil Kejohanan Berbasikal  CIMBXJCM Perak (Juara)  
Murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) 
16 - 20 Ogos, 2018


Penyampaian Kecemerlangan Pertandingan Pra Sekolah Peringkat QIT Kota Jembal



 

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

17 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1













Majlis penutup Sambutan Bulan  Kemerdekaan 2018 peringkat SKKK1 telah diadakan pada pagi ini dengan penuh meriah. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar SKKK1, En Mohd Zaidi bin Yusof. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah terutama guru-guru yang telah bertungkus lumus berganding bahu menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Kemerdekaan dengan penuh dedikasi dan jayanya. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin sesuatu aktiviti atau program yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini, sepertimana yang diketahui melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Oleh itu  jadual pelaksanaan yang telah disusun melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan juga dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.

Tidak dilupakan penghargaan dan sokongan diberikan kepada semua murid-murid SKKK1 kerana telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalan sepanjang bulan ini. Beliau amat berharap agar program yang telah dijalankan dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Beliau turut berharap agar semua murid dapat  memanafaatkan ilmu yang telah diperolehi di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cintakan  Malaysia.

Matlamat Sambutan Bulan Kemerdekaan
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Objektif
  1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
  2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  4. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini
Dalam majlis ini juga turut disampaikan hadiah dan cenderahati kepada murid dan guru yang menang  dalam pelbagai pertandingan sepanjang bulan ini. Tahniah dan syabas di ucapkan. Insyallah berjumpa lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan di tahun hadapan.

Sep 13, 2018

GURU BERTUGAS MINGGUAN


CUTI KELEPASAN AM


MAJLIS LAMBAIAN KASIH PK HEM SKKK1

13 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Lambaian Kasih Jasamu Dikenang Pen Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Pn Hjh Norani bt Abdullah telah diadakan dengan penuh meriah pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Pn Hjh Norani atau mesra dengan panggilan Kak Nie telah berkhidmat selama 20 tahun di SKKK1 sebagai guru penolong dan juga sebagai Pen Kanan HEM. Sk Tapang Kota Bharu merupakan sekolah pertama beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik. Seterusnya ke SKKK1, SK Chiku Gua Musang(sebagai PK Kokurikulum dan PK HEM) dan datang semula berkhidmat ke SKKK1 sebagai PK HEM sehingga bersara wajib. Beliau telah  menabur bakti dalam dunia pendidikan lebih kurang 35 tahun. 

Majlis pada pagi ini turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKKK1 dan juga mantan Guru Besar SKKK1, Tn  Hj Mohamed bin Che Noh yang juga bersara wajib pertengahan bulan Ogos baru-baru ini.

Dalam ucapan ringkas Pn Hjh Norani mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga sekolah kerana telah menyempurnakan majlis pada hari ini dengan penuh meriah. Tanpa semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan warga sekolah tidak mungkin majlis yang penuh meriah pada pagi ini dapat dilaksanakan dengan penuh lancar. Tidak dilupakan tahniah juga ditujukan kepada semua anak didik SKKK1 kerana telah menunjukkan disiplin yang sangat bagus sepanjang majlis berlangsung.

Guru Besar En. Mohd Zaidi bin Yusof serta seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn Hjh Norani, dengan iringi doa semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, selamat berehat dan semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.









 







PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.