GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 13, 2018

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PK HEM SKKK1

13 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Lambaian Kasih Jasamu Dikenang Pen Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Pn Hjh Norani bt Abdullah telah diadakan dengan penuh meriah pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Pn Hjh Norani atau mesra dengan panggilan Kak Nie telah berkhidmat selama 20 tahun di SKKK1 sebagai guru penolong dan juga sebagai Pen Kanan HEM. Sk Tapang Kota Bharu merupakan sekolah pertama beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik. Seterusnya ke SKKK1, SK Chiku Gua Musang(sebagai PK Kokurikulum dan PK HEM) dan datang semula berkhidmat ke SKKK1 sebagai PK HEM sehingga bersara wajib. Beliau telah  menabur bakti dalam dunia pendidikan lebih kurang 35 tahun. 

Majlis pada pagi ini turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKKK1 dan juga mantan Guru Besar SKKK1, Tn  Hj Mohamed bin Che Noh yang juga bersara wajib pertengahan bulan Ogos baru-baru ini.

Dalam ucapan ringkas Pn Hjh Norani mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga sekolah kerana telah menyempurnakan majlis pada hari ini dengan penuh meriah. Tanpa semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan warga sekolah tidak mungkin majlis yang penuh meriah pada pagi ini dapat dilaksanakan dengan penuh lancar. Tidak dilupakan tahniah juga ditujukan kepada semua anak didik SKKK1 kerana telah menunjukkan disiplin yang sangat bagus sepanjang majlis berlangsung.

Guru Besar En. Mohd Zaidi bin Yusof serta seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn Hjh Norani, dengan iringi doa semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, selamat berehat dan semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.









 







No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.