GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 30, 2013

ENGLISH LANGUAGE STORY TELLING, ACTION SONG AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION PRIMARY SCHOOL QIT LEVEL 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 




29th April, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1. English Language Story Telling, Action Song and Public Speaking Competition Primary School , QIT Kota Jembal 2013 telah diadakan di SK. Kubang Kerian 1 pada 29th April, 2013 bermula 8.30 a.m - 1.30p.m. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah SK. Kubang Kerian 1, SK. Kubang Kerian 3, SK Mentera,SK. Raja Bahar, SK Mentuan, SK Kota Jembal, SK. Sering, SK. Gong Dermin, SK. Sultan Ismail 4 dan SK. Banggu. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya dan cuba lagi di tahun hadapan bagi yang kurang bernasib baik. 

Keputusan Pertandingan:-

STORY TELLING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Sultan Ismail 4
3- SK. Banggu

PUBLIC SPEAKING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Kubang Kerian 1
3- SK. Sultan Ismail 4

ACTION SONG
1 - SK Kubang Kerian 1
2 - SK. Kubang Kerian 3
3 - SK. Sultan Ismail 4

Apr 25, 2013

AKTIVITI REKREASI LUAR MURID-MURID PPKI SKKK1

25 APRIL, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


 Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK1, telah mengadakan Aktiviti Rekreasi Luar bertempat di Pantai Irama Bachok pada pagi ini. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid, guru, PPM serta semua warga PPKI  SKKK1. Program bermula jam 8.00 pagi bertolak dari sekolah dengan menaiki bas dan tiba semula ke sekolah tepat jam 1.00 tgh. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berjalan ialah meniup belon, bola sepak pantai, aktiviti mencabar diri,  serta majlis perpisahan guru-guru ganti dan guru Praktikum dari IPGM Kampus Kota Bharu, yang berakhir pada hari ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih kepada semua warga PPKI kerana sentiasa bekerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program untuk muri-murid PPKI. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru ganti yang telah menyumbangkan idea dan tenaga sepanjang berada di SKKK1. Seterusnya beliau sempat menasihatkan guru-guru praktikum agar menggunakan ilmu serta pengalaman selama berada di SKKK1 dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang baik dapat dijadikan ilmu dan yang kurang baik dapat dijadikan contoh dan tauladan.



Program yang dijalankan pada hari ini di ketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail, dalam ucapan alu-aluannya beliau selaku wakil dari semua warga PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar di atas kesudian meluangkan masa untuk meraikan program yag diadakan pada hari ini. Seterusnya beliau juga bersyukur kerana semua ibubapa/penjaga murid PPKI serta pihak pentadbir sekolah  sentiasa memberi sokongan dengan aktiviti yang dijalankan samada di sekolah atau luar sekolah. Beliau juga memaklumkan antara objektif utama program ini di adakan ialah untuk membolehkan murid-murid PPKI SKKK1 menguasai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengembangkan perasaan ingin tahu tentang kebolehan diri dan alam sekitar serta memberi keyakinan pada diri sendiri dalam konsep kendiri yang positif. 



Apr 18, 2013

PEMILIHAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 





18 APRIL, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1

Seramai 6 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKKK1 telah turut serta dalam pemilihan Futsal Pendidikan Khas peringkat PPD Kota Bharu yang telah diadakan pada pagi ini bertempat di gelanggang Futsal Massa Planet Panji Kota Bharu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dalam sesi pemilihan tersebut. Walaupun tidak berjaya dalam pemilihan tersebut, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka tetap dibanggakan kerana mereka berani mencuba.Semoga mereka semua akan terus berusaha berlatih bersungguh-sungguh untuk pemilihan pada masa yang akan datang.Insyallah.

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

18 APRIL 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas 2013 telah diadakan dengan jayanya pada awal minggu ini selama 2 hari, bertempat di Kelas Pendidikan Khas SKKK1. Program ini merupakan salah satu elemen penting untuk menjayakan mata pelajaran j-Qaf di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKKK1.

