GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 17, 2018

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

17 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1













Majlis penutup Sambutan Bulan  Kemerdekaan 2018 peringkat SKKK1 telah diadakan pada pagi ini dengan penuh meriah. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar SKKK1, En Mohd Zaidi bin Yusof. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah terutama guru-guru yang telah bertungkus lumus berganding bahu menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Kemerdekaan dengan penuh dedikasi dan jayanya. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin sesuatu aktiviti atau program yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini, sepertimana yang diketahui melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Oleh itu  jadual pelaksanaan yang telah disusun melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan juga dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.

Tidak dilupakan penghargaan dan sokongan diberikan kepada semua murid-murid SKKK1 kerana telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalan sepanjang bulan ini. Beliau amat berharap agar program yang telah dijalankan dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Beliau turut berharap agar semua murid dapat  memanafaatkan ilmu yang telah diperolehi di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cintakan  Malaysia.

Matlamat Sambutan Bulan Kemerdekaan
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Objektif
  1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
  2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  4. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini
Dalam majlis ini juga turut disampaikan hadiah dan cenderahati kepada murid dan guru yang menang  dalam pelbagai pertandingan sepanjang bulan ini. Tahniah dan syabas di ucapkan. Insyallah berjumpa lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan di tahun hadapan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.