GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 11, 2018

MOTIVASI PAGI BERSAMA TN GURU BESAR

11 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

PROGRAM MOTIVASI PAGI MURID TAHUN 6 BERSAMA TN GURU BESAR SKKK1

Tempat : Anjung Bestari SKKK1
Masa : 9.00 pagi
Murid Terlibat : Semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan (PPSR) pada akhir September 2018


 

Motivasi pagi murid tahun 6 hari ini telah disampaikan sendiri oleh Tn Guru Besar En. Mohd Zaidi bin Yusof. Sepanjang program pagi ini Tn Guru Besar telah memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan  semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Selain itu ianya bertujuan untuk :-

  1. Membimbing dan menyedarkan pelajar  tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahun.
  2. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka. 
  3. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar untuk  menghadapi UPSR .

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.