GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 23, 2018

MAJLIS RESTU ILMU 2018

23 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1








Majlis restu ilmu 2018 untuk calon - calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan di Anjung Bestari pada pagi ini. Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi, berjalan dalam suasana yang penuh sayu ini memberi ruang untuk semua guru-guru memberi semangat dan mengukir  kata-kata terakhir untuk  calon-calon yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil guru SKKK1, ucapan dari wakil murid, ucapan dari YDP PIBG dan ucapan dan amanat terakhir dari Tn Guru Besar SKKK1, En Mohd Zaidi bin Yusof. 

Dalam ucapan ringkasnya Tn Guru Besar berpesan kepada semua murid agar menjaga kesihatan, makan dan minum dengan baik sepanjang minggu peperiksaan ini. Waktu rehat dan waktu tidur hendaklah mencukupi, datang awal ke sekolah dan jangan lupa bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seterusnya beliau juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKK1 terutama guru-guru tahun 6 kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing anak-anak SKKK1 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Seterusnya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mantan PK HEM SKKK1, Pn Hjh Norani bt Abdullah kerana turut hadir dalam majlis pada hari ini. Majlis diakhiri dengan acara suapan pulut kuning dan bersalam-salaman antara guru dan semua murid. 

Semua guru SKKK1 mengharapkan agar semua calon mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada 24 -27 September, 2018 . Guru-guru SKKK1 merestui dan mengalalkan semua ilmu yang telah dipelajari dan diberi selama ini. Selamat Berjaya.SKKK1 SENTIASA TERATAS.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.