Antara objektif utama Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas ini diadakan ialah supaya murid PPKI :-
  • Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
  • Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik






Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berkata semoga kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini akan dapat melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia, insyaAllah. 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah hadir menjayakan program ini. Insyallah program ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Apr 14, 2013

JADUAL KEJOHANAN BOLA JARING

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

Jadual Kejohanan Bola Jaring Bagi Murid - murid Tahun 4, 5 dan 6 antara Rumah Sukan  SKKK1 2013 adalah seperti berikut :-

14 April, 2013 (Ahad) hingga 18 April, 2013 (Khamis)
28 April, 2013 (Ahad) hingga 30 April, 2013 (Selasa)
 


Maklumat selanjutnya, boleh dirujuk pada jadual yang ditampal pada papan kenyataan sekolah dan pengumuman yang di wawarkan dari semasa ke semasa oleh Penolong Kanan kokurikulum SKKK1..

Apr 11, 2013

SUKATAN PELAJARAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

SUKATAN PELAJARAN KSSR PENDIDIKAN KHAS (TAHUN 1 - 3)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 3 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 3 PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PENGURUSAN DIRI
KEMAHIRAN MANIPULATIF
PENDIDIKAN JASMANI
MUZIK

DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 2 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PENGURUSAN DIRI
KEMAHIRAN MANIPULATIF
PENDIDIKAN JASMANI
MUZIK

Apr 10, 2013

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

10 APRIL, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU


"Mari Bersama Memartabatkan Bahasa Melayu"






Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu SKKK1 telah diadakan dengan penuh meriah pada pagi ini di tapak perhimpunan pagi. Majlis dimulakan di awal pagi dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Panitia Bahasa Melayu iaitu Cikgu Mohd Suhaimi dan seterusnya di susuli dengan beberapa persembahan dari murid-murid SKKK1 bermula dari persembahan murid Pra Sekolah, Murid Tahap 1 dan Murid Tahap 2.Majlis ini juga diselang seli dengan penyampaian hadiah semua pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan Panitia Bahasa Melayu.



Aktiviti Pertandingan Bulan Panitia Bahasa Melayu 2013
  • Pertandingan Mencipta Pantun Tahap 2
  • Pertandingan Buku Skrap
  • Pertandingan Bercerita Tahap 1
  • Pertandingan Ejaan Tahap 1
  • Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 1




Guru-guru Bahasa Melayu SKKK1 2013

Pn. Noraini bt. Abdullah, Pn. Wan Arina bt. Wan Hamat, Pn. Hasiah bt. Yaccob, Pn. Marshitah bt. Baharum, Pn. Norma bt. Mohammad, Pn. Wan Zaini bt. Wan Othman, Pn. Wan Norma bt. Wan Abd Rahman, Pn. Halina bt. Aziz, Pn. Norhashimah bt. Wan Ismail, Pn. Norina bt. Sidek, En. Zulkipli b. Ibrahim, En. Kamaruddin b. Manaf, YM Tn. Kamariah bt. Tn Hamzah, Pn. Azmani bt. Mohammad, En. Suhaimi b. Yusof, Pn. Martinawati bt. Salleh, Pn. Hazirah bt. Mohd Yusoff, En. Mohd Nazari b. Anuar, En. Mohd Razani b. Idris, Pn Nik Arina bt. Abd Ghani, En. Mohd Izani b. Mahamod, YM Tg. Masrol b. Tg Mansor, En. Mohd Al-Baqir sholeh, En. Mohd Zuki b. Ghani dan En. Azahari b. Muhammad



Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya dalam pertandingan yang telah dipertandingkan. Syabas dan tahniah juga kepada semua murid yang terlibat dalam membuat persembahan sempena Majlis Perasmian Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu pada hari ini. Semua aktiviti yang telah diadakan, bertujuan untuk mendedahkan kepada semua murid supaya berani mencuba, berusaha dalam semua keadaan untuk mencipta sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, dalam apa jua bidang yang diceburi. Seterusnya beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa sokongan serta semangat kerjasama dari semua warga sekolah, tidak mungkin majlis yang gilang gemilang ini dapat diadakan dengan sempurna dan jayanya. Seterusnya Tn. Guru Besar menyemak dan menandatangani buku skrap yang dihasilkan oleh murid-murid sebagai simbolik berakhirnya Bulan Panitia Bahasa Melayu pada tahun 2013. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada Panitia Bahasa Melayu kepada Tn. Guru Besar SKKK.



