GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 2, 2018

SAMBUTAN PELANCARAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT SEKOLAH

2 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1











Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 61 Peringkat Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah dan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Mohamad, di ikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG Tn Hj. Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang majlis berlangsung. 

Dalam ucapan sulungnya pada minggu ini, Tn Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah, terutama guru-guru SKKK1, di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan telah berjaya mengadakan majlis sambutan yang penuh meriah ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin program seperti ini dapat dilaksanakan dengan begitu lancar dan terbaik. Tahniah juga  buat anak-anak SKKK1 kerana telah menunjukkan disiplin yang terbaik sepanjang majlis berjalan. Tahniah dan syabas juga ditujukan buat anak-anak yang mengambil bahagian pada hari ini.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.