SK KUBANG KERIAN 1

SK KUBANG KERIAN 1

Apr 25, 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT PPD KOTA BHARU


SK KUBANG KERIAN 1 , 25 APRIL 2016

Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 pada hari ini telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi beberapa acara balapan dan padang di peringkat PPD Kota Bharu.Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat PPD Kota Bharu telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Panji pada pagi ini.Seramai 5 orang murid pendidikn khas SKKK1 mewakili sekolah menyertai kejohanan pada pagi ini.Berikut adalah Pencapaian Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kota Bharu :

1.Johan 200 Meter  Lelaki - Mohamad Saiful Adli Bin Mohd Ridzuan
2.Naib Johan 200 Meter Lelaki - Mohamad Saiful Adli bin Mohd Ridzuan
3.Tempat Ketiga 200 Meter Lelaki - Mohd Dania Haikal bin Mohd Hairuddin
4.Johan 400 Meter Lelaki - Syarif Farhaan bin Saiful Adli
5.naib Johan 4 x 100 Meter Lelaki - Tengku Muhammad Iskandar bin Tengku Mohd Tarmizi

Tahniah dan syabas diucapkan untuk murid-murid dan guru-guru Pendidikkan Khas SK Kubang Kerian 1.







Apr 23, 2016

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4 & TAHUN 5

SK KUBANG KERIAN 1, 23 APRIL 2016


SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid tahun 4 dan 5 pada hari ini.Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.


 Objektif Kem Bestari Solat  adalah seperti berikut : 

  1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.  

  2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul  (perbuatan dan            bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.      

 3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang  sempurna      sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 

 4  Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan            seharian. 

 Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar  mendapat  pendedahan  serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian  dengan  sempurna dari segi tujuan solat, bacaan,  rukun, ilmu pengetahuan dan  penghayatan  solat. Seramai 400 orang murid yang  menyertai Kem Bestari Solat pada kali ini yang  terdiri dari murid tahun 4 dan 5.Kem Bestari Solat Fasa 1 ini telah dimulai dengan ceramah  yang disampaikan oleh Ust Ahmad Khairi dan Ustazah  Nik Nazura.Kemudian murid-murid  telah dibahagikan kumpulan dan slot LDK diteruskan sehingga  program ini ditangguhkan  pada  jam 12.30 hari. 


 Disediakan oleh: Pn Salwa Hussin













Apr 21, 2016

PROGRAM KESIHATAN OLEH CARRIE JUNIOR


SK KUBANG KERIAN 1, 20 APRIL 2016


Program kesihatan oleh Carrie Junior, untuk Tahun 1,2 dan 3 di jalankan pada 20 April 2016






Program bertujuan , memberi pendedahan kepada murid,tentang cara- cara membersihkan diri.



                              Guru-guru SKKK1 bersama Maskot Carrie Junior

BULAN PANITIA BAHASA MELAYU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

SK KUBANG KERIAN 1, 21 APRIL 2016



          AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA BAGI TAHAP 1


PERTANDINGAN BERCERITA UNTUK MURID TAHUN 3 DAN TAHAP 2


PANEL HAKIM YANG MENGADILI PERTANDINGAN BERCERITA DAN BARISAN GURU BAHASA MELAYU DAN PESERTA PERTANDINGAN


PESERTA- PESERTA PERTANDINGAN BERCERITA SKKK1











                                                                      

Apr 17, 2016

LAWATAN CAKNA MURID

17 APRIL, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Lawatan guru kelas bersama Tn Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh ke rumah Adik  Mohd Afiq Affzam bin Azidi Asmadi seorang murid tahun 5 yang baru sahaja kematian bapanya pada minggu lepas telah diadakan pada pagi ini. Sumbangan derma ikhlas daripada warga SKKK1 telah disampaikan oleh guru besar kepada ibu beliau. Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga adik Mohd Afiq Affzam bin Azidi Asmadi.

CORETAN PERHIMPUNAN PAGI

17 APRIL, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Penyampaian hadiah bagi beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu lepas telah diadakan pagi ini. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan dengan sempurna oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj Mohamed b. Che Noh.

Penyampaian Hadiah Kejohanan MSSD Bawah 12, Peringkat Kota Bharu.

Tarikh : 3 dan 4 April, 2016
Tempat : SK Kedai Buloh 2

Tarikh : 7 April, 2016 (Semifinal dan Final)
Tempat : SK Padang Kala

Kedudukan : Naib Johon Kota Bharu
Kelebihan : 6 dari 13 pemain adalah murid tahun 5


Penyampaian Hadiah Kejohanan Badmintaon Sirkit 2 (Guru-guru SKKK1)


Bacaan Ayat-ayat Suci  Al- Quran oleh wakil tilawah MTQ Kota Jembal
Adik Fudhail Ihyaad dari kelas 6 Cerdik.
Pernah mewakili Tenaga Nasional Tempat Ke tiga.


 

Apr 13, 2016

IN HOUSE TRAINING FROG VLE GURU TAHAP 2 SESI 2016

SK KUBANG KERIAN 1, 13 APRIL 2016

Kursus dalaman Frog VLE SKKK1 telah diadakan pada hari ini bertempat dimakmal komputer A SKKK1.Kursus ini telah disampaikan oleh penyelaras bestari SKKK1 En.Hamdan bin Hamid dan dibantu oleh guru GM1M.Sepanjang perjalanan kursus ini berlangsung,guru mempelajari cara membina laman guru,laman PdP serta cara menggunakan laman sebagai medium komunikasi.
Secara keseluruhannya kursus ini berjalan dengan baik dan lancar.Diharap guru-guru dapat menggunakan frog vle secara optimun dalam PdP untuk membantu prestasi murid dalam akademik. 

Disediakan oleh :Salwa bt Hussin






                                  

Apr 11, 2016

LAWATAN CAKNA MURID PPKI SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

11 APRIL, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1 



Lawatan guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran bersama-sama Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar bin Che Ismail dan Guru Besar SKKK1 Tn. Hj Mohamed bin Che Noh ke rumah adik Muhammad bin Mahyudin di Kg Pasir Tumbuh telah diadakan pada hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan susulan melawat adik Muhammad yang mengalami kecederaan kerana terkena api minyak petrol dua minggu lepas. Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan asas dapur daripada semua warga SKKK1 telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar kepada keluarga adik Muhammad. Harapan dan doa seluruh warga sekolah agar adik Muhammad cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa. Insyallah.

Apr 8, 2016

SAMBUTAN BULAN AUTISMA PERINGKAT SEKOLAH 2016

8 APRIL, 2016 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


'Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia'




 

Sambutan hari Autisma peringkat PPKI SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada 7 April, 2016 bertempat di kelas PPKI SKKK1. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1. Tujuan majlis sambutan pada hari ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autistik. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang hari ini ialah pertandingan mewarna poster secara individu dan pertandingan membuat kolaj logo Autisma secara berkumpulan.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang berkait dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain. Malah, anak autistik akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.


 



Apr 4, 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SKKK1


Kem membaca 1Malaysia peringkat sekolah telah diadakan pada pagi ini bertempat di anjung MCN, melibatkan semua murid dan guru SKKK1 termasuk murid Pra Sekolah dan Murid Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran.Kem membaca ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan.
 
Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus seliakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bermula pada tahun 2009 bertujuan mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah, menanam sikap cintakan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tema : "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia"

Objektif :

  • Memupuk minat membaca secara berterusan dikalangan murid-murid.
  • Mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dikalangan warga sekolah.
  • Memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menanam sikap cintakan ilmu.



PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.