 

Lenser kamera yang sempat dirakam dan diringkaskan dalam laman blog ini menceritakan semua aktiviti sepanjang Majlis ini diadakan pada pagi ini. 

Insyallah panjang umur berjumpa lagi di tahun hadapan.

Apr 4, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SKKK1 KALI KE 33

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

4 APRIL, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SKKK1 telah diadakan dengan penuh meriah pada petang ini bermula jam 2.30 petang bertempat di Dewan Bestari SKKK1. Majlis telah dirasmikan oeh YDP Pengarah Pilihanraya Dun Demit, Tn. Hj. Ariffin b. Osman. Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama pada petang ini. Seterusnya beliau mengajak semua ibu bapa dan para hadirin semua agar sentiasa berganding bahu dengan pihak sekolah  dalam sama-sama menjayakan aktiviti untuk kecemerlangan anak-anak masing-masing. Dalam ucapannya juga beliau turut mengajak semua ibu bapa agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas sumbangan yang diperolehi oleh anak masing-masing di sekolah ini. Antara sumbangan yang diperolehi oleh murid-murid yang belajar di SKKK1 ialah :-

  1. Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran.
  2. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196 orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi
  3. Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS
  4. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) - 235 orang
  5. Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini
  6. Wang Ehsan kepada 204 orang murid
  7. E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid 
  8. Wang Ehsan untuk anak yatim RM200 seorang
Sebelum mengakhiri ucapan alu-aluan, Guru Besar sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa serta orang perseorangan yang turut terlibat dalam menjayakan majlis pada petang ini. Tanpa sokongan atau kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis seperti hari ini dapat diadakan dengan sempurna.

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam apa jua anugerah yang diperolehi. Antara yang sempat dirakam. wajah-wajah ceria sepanjang majlis ini diadakan





Anugerah Kecemerlangan Yang Telah Disampaikan dalam majlis ini ialah :-

Anugerah Kecemerlangan Ko - Kurikulum 2012
1. Adik Muhamad Asyraf Hanif b. Zaini (Bola Sepak)
2. Adik Nur Izzati Wahyuni bt. Nizam (Tenis)

Anugerah Permata SKKK1 2013
1. Adik Nik Muhammad Mumtazi b. Ahmad Kamel (Tenpin Boling)
2. Adik Nik Nur Anis Fatma bt. Nik Abdul Azizi (Skuasy)



  • Anugerah Kecemerlangan UPKK 8A 2012 - 27 orang
  • Anugerah Khatan Al-Quran - 67 orang
  • Anugerah Kecemerlangan 5A UPSR 2012 - 65 orang
  • Anugerah Murid Cemerlang Tahun 2012 - Pra Sekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dan Tahun 1- 6



Jika di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, insyallah jumpa lagi di tahun hadapan ......

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENEROKA ALAM PENDIDIKAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 


Selamat Datang, selamat berpraktikum dan selamat meneroka alam pendidikan diucapkan kepada semua guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu (IPGM KB) dan Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan. Seramai empat orang guru pelatih dari IPGM KB mula menjalani latihan praktikum selama 4 minggu di SKKK1 dan 4 orang guru pelatih lagi dari IPGM Kampus Raja Melewar menjalani Latihan Berasaskan Sekoah selama 1 minggu di SKKK1 bermula  31 Mac 2013. Seluruh warga sekoah mengucapkan selamat belajar dan selamat menyelami alam pendidikan di SKKK1.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.